Bismillahirrahmanirrahim..
Aku seorang yang diajar dengan tegas dari kecik. Mak aku garang gila. Ini sebab aku kurang keluar berkawan dan sampai sekarang aku jadi jenis yang tak pandai berkawan (macam beliau jugak). Walaupun aku dah besar dan beliau tak marah aku berkawan sebab beliau tahu aku pandai jaga diri. Muka aku pulak dari kecik memang terikut jadi tegas. Tapi aku tak garang. Sebab tu lah orang-orang sekeliling tak nak kawan sangat sebab ingat aku suka marah orang . Yang penting aku tahu aku baik.
Ini kisah cita-cita aku. Dari kecik sampai besar cita-cita aku terpaksa diubah mengikut takdirNya. Ini perjalanan dan cita-cita yang aku ubah mengikut waktu. Masa darjah 4 dulu, kawan-kawan dan cikgu aku sendiri gelak sebab aku pernah cakap yang cita-cita aku nak jadi seorang posmen. Ini sebab aku terpengaruh dengan Cd E-Learning yang menyenaraikan kerjaya posmen kat Jepun salah satu kerjaya Proffesional masa tu. So aku rasa diorang tak berhak gelakkan. Bila dah fikir balik, itu kat Jepun. Dekat Malaysia tak la Pro sangat.
Tahun demi tahun aku pun membesar dan masuk sekolah menengah. Masa form 2, aku didedahkan dengan banyak aktiviti disiplin kat sekolah. Masuk perkemahan unit uniform, askar Wataniah pun ada buat majlis pengiktirafan kat sekolah kami masa tu. Tiba-tiba semangat aku nak jadi wira negara terus membara. Aku pasang cita-cita lagi, menjadi seorang tentera. Sesuai la dengan muka aku yang tak pandai senyum kan masa tu. Aku nekad memang aku nak. Dua tahun berlalu masa tu memang aku kaji dan belajar latihan-latihan tentera. Aku tengok video-video latihan, asas yang perlu aku tahu untuk jadi seorang wira negara. Aku pun pernah dapat nasihat pasal syarat badan dari sorang cikgu sukan a.k.a komandan askar Wataniah kat sekolah.
Masuk tingkatan 3 dengan cita-cita yang sama. Tahun tu aku ambik exam PMR. Result aku separuh je dapat A, lagi separuh B. Aku try apply Maktab Tentera Darat (MTD) kat Melaka tapi tak dapat. Mungkin ada step yang tak kena. Aku pun teruskan bawa cita-cita tu sampai SPM. Sementara tunggu result SPM, aku mula siapkan badan slow2. Aku workout, turunkan berat badan bagi ada shape. Aku praktik semua pasal tentera. Sampai semua ahli keluarga aku tahu aku nak jadi tentera. Pendek kata sampai makan pun ada cara dan gaya tentera. Result SPM pun keluar, walaupun kurang memuaskan (Ada satu subject gagal). Aku tahu itu tak penting untuk aku masuk tentera. Aku pun apply mana-mana yang berkaitan untuk aku masuk tentera.
Aku mohon SPA dan dipanggil interview 2 kali. Tapi mak aku tak bagi. Sebab apa? nah ini kisah lain didedahkan. Mak aku cerita kisah Paklong dan sepupu dia yang pernah masuk tentera. Dia dulu frust tak leh kahwin dengan dara pujaan dia. Dia lari tak tahu kemana, balik-balik je jadi tentera ATM dan kahwin dengan seorang janda. Masa tu dia pesan kat semua adik-beradik mak aku yang dia haramkan adik-adik dan anak-anak sedara dia masuk sebarang Uniform. Cukuplah dia sorang yang rasa perit dan seksa. Masa dalam sebuah kem di Johor, Paklong cakap bukan setakat boleh jadi gila akibat dera, tapi juga melibatkan dadah. Ya, diorang bagi dadah supaya jadi berani dan tak takut mati. Tapi bukan semua. Kisah sepupu mak aku pulak,dia masuk Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Dia pencen awal sebab faktor kesihatan. Sekarang emosi dia terganggu dan suka nasihat ramai orang. Dia kadang ok kadang tak, suka cakap dan tanya benda yang sama.
Lepas dari tu, semangat aku agak kurang tapi masih ada. Namun makin luntur lepas aku dapat offer diploma kat satu IPTA di Kuantan dengan kos E-Commerce. Aku pun mula minat bisnes dan pasang niat nak jadi Digital Enteprenuer. Tapi takdir berubah lagi, mak aku tak bagi jauh dan akhirmya aku sambung belajar di daerah sini. Sampai je last paper exam untuk semester pertama, mak dan abang aku eksiden masa otw balik dari hantar aku kat kolej. Pagi tu aku tak habiskan jawab soalan, aku keluar dewan awal sebab asyik menangis dalam hati. Kena dengan keadaan cuti sem, aku habiskan masa 2 minggu jaga abang aku lepas operate di hospital. Alhamdulillah mereka masih panjang umur. Rentetan dari tu, mak aku selalu sakit dan perlukan aku di sisi.
Indahnya perancangan Dia kan :) semuanya berhikmah. Untuk kamu semua yang kat luar sana. Redhalah dengan apa yang jadi. Semua tu ada hikmah dariNya.
– T.H.A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit