Assalamualaikum. Saya masih seorang pelajar di sebuah ipt. Di sini saya cuma nak tekankan tentang kesedaran umat Islam dalam kalangan rakyat Malaysia. Topik yang saya nak tekankan ialah pasal hukum hudud. Isu ni dah lama menjadi perbalahan sesama rakyat Malaysia yang beragama Islam. Setiap kali isu ini dibangkitkan mesti akan ada perbalahan. Masing-masing bagi pendapat sendiri mengikut logik fikiran masing-masing tanpa memikirkan kesannya terhadap akidah.
Sebagai seorang manusia yang mengaku diri sebagai umat Islam, kita wajib yakin dengan hukum yang Allah tetapkan. Allah yang mencipta setiap makhluk-Nya atas muka bumi ini. Allah yang maha bijaksana. Kenapa perlu pertikaikan hukum Allah? Sedih bila baca komen mengenai isu ini. Ada yang mempertikaikan kenapa perlu laksanakan hukum ini sedangkan dia mengaku Allah tu tuhannya. Ada yang terus menolak hukum Allah dengan alasan hukum hudud sudah tidak relevan pada zaman ini. Allah yang mencipta zaman dahulu, sekarang dan akan datang. Kenapa perlu persoalkan relevan atau tidak hukum yang Allah laksanakan. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Sebagai hamba Allah kita wajib yakin dengan apa yang Allah tetapkan.
Sebelum memberi apa-apa komen atau pendapat tolong fikir dulu kesannya terhadap akidah. Jangan terlalu nak pertahankan pendapat mengikut logik fikiran sampai jatuh murtad. Sebelum nak bagi pendapat kaji dulu yang mana betul dan tidak mengikut syariat Islam. Sebagai umat Islam kita wajib terima apa yang sudah ditetapkan oleh Allah. Jangan pertikaikan bila perlaksanaan hukum hudud sampai menolak hukum tersebut.
Sebagai rakyat biasa, tugas kita hanyalah menyokong dan menerima hukum hudud. Mengenai perlaksanaan hukum hudud biarlah orang yang mempunyai kuasa dalam bidang itu uruskan. Sekurang-kurangnya kita terlepas apabila dipersoalkan kelak. Jangan disebabkan emosi kita hilang agama. Semua dosa Allah akan ampunkan kalau kita bertaubat kecuali syirik. Murtad pun termasuk dalam syirik. Jadi saya harap perkongsian ni dapat jadi pedoman dan bagi kesedaran kepada semua. Saya ingin mohon maaf sekiranya terdapat kata-kata yang mengguris hati pembaca. Niat saya hanya nak sedarkan semua orang mengenai betapa mendalamnya kesan kata-kata yang boleh jejaskan akidah masing-masing. Harap penulisan saya ini dapat diterima oleh semua pembaca.
Sekian.
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit