Cikgu, I Adore You

Hai Assaamualaikum , saya terdetik nak menceritakan pengalaman saya tentang guru guru and I hope that korang (cikgu or not) boleh terima kisah saya dengan open minded :)
Cikgu / Guru is someone that I really respect since tadika because kebanyakan cikgu2 yang saya jumpa sangat sporting and sangat sangat baik hati , if I was given 3 options for bidang yang saya nak lalui nanti I would chose to be seorang pendidik sebab ;Cikgu2 sekolah saya yang ajar saya time form 5 baik gila , I love them so much especially cikgu sejarah , cikgu saya doakan cikgu baik2 sahaja and i want to be like them . Okay smbung , Pendidik merupakan pekerjaan yang sangat2 murni but then some teachers , at least yang saya kenal kat sekolah saya lah membuatkan bayangan saya tentang seorang pendidik yang merupakan kerja yang murni semakin hari semakin pudar. Why ? satu sahja jawapan saya.
——->PILIH KASIH
YES ! saya tak nafikan yang kita pernah buat salah , sapa je kat dunia ni tak buat salahkan ? but this fenomena keeps cycling , mcm tak pernah nak berhenti tau . Saya tak ada niat pun nak aib kan mana mana cikgu sebab seperti mana yang saya nyatakan tadi ( saya sngt sayang cikgu2 saya) but I just need to tell this because wahai cikgu, ingatlah setiap apa yang anda semua lalukan walaupun anda rasa menda tu mcm tak logik untuk anak murid anda ingat setelah 10 tahun dah berlalu tapi percayalah . Mereka memang akan ingat . People will forget what you say to them , people will forget what you do to them , but trust me , people wont forget what you make them feel .

Saya berada di kelas pertama di sekolah saya for like 3 years since form 3 , 4 and 5 . Masa form 1 saya tak duduk kat kelas depan pun and thats why Ive been so confident about this matter . Masa saya kat kelas belakang memang hebat lah boleh nampak mcm mana perbezaan cikgu2 layan kelas depan and belakang. ‘Alah , biasalah tu .’ haaaa ni saya selalu dengar bila saya luahkan perasaan saya psal isu ni . Perlu ke kita biasakan psal ni ? Yes memang saya nafikan kelas belakang also means : tak pandai , degil , nakal , malas , tak dengar cakap orang. … but , betulke?
Kalau lah saya boleh kasitau berapa ramai kawan2 saya yang dulunya dilabel mcm tu but now dah berubah and menjadi orang penting dalam masyarakat?
Yang tu kalau orang dah ada kesedaran . Kalau yang students lain yang tak dapat kesedaran lagi tentang perbuatan dorang tapi still buat menda because why? korang rasa? sebab dorang dah dilabel ! Dorang dah dilabel dengan macam tu . I still remeber seorang cikgu ni yang pencen time form 1 saya . But hah! see aku still ingat smpai skrg . Aku baru balik dari toilet then ada pemadam orang ni terpelanting kat hallway . budak tu suruh aku baling balik kasi dia . Then why not, aku ambik and baling lah kat dia . Macam aku cakap tadi , aku kelas belakang . Budak tu jugak kelas belakang . And aku tak sedar bila aku baling tu cikgu yang kelas nombor 1 tu mmg tgh bersandar kat hallway tu tengok je aku . Aku tak kesah pun dia tgk aku . Tapi masalahnya , what the hell with that face, muka mcm aku buat kesalahan yang bsar you know. Dia seolah olah ingat yang dia dapat tangkap aku daripada main2 baling campak barang . Just because aku kelas belakang and Ive been label that way for like 2 years OMG . baru 2 years aku rasa kalau aku kene sekolah situ tapi kelas belakang aku rela pindah sekolah . Sekolah tu tak bersalah langsung , yang bersalah only that teacher .

He treats us mcm kitorg ni nakal sangat , degil , tak siap kerja sekolah semua tuh padahal aku siap doe. And something bothers me . What if budak2 kelas belakang rasa menda yang sama for 5 years ?! Certain ada yang berubah sebab dulu tak matang . And certain tak berubah because no teacher are willing to reach for them . Kalau ada pun hmmm cikgu kaunseling tu . Sorry to say lah , tapi cikgu kaunseling bila nak pnggil budak kelas belakang dia pnggil mcm nak perli je .

Bila aku cakap pasal mnde ni kat kawan aku yang dulunya cikgu (yang aku cerita atas tu) guru kelas dorg . Dorang semua nafikan apa yang aku cakap . Cikgu tu buat lawak sokmo kat dorg , cikgu tu baik . Tapi mcm ni lah , no one has the right to deny what other people feel about something or somebody . Like in the title , A heart is a heavy burden ( cerita Howl’s castle ) . Hati kita ni sensitif , tak kira lah orang tua or muda , budak ke apa .

Satu lagi , malukan kat perhimpunan .
Ntah sapa punya idea lah yang ‘bernas’ sangat . Cukuplah rotan , and marah tengking dalam kelas kalau budak tu melampau sangat . But kat perhimpunan seriously ? You know what, sapa2 yang nak famous cepat , nak hot cepat , kau buatlah kecoh . Bila cikgu sebut nama kau , pnggil naik stage mmg famous kau tu berpanjangan , orang lain dah lupa tapi kau takkan lupa punya . Nasib baik lah aku ni budak baik , pengawas pulak tu tak kena mcm tu . Tapi each time budak2 ni kene aku cam tunduk je . Biaselah yang kena tu budak kelas belakang . Memang scars tu kekal lah kat hati dorang .

Last but not least ! Cikgu , yang ni penting !
KALAU BOLEH JANGAN HANTAR ANAK ANDA KE SEKOLAH YANG SAMA DENGAN ANDA
sebab apa ? sebab , layanan yang anak korang dapat tu akan buatkan dorg besar kepala and rakan2 sekerja korang ( cikgu) akann layan budak tu lebih daripada orang . Hm even tho anak cikgu tu siap kerja hasil tiru jawpan orang lain but still dapat pujian yang melambung gila nak mati then orang yang bertungkus lumus ni cikgu just tgk pstu lalu . OMG ! aku tak paham betul lah , bila form 1 & 2 masalah labelan oleh cikgu . Bila form 3, 4, 5 masalah pilih kasih anak cikgu pulak .
Pstu ada pulak seorang hamba Allah ni terpilih untuk jawatan yang tinggi dalam organisasi kitorg . Then kitorg ada ice breaking session pstu dia perkenalkan diri ko tau apa dia cakap? ‘ saya terpilih sebab saya kan anak cikgu’ nak muntah aku dgr . Ya Allah , percayalah , cikgu , korang perasan tak perasan memang ada hati yang terluka . Puji tu kemain lagi tak ingat dunia , tak ingat ada budak2 lain dalam kelas tu . Kalau lah aku jadi cikgu aku takkan kasi dia duduk satu sekolah ngn aku biarpun MRSM ke apa . Sebab menda tu akan jadi satu masalah kat pelajar lain . Bukan sebab aku selfish tau , aku punya confident selalu down sebab aku tau cikgu ni tak akan kenal aku , takkan telihat kelebihan aku . Yang baik , yang molek , yang pandai semua anak cikgu . Walaupun it is far from truth , but they believe that . Dah pnjg aku malas nak bgi contoh byk2 sgt . sekarang ni pun dah berapi dah kepala aku bila teringatkan balik .

So please, wahai cikgu2 yang saya hormati , mmg setiap sekolah akan jadi perkara mcam ni , and setiap tahun akan ada hati terluka . Kalau anda dah terbuat , masih ada ruang untuk membetulkan . Saya masih ingat time ada kat ikim.fm ada seorangc cikgu ni dia bagi advice time open house raya ajak semua student , jangan best student je . Bila yang nakal2 tu datang layan2 dorang ,fokus dkt dorang . Cukup2 lah cara sangat dgn best2 student tu . OMG bila aku dgr rasa nak jerit je . Masih ada lagi rupanya cikgu mcm ni . Alhamdulillah.
Sekolah saya bukanlah yang terbaik di daerah saya . Malah antara sekolah yang dilabelkan hotspot atau kawasan hitam oleh KPM . Tapi kami sentiasa berusaha untuk lonjatkan nama baik sekolah dari segi akademik . Tapi tulah , cikgu2 bantulah kami . Bukankah anak2 yang tak pandai , yang degil tu memerlukan lebih bimbingan , belaian , kasih sayang ? Bukan makian , teking dan amarah . Ada seorang kawan saya ni dia luahkan dia tak minat belajar time sekolah dulu sebab cikgu dia . dia selalu dapat tempat terakhir dalam kelas even dia sekolah asrama penuh . Tapi now , otw master bidang biology lagi padahal bio dulu tak pernah lulus time periksa biasa .

And last sekali untuk orang awam . Jangan lah label pelajar itu berdasarkan dia dari sekolah mana . Asal MRSM/ sekolah asrama penuh / bestari je cerdik , pemimpin negara , masa depan negara , bla bla bla . engko tak tau berapa ramai je pelajar dari sekolah bijak2 dulu time masuk university kecundang sana sini . Hok yang dari sekolah kampung dari sekolah hok orang kata nakal ni lah yang berjaya bangunkan negara . cakap pandai . tolonglah masyrakat malaysia wei .. bawak2 lah sedar . Setiap orang ada future dan impian mereka sendiri , jangan padamkan impian dan future dorang sebab penyakit korang tu . Assalamualaikum , kalau ada yang terasa tu siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya .saya mintak maaf kalau entry saya ni melampau tapi ni lah reality yang saya dan rakan2 harus lalui . Tiada niat lain selain cuba untuk menjadi tukang suara bagi mereka yang telah melalui itu semua . Saya harap korang dapat share ini pada guru guru dan orang awam . Saya minta sangat supaya korang adili entry ni sebaiknya . Kalau yang setuju tu , bagus. Kalau kurang setuju tu masih ada ruang untuk perbincangan . Usahlah dijadikan kontroversi sebab pandangan tidak boleh dipenjarakan .

– thelonelyperson

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit