Penumpang UBER Yang Tidak Bertanggungjawab

Hi admin. Terima kasih admin seandainya siarkan post saya ini.

Saya nak kongsi tentang rider yang naik uber ni ada segelintirnya yang tidak bertanggungjawab serta menuduh sesuatu yang tidak betul.

Ada 3 point utama yang saya nak kongsi dengan anda semua disertakan dengan cadangan.

Disclaimer: Tidak semua penumpang begini tetapi segelintir itu ada.

1. Kritikan tentang kebersihan

Membuat komen “kereta tidak bersih”. Sedangkan kami membasuh kereta luar dan dalam adakalanya sehingga DUA KALI sehari untuk memastikan anda berpuas hati tetapi dapat komen berupa “kereta tidak bersih” sehingga saya mendapat mesej daripada uber tentangnya. Tetapi dimana buktinya kereta saya kotor?

Cadangan: saya mencadangakan setiap kritikan terutamanya tentang kebersihan seharusnya dilampirkan sekali bukti kereta serta pemandunya. Kalau tiada bukti bermakna pertuduhan anda tidak benar. Ini adalah untuk memberikan keadilan kepada pemandu.

2) Kritikan tidak profesional

Saya mendapat komen daripada rider mengatakan saya tidak professional. Sila lah lampirkan bukti kat mana tak professionalnya saya? Apa yang anda maksudkan tak professional? Adakah percakapan ke? Atau tidak berbual dengan anda ke? Daripada segi apa? Penampilan ke apa? Mohon tolong berikan apa yang anda mahu sampaikan. Saya sangat menitikberatkan professionalism sebagai seorang pemandu. Ini kerana anda akan menjejaskan motivasi seorang driver uber.

3) Kritikan tentang lokasi mengambil & menurun penumpang

Sebagai pemandu saya mengakui bukanlah semua tempat/kawasan saya arif. Selalunya kita semua akan bergantung navigasi app uber. Navigasi ini amat membantu. Permasalahannya kadangkala navigasi ini tidak berfungsi dan bila keadaan ini berlaku, selalunya saya akan memberitahu penumpang bahawa app navigasi mempunyai masalah dan ditunjukkan pada penumpang. Saya akan bertanya pada penumpang meminta memberitahu dimana lokasinya (mengambil/menurunkan penumpang).

Penumpang sebagai rakan pemandu sepatutnya memberi kerjasama membantu pemandu untuk menunjukan lokasi bukan memberi kritikan/memarahi pemandu. Jadi adakan dengan membayar RM5/RM6 untuk satu perjalanan, mereka menjadi menguasai kereta/pemandu.

Cadangan: Kepada penumpang, jadilah penumpang yang baik sebagai rakan. Janganlah berlagak kononya dengan membayar beberapa ringgit kami adalah drebar anda. Buangkan lah sigat menyombong diri.

Berikanlah sokongan pada pemandu anda. lebih lagi bila kami sedaya upaya memberi anda servis terbaik untuk anda.

Cadangan: kepada uber janganlah cepat melatah dengan mempercayai 100% kritikan daripada penumpang. Sebab kritikan beginilah penumpang serta sokongan daripada uber akan “demotivate” pemandu.

Terima kasih.

– Pemandu yang mencari nafkah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit