Hati Yang Tersakiti

Ya Allah, aku dah jadi anak yang sudah menyakiti hati ibu abah aku. Atas sebab aku berkeras untuk ibu dan abah aku terima rawatan moden di hospital.

Ibu aku penghidap barah payu dara tahap 4. Aku sebolehnya mahukan ibu terima rawatan ‘chemotherapy’ di hospital. Pada mulanya ibu bersetuju. Suatu hari, ibu pergi temujanji di hospital seorang diri dan ibu memaklumkan kepada Doktor akan keputusannya untuk menolak ‘chemotherapy’.

Keputusan ibu disokong oleh abah sejak mereka mula mengamalkan ubat-ubatan/supplement dari produk X. Testimoni yang mereka baca dari internet sangat meyakinkan mereka dengan produk tersebut.

Aku, mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan dalam perubatan moden, berasa agak skeptikal tentang supplement yang ada di pasaran. Aku tahu ibu abah terasa hati kerana aku tidak memberi sokongan atas keputusan mereka.

Namun, aku beralah akhirnya. Aku tak mahu kerana perbezaan pendapat kami, hubungan aku dengan ibu abahku tegang. Aku berterus terang dengan ibu bahawa sukar bagi aku untuk terima rawatan alternatif ini. Aku lebih suka kiranya rawatan perubatan moden dan rawatan alternatif dilakukan sekali serentak. Ibu tak mahu atas sebab ubat-ubatan moden ada kesan sampingannya. Aku mengangguk lemah. Aku meminta maaf dengan ibu tetapi kata-kata yang keluar dari mulut ibu aku sangat terkesan sehingga aku terdiam, tertunduk menangis.

“Ibu lama terasa hati dengan awak. Tak apa lah, ibu ketepikan awak sebab awak tak menyokong keputusan ibu. Ibu kalau perlu berbincang, ibu akan berbincang dengan adik awak. Ibu ketepikan awak.”

Ya Allah, luluhnya hati seorang anak mendengar kata-kata ibu. Betapa banyak aku sudah lukakan hati mereka. Ada ketika aku tinggikan suara ketika memprotes keputusan mereka. Ada ketika aku merajuk dan menjauhkan diri. Namun, jujur aku katakan aku mahukan yang terbaik untuk mereka. Sungguh aku terlalu sayangkan mereka.

Aku harap ibu abah dapat memaafkan aku. Dan supaya aku berlapang dada menerima keputusan mereka. Dalam masa yang sama, aku mohon Allah tunjukkan jalan pilihan terbaik untuk ibu dan abah.

Maafkan anak ibu, abah ini.

– Ilham

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit