Aku Duan. Kalau ikutkan tak reti dan malas nak menulis. Tapi bila baca confession pasal gay, terdetik nak berkongsi cerita pasal diri aku yang diuji dengan nafsu gay ni. Aku nampak mcm lelaki normal, tak lembut, average guy.Aku ada perasaan pada lelaki sejak sekolah rendah lagi. Bermula dengan paksaan ringan2 dengan abang tiri, aku yg masih mentah waktu tu ikutkan saja. Kemudian berterusan dengan kawan2, belajar onani, belajar main raba2. Nafsu gay ni terus terpupuk bila masuk hostel sekolah menengah. Beradik berabang angkat dan sebagainya. Tapi semuanya setakat ringan2 dan sembunyi2. Masuk universiti Alhamdulillah, aktiviti agak terbatas, aku byk layan porn je dan layan diri sendiri.haha.Bila dah start keje, mula lah jadi liar pasal ade duit, ade kenderaan senang nk berdating.Layan gay apps. Sempat la berkenalan dengan 5-6 orang dan ade yg lebih dari ringan2.Ok cukup la tu cerita macam mana aku terjebak.
Hanya gay yang tahu betapa siksanya diberi ujian gay ni. Cukup pedih bila menanggung rasa suka, rasa sayang dan rasa rindu pada lelaki. Aku kadang putus asa dan selalu berharap aku tak dilahirkan ke dunia ni dan selalu terpikir bahawa Allah tidak adil menguji aku dengan ujian seberat ini. Walau apa pun alasan, aku cukup paham perbuatan gay ni dilaknat Allah. Memang sukar untuk meninggalkan nafsu dan nikmat dunia ini, tapi dunia hanya sementara dan aku tak mahu mati sebagai seorang pendosa. Usaha2 dan tips aku untuk mengurangkan seterusnya meninggalkan nafsu songsang lagi hina ni, jadikanlah panduan kalau perlu.
1.Lari dari environment and circles of friends yang memudahkan aktiviti2 songsang.Aku sedaya upaya menetap dan bekerja di kampung halaman sendiri dan dekat dengan family. Macam kes aku di sebelah utara. Aku mmg mengelak dari duk di bandar2 besar dan jauh dari family. So kat sini aktivti songsang kau akan terbatas sebab risau mudah terkantoi dengan family,sedara mara atau kawan2 yg normal. Populasi gay pun terhad, klu dlm apps gay ko akan jumpa muka yg sama je. Lama2 kau bosan.Hahaha.
2.Sibukkan diri dengan aktiviti dan hobi
Buat jadual sendiri utk hobi kau. Macam aku main basikal. Cuba habiskan masa dengan geng yang sama hobi. Kurangkan duk sorang2. Nnt kau lyn porn dan gay apps pastu mula la melarat nak puaskan nafsu gay kau.
3.Banyakkan membaca atau dengar ceramah pasal balasan ke atas perbuatan gay. Kat youtube berlambak. Bila selalu dengar, lama2 at least akan timbul rasa takut dan menyesal.
4.Bila kau berkenan atau tertarik dengan seseorang, cuba fikir dan bayangkan sesuatu yang negatif pasal dia contoh mcm badan dia berkurap ke, mulut dia busuk ke, dia panas baran ke so xde la kau 24 jam makan hati teringat kat dia dan berusaha untuk dapatkan dia, lawak ka?haha.Tp menjadi, try le.
5.Pada yang selalu layan gay apps dan suka one night stand, mesti sanggup berabis duit sewa hotel, travel berpuluh kilometer semata2 nk lepaskan nafsu. Tp bila dh puas mesti kau rasa menyesal kan?Duit habis, letih pun dapat. Silap2 penyakit pun dapat.Tips aku time nafsu kau membuak2 nak berjimak dengan ntah sapa2 tu, kau cepat2 melancap je la.Confirm pastu kau rasa lega dah. At least ni lagi baik dari kau meneruskan hajat kau tu.Mudarat dan dosa dia lagi besar.Hahaha.
6.Kahwin. Yup kahwin. Alhamdulillah dah 4 tahun aku kahwin dan dikurniakan seorang anak. Tips2 kat atas ni aku buat sebelum aku kahwin. Skang tak payah dah pasal bila kau dah kahwin takde masa dah nak layan semua tu.Jiwa makin tenang. Hahaha.Yup aku paksa diri jalani hidup normal walaupun payah. Tapi ingat, ni bukanlah penyelesaian untuk semua orang, cuma salah satu untuk dipertimbangkan dan bagi aku berjaya daripada aku aku terus hanyut dengan ujian berat ini. Tapi percayalah bila kau dah ada tanggungjawab isteri dan anak2, kau akan fikir panjang bila nak buat sesuatu. Sampai bila kau nk bergelumang dengan dosa?Sampai bila kau nak melayan nafsu songsang kau? Hidup di dunia hanya sementara, akhirat kekal abadi. Bertahanlah, paling lama kau hidup berapa tahun menanggung ujian ni? 70 tahun? 80 tahun?
Akhir kata, Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.
– Bro Duan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit