Adakah Aku Yang Terlalu Sensitif?

Aku seorang lelaki yang pernah dua kali hantar confession ke ruangan ini tapi tak pernah disiarkan. Haha, hopefully kali ini dgn ringan hati menyiarkan tanpa ragu.

Luahan aku agak panjang, mungkin bagi sesetengah org akan mendefinisikan aku sebagai lelaki lembik or what so ever. Aku seorang anak dilahirkan dalam keluarga yang besar mempunyai adik beradik yang boleh dikatakan penyayang. Anak ketiga daripada enam beradik dan anak lelaki sulung. Masalah aku adalah mengenai ibu ,ayah dan isteri aku. Ye aku sudah beristeri mempunyai 3 anak dengan sepasang kembar lelaki dan anak sulungku perempuan.

Mak dan ayah aku memang tidak pernah mempunyai pendapat yangsama. Kami enam beradik dibesarkan dalam keadaan keluarga yang over Dari segala segi. Ayah aku memang jenis tipikal lelaki melayu memang jenis balik kerja melepak takpun sibuk memancing takpun main bola. Memang tipikal lelaki melayu.

Nak dijadikan cerita Mak aku ini tinggallah terkontang kanting melayan kami dirumah. Mak garang memang selalu tertekan. Bila tertekan mak akan dera dan pukul kami. Tak payah pelempang, kasut, gayung, tali pinggang, hanger suma pernah singgah Kat muka dan badan kiterorang. Lebih teruk lagi aku dan dua kakak atas aku yang dihantar ke pengasuh pun kerap kena dera mental dan fizikal. Pengasuh2 aku bengang bila parent aku selalu lewat ambil kami. Mana taknya ayah sibuk berlatih main bola dan mak kaki overtime, pantang ada peluang asyik overtime memcari duit Lebih.

Bila jadi macam ni, aku dan kakak2 aku membesar menjadi seorang yang senang stress, senang baran. Weii bayangkanlah Kau asyik kena dera, kena sergah. Aku sendiri membesar menjadi seorang lelaki yang tiada konfiden diri. Mujur Allah memberikan ruang aku menjadi pelajar cemerlang dan masuk ke Sekolah Asrama. Aku belajar menjadi yakin dan berdikari.

Mak dan ayah aku terus bersama.32 tahun kekal bersama walaupun kerap bergaduh. Mak aku bagi pandangan mata aku seorang yang materilistik. Bagi dia duit penentu segalanya, ayah pula ego tidak pernah membenarkan sapa2 menang. Aku pula semakin dewasa bila bergaul dan belajar ilmu rumahtangga, bnyak kecacatan pada kedua ibubapa aku, aku perhatikan tapi aku taklah membabi buta menegur terang terangan cuma kekadang aku kecik hati dengan kedua dua mereka.

Ayah aku sendiri selalu membandingkan aku dengan adik keempat aku. Yes adik aku masuk sekolah tentera dapat result mantap lepas tu jdi org berjaya. Straight A’s SPM. Aku dikatakan budak asrama penuh kaki belajar tapi hampeh xdpt straight A’s. Itu belum lagi bapa aku tinggalkan aku waktu jemput balik kerja waktu aku kerja lepasan SPM. Allah, mmg aku habis kerja pkul 11malam tapi boss aku Minta stay last minit smpi 11.30mlm. Semata mata Ayah aku janji dengan kawan dia pukul 11.30,dia marah aku dan tinggalkan aku begitu dan sadisnya, dia off Hp. Sedih sangat waktu tu sebab aku hampir dirompak malam tu dengan tiga lelaki bangla. Aku memang ingat dan kecik hati dengan ayah aku.

Mak? Susah nak describe, mak aku selalu guna kuasa veto sebagai ibu untuk tentukan hidup anak2. Aku sendiri tak berkenan . Mak aku perfectionist. Sangat teliti, pentingkan kebersihan, dan of course duit itu segalanya. Dia sentiasa rasa dia banyak berkorban untuk anak2 jadi dia merasakan anak anak hak dia ,perlu ikut apa yang dia tentukan. Aku berkahwin atas pilihan mak aku tak seperti kedua kakak aku yang berkahwin atas pilihan sendiri. Akibatnya mak memang tak suka kedua menantu lelakinya.

Jodoh yang mak aku pilih memang kebetulan taste aku, rips, perangai dan keluarga isteri aku sangat aku senang. Isteri aku menjadi pilihan ibu aku sebab dia master student dengan harapan yang isteri aku ni akan bekerja dan membantu aku. Benar kata orang, tinggal berdekatan dengan mak atau mertua memang tak ajar. Dari menantu pilihan, wife aku kerap disindir sebab lambat buat kerja rumah( even though aku tolong buat kerja separuh) , wife aku tak bekerja, wife aku tak pandai bergaya seperti mak aku. Mak aku kerap Kata menyesal kahwinkan aku dengan wife aku. Aku pula memang lately ni banyak argue dan back up wife aku. Aku bukan menentang mak ,aku just nak mak tau yang rezeki itu bukan dalam bentuk duit tapi isteri solehah, anak2 yang sihat dan mertua yang prihatin itupun rezeki tapi bagi ibuku wife aku lembik, tak berdikari, menghabiskan duit aku dan lembab dari segala segi.

Aku nampak wife aku banyak memendam rasa, kadang kadang mengambil dasar malas nak campurtangan tapi bila urusan rumahtangga kami dicampuri. Dia pun rimas juga. Aku memang mengaku aku banyk habiskan waktu dengan anak2 apatah lagi anak anak aku kerap tak sihat sampaikan mak aku sindir yang aku ni lebihkan anak2 berbanding Dia. Susah cakap dengan mak2 ni, beribu kali cakap pun mesti diorang akan rasa diorang hebat and everyone wrong.

Mak Ayah aku pula bila makin tua makin sensitif. Aku bercuti lama sikit kat rumah mertua kena ungkit, aku bela pet pun kena ungkit(mak ayah aku anti segala jenis pet) , aku beli baju anak bnyk2 kena juga katanya aku tak pernah bagi parent apa apa. Sedih gak dicop anak derhaka sebab tak pernah mengembirakan hati mereka sedangkan hutang hutang my parents, aku yang bayar belum masuk duit belanja hari harian. Even adik beradik mak ayah aku pun aku yang jaga sebab nak jaga nama baik ibu ayah aku memandangkan aku seorang kakitangan kesihatan so everything related dengan kesihatan aku yang jaga. Itupun aku tak tau celah mana lagi harus aku mainkan peranan sebagai anak.

Isteri aku? Dia baik selalu bersangka baik dengan org lain cuma satu je, aku sangat terkilan dengan dia sebab dia tidak melayan aku sebgai suami semenjak adanya anak. Bunyinya sedih tapi itu hakikatnya. Katanya penat uruskan anak anak. Aku bukanlah lelaki yang culas dalam tanggungjawab. Aku tau isteri aku agak slow dalam hal kerja rumahtangga jadinya aku balik kerja aku memang akan habiskan kemas rumah. Tolong jaga anak2 sementara wife masak, basuh najis anak anak, mandikan dorang dan kemaskan dapur dan pinggan mangkuk lepas wife masak. Sorry bukan nak mengungkit tapi kecik hati gak bila kdg2 apa yang Kita lakukan wife merasakan tidak cukup. I’m so sorry tapi most of perempuan fikir bila taraf diorang naik sebagai ibu, dia lupa kedudukannya sebagai isteri. Dia merasakan proses kelahiran anak anak itu satu pengorbanan yang paling dasyat yang harus disanjung tinggi. I’m not talking about my wife or my mother tapi majority perempuan begitu. Bagi aku, setiap Kita dijadikan sebagai insan yang ada tanggungjawab sendiri. Dah perempuan je ada kelebihan beranak tak semestinya para suami tiada jasa atau pengorbanan. Kalau korang bagi alasan Ramai lelaki culas begitu juga perempuan. Please don’t be so sexist.

Minta maaf atas cerita yang panjang tapi aku perlukan pandangan korang untuk memperbaiki diri dan kehidupanku. Thank u.

– Seorang insan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit