Dah lama aku berdiam diri dan tak merasa untuk berkongsi pengalaman/luahan aku ini. Tapi aku terpanggil nak berkongsi kerana terlalu banyak salah faham yang aku lihat berkaitan depresi. Keluar bermacam depression nazi dan orang yang mengaku mereka depressed. Konon itu ayat trendy gantikan stress. Confession yang bermanfaat ditulis oleh psikiatri pun tak ramai yang amek pusing tapi bila confess kutuk artis kpop depressed keluar macam2 orang pandai seolah-olah dia paling tahu tentang apa itu depresi. Jangan senang2 cakap “aku depressed la” padahal stress homework tak siap nak kena submit esok. Plis! Be considerate. 6 bulan bukan tempoh yang lama untuk kategorikan anda sebagai depresi walaupun jika tidak dikawal boleh berlarutan. Itu mungkin simptom awal tapi biasanya kemurungan ni makan tahun tuan2 dan puan2. Confession ni serba sedikit berkaitan apa itu depresi dan apa patut korang buat. Sorry pos aku mungkin agak panjang. Harap korang tak rimas baca
1. Depresi bukan stress
Ya, bukan. Stress adalah penggalak/trigger kepada depresi. Orang yang depressed tak semestinya ko tengok dia senyap, buat hal sendiri. Introvert dan ekstrovert, dua2 boleh depressed. Kadang2 orang yang kau nampak gelak macam hantu, girang selalu itu lah sebenarnya sedang kemurungan. Sebab itu, ramai artis terkenal yang tahu diri mereka ramai peminat (disayangi dan nampak macam tidak keseorangan) mengaku depressed serta lonely sampai ada yang memilih bunuh diri macam Chester Linkin Park dan Jonghyun baru-baru ni. Kau tengok diorang happy jek, dan ada video Chester sebelum bunuh diri dia sedang gelak ketawa dengan keluarga dan rakan dalam sebuah parti. Jonghyun pun beberapa hari sebelum bunuh diri, happy go lucky macam biasa bila di set untuk shooting. Jadi jangan fikir orang yang senyap yang nampak bermasalah je sbenarnya ada masalah. Boleh jadi dia lebih suka menyendiri, tetapi ajar diri untuk peka pada sekeliling. Kawan/family korang yang happy go lucky selalu tu sebenarnya yg mungkin sedang memendam segala keperitan yang taknak dia tunjukkan. So alert, jangan judge.
2. Jadi penyokong bukan penilai
Ya, sokong mereka. Jangan nilai (judge), jangan samakan masalah/situasi dia dengan apa korang rasa dan alami. Tak sama cara setiap orang deal dengan masalah dia. Kau mungkin stress gila umur 25 tahun tak kahwin lagi, si dia pula mungkin rasa relaks lah 25 muda lagi kot. See? Tak sama apa kau rasa walaupun situasi sama (umur 25 dan single) Macamana nak sokong? Sokong tu bukan maknanya kau kata apa dia fikir semua betul, kau pun main angguk je kalau dia kata nak pukul orang release anger. No no no. Kau jadilah pendengar, kau dengar dulu walaupun kau tak setuju. Bagi dia peluang luah apa dia rasa. Use comforting words yang tak menyakitkan hati tapi buat dia berfikir. Tak perlu tunjukkan dia apa salah apa betul sebab kekadang diorang ni dah boleh fikir. Contohnya, “aku tahu menda ni sukar, tapi ko orang yg kuat sebab tu boleh bertahan sampai sekarang. Insyallah kau mampu” tolong elakkan menyebut “SABAR” “orang lain lagi teruk kena dr ko” “syukurla weh” Orang yg murung bukan tak tahu semua ni tapi hati dia tetap sakit, dia rasa terperangkap, an indescribable pain. Sebab tu ada yg end up bunuh diri, bukan kerana tak takut mati tapi kerana dia nak tamatkan kesakitan yg dia rasai. Kalau tak bole cakap yang baik2, cukuplah jadi pendengar yang baik.
3. Suicidal thoughts/keinginan bunuh diri
Aku terbaca status blogger terkenal bertulis “bagi aku masalah depresi masalah iman” tapi aku nak cakap yg masalah depresi tak berkaitan pun dengan iman, sesiapa pun boleh laluinya. Mungkin kau sembahyang sunat malam tak tinggal, mathurat, quran, zikir dan sebagainya kau masih boleh rasa murung. Sebagai orang Islam, aku akui semua perbuatan tersebut berikan aku ketenangan. Lagi aku baca quran lagi aku taknak stop. Tenang. Tapi bila aku berbalik pada rutin harian, tiba-tiba rasa sedih. Rasa diri unworthy. Tapi diri masih ada iman. Bila terfikir bunuh diri tanya diri balik, dah sedia ke jumpa Tuhan? Selesai ke masalah bila kau mati? Iman yang selamatkan aku. Jadi di sini, orang yg depressed bukan kerana ada masalah iman tetapi yang bunuh diri kerana depresi itu yang sebenarnya ada masalah iman. Kau kena percaya, percaya diri kau itu dihargai, kau seorang yg berharga dan disayangi cuma kau belum nampak. Tapi percayalah, ada dan mesti ada. Masyarakat kita bukan jenis yg pandai tunjuk penghargaan, bila marah reti tunjuk tapi bila hargai tak sebut pun “aku sayang kau dan aku hargai kau sbg kawan/adik/family aku” berapa ramai yg pernah sebut ni? Atau terima ucapan sebegini? Kurang. Kalau kena marah? Selalu kan. Jadi latih diri untuk lihat non verbal language. Mak aku tak pernah cakap dia sayang aku, tapi gestures dia aku tahu dia sayang aku. Semua orang mahu dihargai, tapi kalau kau tak dapat dalam cara yang kau mahu, latih diri untuk lihat hidden gestures orang lain. Be positive. Bagi yang tiada masalah depresi, be more comforting. Bila hargai cakap, bila sayang luahkan. Mana tahu kalau2 itu kali terakhir korang ucapkan pada dia.
Oklah cukup sampai situ saja. Tulis panjang2 orang tak baca nanti buat aku sedih je. Btw, inilah luahan aku. Bertahun-tahun aku alami depresi, yg bermula dari pendaman sejak kanak2. Mangsa penderaan dan tak pandai meluah tapi seorang yg happy go lucky. So aku tetapkan matlamat nak jadi seorang kaunselor dari sekolah menengah lagi untuk bantu orang2 senasib diri aku. Untuk menjadi pendengar. Aku bukanlah suka sgt dengar masalah orang tapi satu, aku nak menolong. Alhamdulillah kini aku seorang kaunselor, hampir 2 tahun bekerja dan aku harap aku berjaya menolong ramai individu. Doakan aku dalam profesion menolong ini. Dan tolonglah, jangan judge kaunselor. Aku bukan seorang psikiatrik dan Depression ini bukan kepakaran aku tetapi aku nak share menda simple yg semua boleh praktiskan namun sering terlepas pandang. Kita semua boleh buat dunia jadi lebih baik, kan? Dalam 10 orang kaunselor kau jumpa mesti akan jumpa seorang yg kau tak suka tapi jgn samakan semua dengan pengalaman silam kau. Nilai mereka melalui diri mereka. Tak tahu, tanya dan jangan main hentam saja kami2 ni. Profesion kami adalah menolong, nampak simple tapi tidak. Okay. Sampai sini saja. Kalau pos aku ni diterima baik aku nak menulis lagi tapi tak tahulah. Ok ke penulisan aku? Assalamualaikum
– Farah H.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit