Cik Peanut dan Cik Gajus

Assalamualaikum.. Terima kasih admin sebab sudi siarkan confession ni.. kepada pembaca terima kasih jugak sebab sudi membaca dan bagi komen. Sejak-sejak akhir ni aku tengok ramai yang confess pasal room mate lepas cerita pasal musuh dalam selimut by rambutan. So aku pun rasa nak share sesuatu pasal kisah aku jugak.

Kes ni berlaku sejak aku sekolah menengah, aku masuk kolej sampai la aku masuk universiti. Hahaha kalau nak cerita 1 persatu boleh buat buku kot. Aku ringkaskan jela k. Aku namakan diri aku peanut dan “kawan baik” aku gajus.

Untuk makluman pembaca aku ngn gajus ni berkawan dari sekolah menangah lagi. Kenal pun melalui kawan aku yg lain..so start dari tu kami melalui hari-hari yang indah dengan persahabatan kami. Biasalah masa awal-awal berkawan kau takkan kenal pun perangai kawan kau. So aku layankan je. Aku dengan gajus ni makin lama makin rapat istilah senang bff la konon nya. Aku plak jenis kalau dah rapat dengan kawan tu bergaduh la mcm mana pn aku tetap berkawan. Haha itu la aku.

Masa zaman sekolah aku dengan gajus ni ada jugak bergaduh dan salah faham tapi waktu tak seteruk zaman aku di kolej dan universiti. Dan nama pun bff kan sampaikan masuk kolej dan univ pn nak sama jugak. Kami daftar dan alhamdulillah berjaya masuk kolej yang sama.. kos yang sama.. dan bilik yang sama.. hahaha senang citer semua sama lah.

Kolej tempat aku belajar tu 1 bilik 8 orang.. ramai kan? Tapi tu la yg buatkan bilik kami meriah. Masa aku nak masuk bilik tu mak aku hantar dan gajus pun ada sekali tapi family dia tak naik juz tunggu dia cafe je.

Then masa nak masuk bilik tu terserempak la dengan seorang akak senior ni.. aku namakan akak tu DD so dia pun dengan ramahnya tegur la kami dan bersalam dengan mak aku semua. Biasa la budak mentah baru masuk kolej kan takut tu memang ada.. masa kak DD sembang dgn mak aku tu sempatlah mak aku pesan tolong tgk-tgk kan budak berdua ni.. biasa la mak kan tahap risau tu tak xbole dibendung.

Then lepas selesai semua family aku dan gajus pun balik.. untuk makluman aku dengan gajus ni duduk 1 taman.. so kira berjiran la.. ok balik kepada citer tadi aku dan gajus pun masuk balik as newbie.. dan dalam bilik tu ada lagi 2 orang kawan baru.. yang aku namakan Y dan N.. biasalah minggu pertama kan mestilah rutin yang kau kena hadap adalah orientasi. Allah jela yang tau betapa teruknya kita orang kena ragging sampai seminggu xmandi..dan mcm2 lagi.

Tapi bukan isu tu yang nak cerita tapi isu gajus. Masa dlm orientasi tu gajus adalah merungut cakap tak tahan dan rasa nak berhenti semua. Then aku pun cakap la biasala orientasi mmg cmtu.

Then seminggu yang mengerunkan berlalu. Segar lagi dalam ingatan aku weh.. parents aku dtg..aku punya lah excited yelah aku tak pernah duk jauh ngn family lama-lama.. then aku ajak gajus sebab family gajus xdtg. Masa otw nak ke cafe tu hati aku macam tak sedap tapi aku tolak tepi perasaan tu dan sampai je cafe aku salam parents aku tapi aku tgk muka mak aku ketat semacam.. aku dah pelik.. then tiba-tiba mak aku keluakan soalan cepu mas.. “apa yang berlaku? Mak hantar peanut kat sini untuk belajar bukan untuk bergaduh”.

Terkebil-kebil mata aku yelah tiba-tiba je mak aku nak marah kenapa pulak kan. Ayah aku juz diam je. Aku pun tanya la kenapa mak? Peanut ada buat apa? Korang tau apa yang jadi? Aku yang dengan ni pun rasa macam nak bagi pelempang je kat si gajus ni. Rupanya gajus ni call mak dia masa dalam minggu orientasi tu dan bagi tau aku ni buli dia. Ya Allah nak gugur jantung aku dengar. Mak aku cakap mak gajus call mak aku dan marah-marah cakap aku buli gajus kat sana semua.

Aku menangis dan geram sangat-sangat. Korang tau si gajus ni boleh tersengih-sengih macam tak apa yang jadi. Aku tanya gajus bila masa yang aku ada buli kau ni? Kau cakap sekarang depan parents aku. Then gajus ni boleh cakap mana ada kita cakap awak buli kita. Takda apa la makcik mak sy salah faham kot. Dalam hati aku senang nya hidup kau. Dah la aku kena marah ngn parents aku pasal kau then kau siap fitnah aku lagi. So parents aku pesan mintak maaf dan jgn bergaduh-gaduh lagi. Tapi serius aku cakap hati aku terkilan sangat tak sangka gajus sanggup cakap macam tu. Aku balik bilik dan diam je malas nak melayan dia. Tu la permulaan gajus menunjukkan sikap dia yang sebenar.. ni intro je.. nanti aku sambung lagi betapa gajus nya si gajus ni kerana dia ada wajah yang innocent so dia mampu buatkan semua orang percaya dengan dia. Aku? Si peanut yang sentiasa husnozon… tapi husnozon yang akhirnya makan diri aku sendiri..

-si peanut-

– Peanut

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit