Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan confession aku. Aku belum berkahwin dan telah bekerja selama 5 tahun. Syukur alhamdulillah setiap bulan mampu untuk menyimpan wang walaupun banyak duit dibelanjakan untuk komitment diri dan keluarga.
Straight to the point. Aku nak luahkan perasaan tidak puas hati aku terhadap situasi dalam tempat bekerja aku. Sebagai satu satunya orang yang bujang dalam organisasi, aku rasa terbeban dengan sikap rakan-rakan sekerja aku. Pertama, suka datang lambat setiap hati. Setiap hari guys. Tanpa miss walaupun sehari. Alasan? Hantar anak taska,anak merajuk tak mahu pergi taska. Sekali sekala aku tak kisah tapi kalau dah setiap hari macam tu juga aku dah rasa macam batak yang datang awal setiap hari untuk cover kerja orang yang datang lewat setiap hari. Pernah aku tegur mereka. Apa yang mereka jawab? Buat muka emo lepas tu cakap dah bangun awal tapi tetap lewat juga. Dah tau macam tu takkan tak boleh bangun lebih awal? Setiap kali datang kerja aku perlu melalui kawasan perumahan mereka. 5 minit sebelum masa bekerja kereta masih tersadai di rumah. Pukul berapa agaknya masing-masing start enjin kereta? Wallahualam yang pasti aku rasa sangat sakit hari. Rasa seperti semua orang lepas tangan.
Tempat kerja aku membenarkan claim masa. Orang-orang yang datang lambat ini tidak pernah tolak masa mereka kalau mereka datang lambat. Kalau balik lambat pandai pula claim. Pandai kan? Patutlah makin bertambah baki masa. Kalau ikutkan logik negatif tau..setiap hari koman-koman lewat 15 minit. Datang je kerja siap berlenggang breakfast dulu kat pantry tinggal aku layan pelanggan sorang-sorang. Mesti ada yang cakap ala lewat 15 minit je bukan sejam pun. Untuk pengetahuan semua tempat kerja aku melibatkan servis pelanggan. Contohnya bayangkan kalau korang pergi bank tapi tengok-tengok dekat kaunter takde orang langsung. Yilek. Marah tak? Macam tu jugalah di tempat kerja aku. Biarpun CUMA lewat 5 minit, it matters to me. Boleh dikenakan aduan. Boleh orang viralkan. Yang kena menjawab siapa? Yang datang lewat setiap hari tu nak mengaku ke? Satu lagi aku tak suka kerana mereka ganggu jadual kerja aku. Bukan setiap hari aku kena hadap pelanggan. Kiranya ada juga hari yang aku buat kerja belakang tabir je. Kalau sehari dah lewat 15 minit, seminggu berapa minit? Aku bazirkan masa sedangkan aku tak terlibat pun. Sungguh aku tak ikhlas buat kerja mereka.
Kedua isu pasal cuti. Macam orang lain juga kami ada giliran cuti sebelum dan selepas. Cuti yang selalu jadi masalah ialah cuti raya. Semua orang nak cuti sebelum dan selepas raya. Nak taram dua-dua cuti padahal kena pilih salah satu je. Katanya nak raya belah diri sendiri dan pasangan. Dah aku macam mana? Walaupun bujang aku masih ada keluarga. Lagi best kalau ada yang cuti berpantang. Tahun ni dah bercuti sebelum selepas raya. Tahun depan pun nak cuti sebelum selepas dengan alasan tahun ni cuti raya masa berpantang. Tak syok. Tak syok apa kebendanya..seriously cuti berpantang habis betul-betul masa nak raya. Faham tak? Maksudnya korang dah dapat freedom masa raya tu cuma korang extend cuti sampai selepas raya. Licik sungguh.
Ketiga pasal aktiviti hujung minggu. Macam biasa kami pun ada program tapi semua orang tak mahu buat sebab nak spend masa dengan family. Semua tolak ke orang bujang iaitu aku. Aku tak nak rehat ke? Aku bukan manusia ke? Bila KPI tak capai ada tak yang nak mengaku salah? Korang fikirlah sendiri. Aku tak larat nak cakap banyak-banyak.
Nasihat aku, kalau ada yang bersikap begini tolonglah berubah. Anda mungkin tak rasa apa-apa tapi anda ada terfikir perasaan orang yang anda lepas tangan? Anda ada terfikir kalau mereka rasa sakit hati dan tidak ikhlas menggantikan kerja anda? Halal tak rezeki anda? Bagaimana anda sanggup beri keluarga anda makan hasil yang tidak berkat? Aku bukanlah anti pada golongan berkeluarga kalau ada rezeki aku pun akan berkeluarga juga. Tapi ada hadnya untuk aku kerana aku bukan malaikat. Dari anak seorang sampai nak tambah anak ke berapa perangai masih tidak berubah. Adakah aku tidak sabar selama ni? Pada sesiapa yang dah berkeluarga tapi komited dengan kerja anda,tahniah aku ucapkan. Aku percaya masih ada orang begini dalam masyarakat kita.
Aku ingin minta pertolongan korang kalau korang ada jalan penyelesaian terhadap masalah aku. Seriusly aku dah mula rasa kesan negatif suasana ni pada aku. Aku jadi tak ikhlas untuk bekerja. Aku pernah cuba datang lambat kononnya nak balas dendam biar diorang rasa perasaan aku tapi bertahan selama dua hari je. Selebihnya aku rasa tak tenang sebab aku takut Allah tarik balik rezeki aku. Nak mengadu kat pihak atasan? Diorang sendiri datang lambat tapi tak setiap hari jadi aku tak kisah sangat. Aku faham kadang-kadang orang berkeluarga memang tak menang tangan. Dan pihak atasan aku terlalu baik..Aku mengadu pun tiada kesan. Pasal cuti setakat ni aku menang sebab aku fight habis-habisan tak bagi diorang cuti terlalu lama. Tukar kerja tak boleh sebab aku ada kontrak. Tolong aku guys.
– Bukan batak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit