Assalamualaikum.
Aku merupakan seorang pekerja di syarikat swasta yang beroperasi di utara tanah air. Aku telah berkhidmat selama 8 tahun. Aku kira masih baru, banyak lagi yang perlu aku pelajari.
Aku sangat suka dengan department kerja aku, dari dulu hingga sekarang. Apa yang aku belajar dulu. Itulah yang aku jalankan sekarang. Dengan rakan sekerja, persekitaran tempat kerja, semua aku suka. Cuma aku kurang berkenan dengan company/majikan.
Nanti ada yang kecam, tak suka company/majikan cari kerja lain! Sabar ye, biar aku explain. Masa belajar dulu, selalu juga terbaca, terdengar quotes kat atas tu. Tapi, masa tu di alam belajar lagi. Malas nak hadam. Bila ada masuk alam pekerjaan, barulah aku fahami apa yang tersurat dan tersirat disebalik kata-kata tu.
Sejujurnya, aku mempunyai hubungan yang baik dengan majikan aku. Cuma aku tak berkenan dengan sikap dia yang terlalu mengongkong pekerja. Yang pertama, semua pekerja mesti add dia punya FB. Ini paksaan ye. Dan aku add dengan rela hati lagipun aku bukannya aktif sangat dengan media sosial. Erti kata lain, FB aku bersih dengan perkara yang negatif. Tapi aku cuma bersimpati dengan beberapa rakan sekerja aku. Bila dah friend dengan majikan, banyak pulak perkara lain yang timbul.
Zaman ekonomi sekarang, semua orang berusaha untuk mencari side income. Bila kawan aku selalu mempromosikan barang perniagaan dia, majikan aku mempersoalkan kenapa tidak mempromosikan jugak company kita bersama? Sedangkan kawan aku mempromosikan barang jualan selepas habis waktu bekerja. Tidak mencuri waktu bekerja. Wifi sendiri.
Kemudian, yang jenis bercinta. Upload gambar bersama pasangan juga dipersoalkan. Aku kira gambar tu dalam keadaan yang ok. Bukannya bermesra bagai. Bila kawan aku tagged isteri dia, hint untuk belikan kasut pun di persoalkan. Katanya apa tujuan kita tagged? Niat kita apa. Sejujurnya kekadang aku rasa rimas dengan semua itu. FB merupakan hak peribadi. Selagi kita tidak melanggar batas, tidak memburukkan syarikat, post ayat dengan kata-kata kesat, aku rasa ok. Bagilah mereka menikmati hidup mereka sendiri. Takkan nak fikirkan kerja 24jam.
Aku merupakan seorang pekerja yang tidak pernah mendedahkan kepada rakan FB aku tentang aktiviti syarikat kami. Aku tak berminat dengan perkara sebegitu. Bila kita kongsi, itu merupakan satu marketing secara tidak langsung. Tapi, aku tidak berminat. Kami disekat dengan media sosial dalam
waktu bekerja. Selepas habis waktu bekerja, balik rumah, tukar uniform. Aku bukan lagi pekerja, tapi aku seorang isteri, seorang ibu terhadap 2 orang anak aku.
Aku boleh dikatakan tiap-tiap tahun mendapat APC. Kebanyakkan klien aku berpuas hati dengan kerja aku. Aku buat semua tu bukan sebab company tetapi aku enjoy dengan kerja aku. Aku rasa happy bila mereka menyatakan kepuasan hati mereka bila bekerjasama dengan aku.
Dengan kepakaran yang ada, sekarang ni aku buat side income. Dapat menampung belanja bulanan. Insyallah, if one day nanti aku jadi majikan, aku akan memahami pekerja aku sebaik mungkin. Takkan mengungkit kalau belanja makan, takkan tengking pekerja depan rakan mereka. Beri ruang untuk mereka ‘bernafas. Takkan mengambil hak hari cuti mereka. Yang penting, takkan keluarkan kata-kata kesat terhadap mereka. Maklumlah, majikan aku tidak pernah bergelar pekerja. Terus dapat title ‘majikan’.
Majikan aku selalu berpesan, dalam bekerja kena macam ni macam tu. Allah itu maha kaya. Tapi, aku tengok dia sendiri mengalami benda tu. Syarikat yang selalu bermasalah, kewangan yang tidak mencukupi, keluar masuk pekerja bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi aku diamkan sahaja. Aku telan.
Aku berdoa moga Allah Maha Besar sentiasa permudahkan segala urusan aku. Kekadang bila tension sangat, mengadu kepada suami tapi tidak pada kawan. Kerana kawan makan kawan ada di mana-mana sahaja.
– Puan Cendana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit