Puteri Bunga Bakawali Yang Misteri

Assalamualaikum. Terima kasih jika kisah aku disiarkan.Kisah ini ditujukan kepada pembaca iiumc. Kisah benar untuk tatapan pembaca. Sebuah kisah mistik yang berlaku kepada aku dan keluarga kira-kira 13 tahun lalu di muar, johor.

Watak dlm cerita ni adalah aku Rita, abang aku Net, kakak aku Didi, dan adik aku Umi.

Cerita bermula apabila bapak aku balik ngeteh, dia bawa balik sekuntum bunga bakawali. Bunga pertama dari sepohon bunga bakawali yang mekar di malam hari pada malam jumaat. Tak sure jumaat kliwon ke tak. Dah tak ingat. Untuk yang tak tau, bunga ni warna putih, ala yang lagu siti nor diana & syura dulu-dulu tu “bakawali hai bunga bakawali, mekar kembang di malam hari” kalau korang lahir membesar baya-baya aku, korang tau la lagu tu dan mesti akan ternyanyi waktu baca tulisan aku ni. Hehehe. Kalau generasi wicet tak tau kot lagu ni.

Okay sambung cerita. Sejak bapak aku bawa balik bunga tu, bermula kejadian aneh di dalam rumah. Pada suatu hari, lipstick mak aku telah diconteng di dinding. Adoi. Merah pulak tu. Nak kata kerja si Umi pulak dia kecik lagi, mana sampai nak conteng dinding setinggi tu.
Lepas tu, kaler magic aku hilang. Aku dah nak tuduh Didi sorokkan. Tapi kitorang fikir, mesti kerja “benda” ni. Sekali toleh luar rumah, da bersepah dekat luar rumah.

Selang beberapa hari, Didi kehilangan biskut tiger yang dia letak atas meja. Didi marah. Didi ni jenis jiwa kental hati batu berani bak harimau belang. Didi bebel kat benda tu. Pot pet pot pet. Hahaha. Akhirnya benda tu pulangkan. Tapi bukan pulang biskut. Benda tu pulang duit rm0.90 letak atas meja. Siap dengan nota. Tulisan dia buruk. Dia tulis, “Di, ni duit ko. -diana-”
Perghh… dia siap bagitau nama dia diana. Tapi Didi beli biskut tu harga seringgit. Diana masih hutang seposen. Diana tak bayar pun seposen tu sampai sekarang.

Kejadian seterusnya adalah syampu. Haa yang ni aku yang panas. Zaman 13 tahun lepas, bilik air rumah kampung ada dekat luar rumah. Di suatu petang yang tenang, aku masuk bilik air untuk mandi. Tiada tanda-tanda mistik akan berlaku. Waktu aku tengah mandi, abg aku Net dah tunggu giliran dekat luar bilik air. Aku keluar bilik air, dalam selang beberapa ketika Net pun masuk bilik air. Net panggil aku. Tanya kenapa aku sepahkan syampu kat lantai. Aku pergi tengok. MasyaAllah. Syampu sunsilk saiz sedang yang masih penuh dah dipicit-picit tumpah ke lantai dan dinding bilik air. Benda ni ikut aku mandi ke??? Cepat gila dia buat kerja. Aku keluar sekejap je lepas tu Net masuk, benda alah ni dah siap buat kerosakkan. Pantas dia bertindak.

Seterusnya adik aku Umi, dia dekat rumah sorang. Mak aku pergi kedai. Umi masuk bilik Didi. Ada kad raya gantung-gantung. Zaman dulu kalau raya ada trend gantung kad raya. Zaman sekarang dah tak ada dah gantung kad raya. Kad raya pun dah susah nak nampak. Umi masuk bilik Didi, kad raya kan selalu gambar kartun. Kartun mata besar zaman Ujang, Gila-gila. Mata kartun tu bergerak-gerak. Umi tak suka, dia nak tanggalkan kad tu. Tiba-tiba ada bunyi benda jatuh dekat luar bilik. Umi tengok tapi tak ada apa-apa. Tapi Umi tetap cabut kad tu dan buang.

Mesti korang tertanya-tanya, kitorang tak takut ke? Tak. Sebabnye kitorang dididik dari kecik supaya tak takut benda-benda macam tu. Semua adalah ciptaan Allah yang satu. Bapak aku orang jawa, berani, jiwa kental. Dia tak bagi anak-anak dia takut kepada selain Allah yang satu.

Okay sambung balik. Dah nak klimaks cerita ni. Si Didi yang garang tu marah lagi. Cakap kat benda tu kalau berani tunjuk la muka. Selang beberapa hari, buku yang Didi pinjam dari sekolah ada dakwat tumpah. Dakwat tu membentuk sebuah wajah. Fuhh. Tak cantik dow muka dalam lukisan dakwat tu. So kitorang pun biarkan. Buku tu Didi tak pulangkan balik kat sekolah. Takut agaknya kena marah dengan cikgu sebab conteng buku. Hahaha. Buku tu hilang setelah itu. Tak tau Didi bayar denda perpustakaan ke tak.

Sampailah suatu malam, aku tidur depan tv. Bapak aku keluar jumpa kawan dia. Jam lebih kurang 10 ke 11 malam. Tiba-tiba Didi panggil mak aku, lalu keluar dari bilik yang dia tidur. Ada benda kacau. Nak masuk dia. Didi terus pegang Al-Quran. Aku pun bangun dari tidur yang tak berapa tenang. Tengok Didi tengah fight benda tu. Bapak aku pun balik. Didi cerita kat bapak aku apa dia nampak. Didi cakap ada benda datang. Waktu dia cerita tu, benda tu ada lagi dekat luar tingkap. Seorang wanita ibarat seorang puteri memakai mahkota dan selendang terawang-awang di perkarangan rumah. Benda tu nak masuk dekat aku, tapi Didi cakap benda tu tak sampai hati nak masuk kat aku yang tak sekuat hati Didi. Lalu bapak aku pun scan apa masalah benda ni asik datang, rupanya dia suruh lepaskan keluarga dia. Terperangkap di dalam bunga bakawali yang bapak aku bawa balik. Bapak aku pun letak bunga tu di luar rumah. Ingat dah settle, dalam sejam tu dia datang balik. Suruh buka plastik yang bapak aku buat bungkus bunga tu. Adoi. Tak tau buka sendiri rupanya. Bapak aku pun keluar rumah, buka plastik tu.

Setelah malam tu, berakhirlah sudah gangguan benda tu. Dia sudah pun bebas kembali ke alamnya. Maaf lah, tak tau pun ada benda tengah duduk dekat bunga waktu petik. Petik buat saje-saje je. Wangi.

Kesimpulannya, even makhluk halus pun sayang keluarganya, mengapa manusia yang berakal boleh dera anak sendiri, rogol, kurung, buang bayi.

Sekian. Terima kasih. Maaf jika cerita ini tidak menarik. Hehe.

-Rita-

– Rita

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit