Assalamualaikum admin dan para pembaca sekalian. Aku harap confession ini akan disiarkan.
Di sini aku nak ceritakan berkenaan bos tempat keje aku dulu. 4 tahun lepas aku graduate degree dalam bidang akaun. Ok time tu memang susah gila nak cari kerja sebab tak ada pengalaman. Macam macam kerja aku buat cashier promoter dan kerja kat restoran. Setahun lepas tu barulah saya dapat kerja.
Tempat kerja aku ni takde la ramai sangat staff. Dalam 4 orang staff perempuan dan yang lain semua lelaki. 2 staff perempuan kat bawah, aku dan lagi sorang kat atas jaga kewangan. Untuk pengetahuan semua orang, gaji xbanyak pon. Basic 1500. Time tu aku fikir takpe cari pengalaman kan. 3 bulan pertama tu ok lagi. Walaupon tahap maki2 tu bagi saya biasa lagi. Biasa la baru2 ada buat silap kan. Oh yer, kawan satu department aku tu berhenti. Sebulan je bertahan. Tinggallah aku seorang kat atas.
Bila sorang dah berhenti, keje banyak la kan. Tapi masih dalam kawalan. Lagipon takde gangguan sangat. Krisis nya bermula start anak bos pindah company dalam satu bangunan. Office dia mmg sebelah je dengan meja aku. Staff dekat office dia tu seorang je. Bos aku tu plak ceo la dekat company anak dia tu. Anak dia tu kira director. Kira bos(perempuan) saya tu handle dua company. Start depa pindah situ bermulalah tugas saya selaku admin/mkt/inventory/account. Ok mengikot perjanjian, lepas je aku confirm bos tawarkan elaun rm 200 untuk handle account (sahaja) company anak dia. Time tu keje key in transaction jela kan. So aku setuju.
Lepas aku setuju tu, sikit sikit tugas lain datang kat aku.mula mula aku ok lagi la. Time tu aku pon fresh lagi. Tak reti nak membantah. Buat jela apa yang bos suruh. Ujung minggu ikot buat sales bukak booth n so on. Time tu staff company anak bos ada lagi. Dalam 3 bulan lepas tu staff tu berhenti. So keje keje diowg tu aku yang kena backup.
Satu hari tu company anak dia tu join event. Nak tak nak kena join jugak la kan sebab takde sowg staff pon .(orang luar pon dia ajak utk buat sale). So bermula lah keje aku dari pack2 barang semua . Buat report barang masok keluar, setting tempat, layan customer suruh beli barang sampai lah hari last event. Dah balik opis esoknya buat report semua pasal jualan, masokkan balik barang dlm stor, handle resit2 smua sampai lah bayar elaun n commission kat orang yang terlibat. Time tu takpuas hati sebab sehari dia bagi rm50 jek keje kol 8 pg smpai 12mlm . Yang saya terkilan orang luar yang join bole pulak dia kasi ikot commission. So diowg dapat lagi bnyak la .. Tu xkisah la rezeki diowg. Yang geramnya lpas habis event bukan bole cuci tangan gitu. Kne bt plak report yg makan masa berhari jgak. Bos pon tak bagitau awal tentang ni. Aku keje promoter pon depa bayo tinggi tau. Nak menangis jugak la time tu. Keje company satu lagi tertunggak. Dah lah time tu aku mengandong. Lupa nak cter aku keje situ dari start bujang kawen dan ada anak. Ramai nasihatkan aku supaya berhenti dan cari kerja lain. Silap aku jugak masa tu. Saya tandatangan surat perjanjian kontrak kerja 3 tahun. Kiranya kalau aku berhenti aku akan dikenakan tindakan. Sebulan jugak baru aku tandatangan. Aku pon tak tahu macam mana aku bole sign agreement tu. Time tu pulak kusut nak kawen + tunang saya berhenti kerja(jaga adik koma di icu)+kete kena curik dan bos asyik tekan pasal agreement tu. Time tu nak cari keje len pon pikir transport dan tempat tinggal. Hari hari pegi keje balik keje nek teksi. Nak je aku cari kerja kat kl. Tapi pikir time kawen tak kan nak stay sana. Serabut xleh pikir apa.haha
Aku pernah suarakan xcukup kakitangan. Dan bos ada la ambik pekerja.tapi kerja tak sampai sebulan dah berhenti. Ada yang diberhentikan sebab tangan panjang dan lain2. Ambik staff pon memang xlekat. Paling lama 3 bulan macam tu je. Dapat gaji je cabot. Hmm.. Aku je yang masih setia. alih alih diowg ambil budak praktikal. Nak mengajor pon satu hal. Sampai satu tahap saya fedup. Masa kerja banyak kali bleeding. Nasib baby kuat.huwaaaaa..
Dalam sehari tu kejap2 aku buat keje company ni.kejap2 settle keje company sebelah pulak. Dah la keje keje jenis ikot timeline. Aku pon naik pening. Baru fokus nak bt account, belah sana plak panggil.Bos aku pon taknak tambah staff dah. Sebab katanya x efficient la. Ramai berhenti keje buat taik la. Bole jadi gila sebab semua benda atas kepala aku.
Yang aku bengang nye, apa kejadahnya aku yang keje account kene buat QC bagai. Setiap produk yang dihasilkan tu sbelom dijual kat customer kne cek dlu. (sy xnak mention dia meniaga apa). Haha .. Yang paling lawak nyer bos saya bole cakap lepas ni u bole la belajar cara ambik ukuran baju sebab mana tahu tailor kita tak datang opis ke . Aku dalam hati wtfffffff…fuhhhhh gamaknya kalau aku reti jahit dia suruh aku menjahit.
Pasal gaji pulak bila saya suarakan ayat dia company tak bole untung, tak tengok ke income statement dan bla22.. Sedeh saya.. Masatu aku pikir tak sabar je nak cuti beranak. Nak ilangkan serabut kat kepala ni. Bos ada tanya due bila. Aku cakap la 1 bulan lagi.Dia tengok la kalender. Dia cakap due u hari jumaat kan, so selasa tu u datang lagi kan. Aku dalam hati cakap bos ni nak suruh aku beranak kat opis ke. Bos cakap jangan risau staff lelaki ramai kat bawah.kalau u sakit depa bole bawak g hospital. Wehhh tak pasal2 depa jadi bidan terjun nanti kalau aku terberanak. Aku cakap la laki aku swuh cuti 2minggu awal. Pas2 bos cakap kalau u nak cuti awal bole.tapi kalau u tak beranak lagi bole tak u attend utk audit hari rabu tu. Aku pon ia kan padahal dlm hati mmg x la aku nak datang.time tu aku ia kan jer sebab malas pikir apa.
Lepas dah bercuti tu, hari selasa tu aku tak beranak.hahhaa… Pagi selasa tu bos wassap u datang kan esok sebab esok.i ada temujanji doktor pakar. Aku pon wassap staff hr kat bawah (bukan company anak dia). Staff tu cakap kelentong bos je tu. Mana ada jmpe doc pon.saje malas nak handle orang audit. Aku pon reply la, saya dalam labour room ni bos. Dia pon xreply dah .. Hahha aku pon cuak jugak.. Aku tak rasa nak beranak lagi ni.nak telan minyak selusuh tu contraction kuat la.. Alih alih aku telan satu jug air barli suam. Malam tu alhamdulillah terberanak terus..hihi
Cter tak habis kat situ wehhh..dalam pantang orang opis asyik cal je. Bila aku takde mula la smua orang nak tanya itu ini lah. Sampai mak mertua aku tego tak reti bahasa toll lah… Bos cal aku xjawab. Dia suruh orang lain cal pulak..time anak aku ngamok nak susu pon sambil2 tu aku cakap tepon terangkan kat budak intern camne nak buat gaji.
Habis je cuti pantang, aku naik keje settlekan gst ngam2 kontrak habis aku resign.fuhhh lega.. Sekarang ni aku keje kat tempat lain. Gaji pon ok alhamdulillah. Rezeki anak. Ok la.aku rasa macam panjang plak aku tulis.mengantok sudaa..bye2
– Mun
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit