Salam semua pembaca.
Terima kasih admin. Saya ada nampak, Peninggalan Arwah sekali lagi disebut kembali di dalam IIUMC.
Terima kasih sekali lagi kerana menjadi medium kepada “Peninggalan Arwah”.
Terima kasih juga kepada pembaca yang sudi membaca.
(Baca Part I: https://iiumc.com/peninggalan-arwah/)
(Baca Part II: https://iiumc.com/peninggalan-arwah-ii/)
(Baca Part III: https://iiumc.com/peninggalan-arwah-iii/)
(Baca Part IV: https://iiumc.com/peninggalann-arwah-iv-the-last-part/)
Objektif saya menyampaikan kisah tu akhirnya tercapai. Next, kesedaran bangsa yang saya nakkan. Semangat cintakan tanah air yang saya ingin sematkan dalam diri setiap belia dalam negara kita. Dan juga semangat juang dalam diri anak-anak bangsa melayu.
——-
Bangsa kita adalah bangsa yang sangat bertoleransi. Bangsa yang sopan dan lemah lembut. Namun, bangsa kita juga adalah bangsa yang pantang menyerah tanpa berperang. Biarpun kalah, asalkan darah musuh mengalir di tangan.
Bangsa kita digeruni kerana ilmu. Bangsa kita digeruni kerana ilmu perdagangan yang hebat. Kepakaran dalam perdagangan bermakna, bangsa kita sangat arif dalam ilmu timbang dan sukat, matematik, fizik dan pelayaran.
Hasil dari pelayaran dan perdagangan, banyak pedagang melayu mula menambah baik sistem keselamatan dan inilah titik mula kepada keluarga saya,
Mencipta Senjata.
Tanah kita telah melalui beberapa fasa penjajahan, dan keluarga saya telah berkali-kali menentang segala penjajahan. Sebagai Skuad Bersenjata dengan panggilan nama tersendiri.
Telah banyak kali keluarga saya kehilangan ahli keluarga. Setiap anak lelaki yang lahir dalam keluarga ini, akan dilatih untuk mengetuai Skuad Bersenjata. Mati di medan perang merupakan satu pengorbanan mulia kepada Kepala Keluarga.
Part manuskrip. Saya bukan orang pertama yang membaca segala manuskrip tu. Manuskrip di tangan saya ni adalah satu tulisan berhantu. Setiap ayat yang saya baca, rasa dendam dan marah makin membuak-buak. Rasa penyesalan yang tiada penghujung.
Saya cukup faham apa yang Moyang saya rasakan. Selepas membaca manuskrip-manuskrip ni, rasa tanggungjawab dia untuk mempertahankan bangsa makin menebal. Tapi kuasa dipegang penjajah. Kesempitan yang menyebabkan dia tidak boleh berbuat apa-apa.
Bilik Operasi yang pada asalnya adalah tempat untuk dia bersendirian tanpa rasa tergugat, tanpa rasa takut. Oleh kerana memikirkan tentang bangsa dan keluarga, bilik ini ditukar menjadi tempat perbincangan tertutup. Membuktikan bahawa, darah yang mengalir dalam tubuhnya masih ada saki baki “penentang”.
Saya kesal kerana tidak pernah kenal siapa Moyang saya. Saya yakin beliau adalah seorang lelaki yang berani. Lelaki yang tak pernah putus asa memajukan bangsa. Tapi dengan manuskrip di tangan saya ini, saya seolah-olah dapat berbicara dengan beliau dalam dua garis masa yang berbeza.
Sangat jauh kalau nak dibandingkan diri saya dengan Keturunan Lama saya. Saya hanyalah seorang pemuda biasa yang menjalani hidup biasa. Saya tak pandai membuat senjata. Saya tak pandai berpolitik seperti Moyang saya.
Tapi sekiranya takdir Tuhan mengatakan susur galur keturunan kami adalah keturunan yang “kuat menentang”, saya terima takdir tu.
Kepala Keluarga masa dulu membuat penentangan secara bersenjata, Moyang saya membuat penentangan dalam bentuk politik.
Saya akan teruskan “sumpahan” ni.
Dengan cara saya sendiri. InsyaAllah, will be.
——
Bangsa dahulu yang melalui era peperangan dan juga bangsa sekarang yang hidup dalam keamanan, mempunyai nilai yang berbeza. In this year, kita tetap punya satu persamaan. Darah yang mengalir dalam badan kita masih lagi sama dengan darah pahlawan, cendekiawan, dan perajurit lama.
Bangsa kita kuat, bukan lemah. Ada satu bentuk perjuangan dalam diri setiap anak melayu yang hanya memerlukan, sedikit suntikan kesedaran untuk mengejutkan sleeping prodigy dalam diri kita.
Kadang kala kita merasa rendah, kita rasa tertindas. Tapi dongaklah ke atas, langit masih biru, tunduk ke bawah, tanah masih berumput. Ini semua belum berakhir. Belum ada titik noktah untuk bangsa melayu.
Bawa semangat moyang kita untuk setiap hela nafas kita, ingat segala perjuangan lama, bawa semangat tu ke depan, jadilah Melayu yang hebat dan berilmu.
–—
Saya harap penulisan ini sampai kepada semua pembaca Peninggalan Arwah.
Ini kerana, saya telah tinggalkan satu mesej tersembunyi yang diselitkan di dalam penulisan kali ini. Mesej kepada pembaca. Mesej yang menjawab satu persoalan yang ramai pembaca persoalkan.
Terima kasih semua.
– MUS
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit