Hai,dah lama aku nak buat luahan. Sebelum itu ,untuk siapa yang tidak tahu, terms LOKALAH sering digunakan oleh brand-brand lokal yang ada di Malaysia. Aku ada terbaca satu artikel dari satu laman sesawang ini tentang “13 reasons why we should support local brand”.Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang mengecam tanpa selidik.
Selalu bila kita cakap tentang lokal brand,perkara yang sering dibangkitkan pasti harga. Lokal brand selalu dibandingkan dengan nama-nama besar seperti H&M,Uniqlo dan seangkatan. “Baik beli barang dari *brand-brand tersebut* dari beli dari lokal” adalah kata-kata sering diutarakan. Tapi anda pernah fikir atau tidak ,anda sedang membandingkan brand mass produce dgn produksi kecil-kecilan? Kamu tahu cost margin mereka berganda-ganda kecil dari brand-brand lokal ini. Bayangkan kamu sedang bandingkan produksi 5000 helai vs 50 helai. Berapa banyak beza dari segi kos dan modal perlu dikeluarkan?
Kualiti?.Jangan ingat semua brand antarabangsa semuanya berkualiti. Ada saja brand antarabangsa yang masih menggunakan baju siap seperti brand-brand FOTL,G****N dan H***S jual dengan tag harga beratus tapi anda tetap beli dan masa yang sama anda kecam brand-brand lokal yang masih memakai material yang sama.
Ada juga yang bersuara “alah aku tahu produksi untuk sehelai tshirt adalah rm15-rm20 sahaja sehelai tapi jual lebih mahal dari brand-brand besar”. Itu baru kos print baju. Ada korang fikir tentang kos-kos lain seperti marketing,fotografi,shipping,
Originaliti. Kalau nak cakap pasal original,kat dunia memang dah tiada yang original,mesti ada yang inspired dari apa yang kita tengok sekeliling. Jangan salah faham,plagiarism itu memang salah tapi tidak semua brand yang meniru bulat-bulat hasil orang lain. Terdapat juga brand-brand yang punya gaya tersendiri dan unik. Brand-brand macam inilah harus anda support,kalau bukan orang kita sendiri macamana industri kita mahu berkembang?. Pasti ada yang nak lihat lokal brand kita setanding dengan brand-brand antarabangsa.Even brand-brand antarabangsa pun bukannya 100% original,mereka pun mengambil inspirasi dari sekeliling.
Maaf jika ada yang tidak bersetuju,lain orang lain pendapat. Apapun tepuk dada,tanya selera.
Harap-harap dapat mengubah persepsi segelintir tentang lokal brand.
– Zimbo
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit