Assalamualaikum readers IIUMC. Terima kasih admin sebab sudi post cerita aku. Aku harap cerita yang aku share ni boleh jadi inspirasi & motivasi dekat readers kat luar sana yang alami nasib sama macam aku.
First of all, I’m not a writer so bear with my language and typo. So nama aku Syed (of course bukan nama sebenar).
So here we go, cerita ni baru ja jadi last year 2017. Di penghujung tahun Disember 2016, ada satu agensi kerajaan, I mean fully gov buka vacancies. Masa ni aku tengah kerja dalam uni terkemuka sbg tut dengan gaji yang boleh lah cukup2 makan untuk aku bagi parents, sewa rumah, bayar hutang PTPTN and ada la sikit balance buat yak yak yeh dgn kawan2. So aku try apply semua jawatan yang agensi kerajaan ni offer, berbekalkan semangat waja dan juga CGPA yang boleh kata cun. Keputusan vacancies tu tak dinyatakan bila. Ni kira mcm isi ja, dapat ka tak belakang kira.
So by March camtu, bapak aku sakit teruk kena serangan jantung. Aku pun decide nak berhenti kerja tu sebab workload terlampau yang mcm tak sesuai dgn gaji. Masa ni aku duk cari jugak kerja lain sambil part time babysit anak ex roommate aku masa degree dulu sbb dia further master. Sambil2 aku duk babysit anak ex roommate aku ni, aku try la apply mcm2 jenis SL1M programme. Tup tup dapat kol dari 1 agent yang uruskan SL1M company ni dekat KL dengan elaun RM1750. Amaun ni hang nampak mcm byk tapi mai duk kat KL tu ibarat hidup segan mati tak mahu. So demi menyahut cabaran diri sendiri nak keluaq dari kepompong negeri. Aku pun terima offer tu & berhijrah ke KL.
Lepas dua minggu aku dekat KL, masa dalam SL1M training ni. Bulan April rasanya, satu malam tu rasa macam around 8 camtu, aku terasa nak cek spam mail. Go through satu-satu aku delete, tiba-tiba ada satu e-mel ni surat daripada agensi kerajaan yang buka vacancies hujung tahun tu. Rupanya tu offer untuk duduki exam. Aku punya lah happy sampai rasa nak lompat ke langit, bila go through surat tu sampai habis, rupanya exam tu esok. Libang libu hati aku ni, nak balik ka tak. Apa lagi aku terus call parent, depa suruh aku balik lah. Peluang ni. Buat kerja gila, aku terus cek tiket bas tapi macam harapan punah, pastu cek tiket flight pulak. Aduh! Harga dia mencanak macam nak ke luar negara. So aku amek keputusan untuk gamble je balik. Malam tu kemas apa yang patut, order grab terus ke Hentian Duta. Luckily rumah sewa dgn Hentian Duta tu tak jauh mana. Korang bayangkan aku punya fikir nak balik tu daripada pukul 9 sampai pukul 11 baru dapat buat keputusan. So sampai Duta around 12, terus ada sorang abang ni datang tanya. Aku cakap aku nak balik tut tiket ada lagi ka? Dia kata ada lagi dik, p kt kaunter tut, bas jalan pukul 1215. So aku naik bas 1215 dari KL sampai tut around 430 camtu. Bapak aku amek, aku sampai tu tido jap sbb exam pukul 1120. Kau bayangkan lah dengan kalutnya, pensil pemadam apa pun aku tak bawak p exam tu. Surat tu pun pagi tu baru aku print. Sampai dewan exam aku punya gelabah, mintak pinjam dengan orang tapi ye lah orang lain pun bawak sebatang je pensil pun. Exam obj kot. Takkan nak jawab guna pen. So aku ni, tawakal ja masuk dewan bismillah, mintak mak bapak aku doakan dari jauh, (p sorang-sorang tau) dengan sebatang pen. Aku teliti ja dengar pengawas peperiksaan tu bagi arahan, ANDA HANYA DIBENARKAN MENGHITAMKAN KERTAS SOALAN INI DENGAN PEN HITAM ATAU BIRU. Aku dalam hati ‘Eh betui ka apa aku dengaq ni’ tak puas hati, aku tanya pengawas tu lagi sekali. Dan dia cakap, ya puan, guna pen. Rasa nak sujud punya happy, Allah bantu aku saat aku takda daya upaya nak minta pertolongan manusia.
So exam tu dalam 30 minit je, soalan pun senang je Alhamdulillah. Keluar je dewan exam, selfie sekeping hantar kat tunang aku. Kol parent aku, lepas tu terus pecut g stesen bas beli tiket balik KL jugak malam tu. Pening aku esoknya sampai KL demam urat terus. Badan sakit2, takboleh bangun, makan pun tak lalu. Rasa macam zombi, sampai orang kol pun aku tak mampu nak angkat. Nasib baik lah sepupu aku ada kat KL tu, dia lah tolong bawak g klinik segala. Housemate aku pun baik-baik, siap tolong cuci muntah aku. Basuh baju aku yang kena muntah. Wallahi aku cakap, sampai sekarang aku doakan korang selamat dunia akhirat untuk kebaikan korang.
So masa dalam SL1M ni, kitorg ada attend iv untuk certain2 company yang nak bayar elaun kitorg lebih daripada apa yang SL1M bayar kitorg. Since dia nak bayar elaun kami RM2K, so aku pun p lah iv company A ni, by fate aku dapat iv tu. Tapi dalam masa sama, aku masih berharap utk other company, aku namakan company B yang based dekat utara since kat KL aku semua naik public. Kau tau bila kau dah biasa bergerak sendiri, transportation available 24hrs tetibe kau kena naik public yg ada operation hours dia. Sangat lah tersiksa tapi semua tu pengalaman baru. So aku berharap aku dapatlah company B yg based dekat utara. By the end of this training, tetiba person in charge announced yang company B yg based utara ni buat taik kau tau. Dia tarik diri. Aku masa tu istighfar je lah banyak2 & redha dgn company A td.
So my career journey begin kononnya lah, company A ni adalah company GLC yg agak outstanding so kau nak masuk tu, dia punya medical check up list sangatlah banyak. And few of us yg choosen utk On Job Training (OJT) dgn company A ni terpaksa tunggu lebih kurg sebulan sebelum depa appoved untuk training. Tapi dalam tempoh sebulan yang cuti tu pun elaun tetap jugak jalan. Alhamdulillah.
So move forward to Julai, lepas sebulan OJT dgn company A ni. Everything goes well. Colleagues pun semua baik. Working environment pun sangat friendly. Walaupun kadang-kadang rasa burden tu jadi kuli batak tapi aku still bertahan. FYI aku OJT sbg Junior Sales Exec yang kena meet up client, appointments sana sini. So ada satu hari ni, aku dapat emel again daripada gomen agensi ni yang aku lulus exam and they are calling for an iv. So untuk iv ni aku prepared sikit since dia punya gap daripada tarikh emel tu sebulan ke dua minggu macam tu lah.
Aku apply cuti 1 hari rasanya. Sbb iv tu hari Isnin. So I went back to utara on Friday lepas habis kerja. Masa iv ni aku ingat depa panggil orang yang iv tu mcm 30-20 ja, sekali punya lah ramai bagak dalam dewan, iv in a group of 10 peoples. Interviewer dia semua orang-orang besar dalam agensi tu. Dan aku ni well prepared physically ja, yg lain masa hari iv tu baru depa bgtau kena baca apa, study apa. Aduh. Masa tgh tgu turn tu apalagi, puan google lah. Tapi Alhamdulillah sekali lagi, berbekalkan doa mak bapak & pesanan daripada cikgu sekolah yang aku p sahkan sijil2 semua. Dia pesan yang penting yakin, jgn gugup. Jawapan salah ke betul ke jgn kisah dulu. Tapi janganlah yang fakta tu kau salah tapi kau yakin kau betul. Tu bangang namanya. Sebenarnya the moment kau melangkah masuk je dalam dewan iv td kau happy, tp level happy kau drops bila yang datang iv dgn kau tu semua ada experiences like 7 – 8 years tapi kau hanyalah fresh grad yang pengalaman ibarat ketam baru belajar jalan. Tapi dalam hati masih berharap dapat jugak kerja ni.
So lps iv went back to KL, kerja macam biasa sampai 1 level aku rasa stress terlampau, stress dgn kerja, sbb kerja aku ni kena banyak bergerak ke sana ke sini, stress dgn housemate perangai masing-masing nauzubillah (cerita pasal housemates ni pun boleh buat another confession), stress jauh dgn family dgn bapak aku sekali lagi kena heart attack, diabetes level teruk. Aku rasa aku depression. So few days before 31st July aku buat istikharah, mintak petunjuk, I shud stay or leave. Aku punya lenjan diri sendiri naik LRT, MRT, Monorel segala bana tu sampai aku ingat each route nak p mana naik apa semua. Akhirnya dapat keputusan, aku pilih untuk berhenti jd SL1M trainee and balik utara. So aku hantar 1 month resignation letters, so 31st August aku berhenti kerja kat KL.
Aku berhenti kerja tanpa ada apa-apa benda aku nak kerja ni aku tawakkal ja balik utara dapat kerja kilang ka cashier 7e pun okay dah. Daripada aku kena hadap stress mcm ni nanti aku pun dapat sakit jantung. Tapi aku cakap kat mak aku yg aku dah ada kerja lain jadi cikgu tadika sbb kalau aku cakap takda kerja apa mmg mati lah aku kena lenjan dgn mak aku pulak. So 31st August tu malam raya haji rasanya. Aku naik bas balik utara.
Elok je habis cuti raya haji tu, aku terus g amek borang kat PPD kononnya nak jadi cikgu sementara dulu sebelum nak riki kilang ke 7e ke. Dalam tempoh jobless ni memang banyak jugak lah aku kelentong mak aku. Maafkan aku mak. Aku td mmg dah berputus harapan dah dengan keja gomen tadi sbb depa cakap lps sebulan dapat keputusan tapi aku tak dapat apa2 lagi. Masa2 genting takda kerja mcmni mmg aku tak tinggal lgsung solat dhuha, tiap2 hari aku baca surah al-waqiah. Pastu tak ckup mak bapak doa aku siap mintak kawan2 aku tlg doakan aku sekali dapat keja kat utara ni.
Nk dijadikan cerita, minggu kedua aku jobless, pagi-pagi masa tgh melabur, ni normal ni kalau sihat pagi-pagi adalah acara wajib. Tetiba aku dengar bapak aku jerit kat luar jamban. Mak aku pun jerit sama sambil cakap Allahuakbar. Aku pun setel hal pelaburan, keluar tengok rupanya ada surat daripada gomen agensi tadi ni. Mak bapak aku tak buka tau surat ni, sebab depa nak aku sendiri yang buka. Perasaan ni jangan cakap lah, belum buka surat lagi dah rasa macam happy, terharu, tergaru nak menangis semua ada. Rupanya rezeki yang Allah dah tuliskan untuk aku. Dia nak suruh aku merantau dulu, kutip pengalaman, cari diri sendiri & di akhirnya Dia bagi hadiah yang bukan ja bahagia untuk aku tapi untuk mak bapak aku sebab akhirnya aku dapat kerja tetap yang dekat dengan depa yang hari-hari boleh tengok depa sihat ka sakit ka dengan tunang aku sekali siap menangis seronok. Yelah. Walaupun berbakul kau kutuk gomen camtu camni tapi most of us, aku tak cakap semua tapi kebanyakan nak masuk gomen sebab banyak benefitnya. Kau maki gomen berjabu pun still kau rasa nak kerja gomen.
Sebab tu aku cakap rezeki Allah tu tak pernah salah alamat. Dia datangkan pada waktu & keadaan yang tepat.
Aku doakan semoga ampa yang masih mencari pekerjaan. Jangan putus asa dengan Tuhan. Doa & amalan jangan pernah putus. Sebab apa? Sebab rezeki untuk kita tak pernah salah alamat.
Yang tulus,
Syed
– Syed
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit