Assalamualaikum admin, says harap artikel ni akan disiarkan.
Berbalik kepada tajuk iaitu SAHABAT ALAM GHAIB. Apakah yang dimaksudkan dengan tajuk tersebut? Maksud sahabat ialah kawan manakala alam ghaib ialah alam kehidupan yang tidak dapat dilihat denga mata kasar oleh manusia.
Kisah yang aku akan ceritakan ini sudah beberpa tahun berlalu dan aku baru berkesempatan untuk menceritakannya kepada semua setelah dinasihati oleh seorang SAHABAT.
Merujuk semula dengan tajuk sahabat aku dalam alam ghaib suatu ketika dahulu ialah ORANG BUNIAN. aku yakin dan pasti istilah ini biasa digunakan oleh masyarakat Melayu sehingga sekarang.
Kisah aku bermula dengan tidak dapat tidur dengan nyenyak pada malam hari sewaktu mula-mula aku diberikan peluang oleh Allah Swt untuk melihat gambaran sebenar tentang siapakah orang bunian ini. Pada ketika itu, aku seolah-olah diperhatikan dan dipanggil oleh seseorang melalui tingkap dalam bilik aku. Ternyata di luar tingkap kelihatan seorang wanita dewasa manakala seorang kanak-kanak perempuan yang sebaya dengan aku pads waktu itu dan memanggil aku untuk berborak dan bermain.
Pada mulanya aku berasa begitu takut sehingga menanggis kerana orang yang tidak dikenali mengetahui namaku. Setelah dipujuk oleh mereka aku akhirnya diam dan mula berbicara dengan mereka.
Antara yang aku ingat sehingga hari ini ialah “kami datang bukan untuk mengambil kamu tetapi hanya untuk berkawan dan bermain”. Wajah mereka juga amat cantik dan berkilau apabila dipandang.
Setelah lama kami bermain bersama dan berborak mereka meminta izin untuk balik. Hajatku hendak tidur terbatal apabila azan sudah berkumandang. Setelah pagi aku ceritakan semua kisahku kepada ibu bapaku.
Pada malam seterusnya, kejadian yang sama menimpa diriku. Tetapi pada malam tersebut, aku diberi keizinan untuk melihat kehidupan mereka.
Namun mereka juga meminta izin untuk balik seperti semalam
Pada malam ketiga dan terakhir, aku masih lagi dapat melihat rupa mereka hanya untuk seketika sebelum mereka dihantar semula ke “rumah” yang telah mereka perkatakan kepada ustaz yang merawatku. Mereka telah dihantar ke kawasan pergunungan yang terletak di sekitar bandaraya Kuching kerana mereka menyatakan bahawa “rumahnya” terletak di situ. Alhamdulillah, Hijabku yang selama itu terbuka akhirnya ditutup kerana dibimbangi akan mendatangkan banyak lagi kejadian aneh.
Dalam proses penyembuhan itu, aku telah dimandikan dengan air ruqyah selama tiga malam berturut-turut selepas waktu Mahgrib. Alhamdulillah, hijabku tertutup dengan sepenuhnya dan aku semakin sembuh.
Ternyata pengalaman dan kelebihan yang telah diberikan Allah SWT itu satu pengalaman yang manis dan pahit buatku dalam hidup. Terima kasih
– Miss J
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit