aku terdetik untuk mnceritakan pengorbanan seorang guru. di awal ptemuan aku dengan bliau, aku hnya mgganggap dia hnya seorang guru yg mngajarku erti kejayaan. namun hari kian berganti aku menyedari bgitu byk pngorbannya thadapku dan pelajar yg lain . setelah tamat persekolahan. aku masih lg berhubung dgnnya mlalui telefon dan mnziarahanya . namun setelah beberapa bulan aku mnamatkan persekolahn aku diberitahu oleh suaminya bahawa kakinya kanannya akn dipotong berhubungn dengan penyakitnya itu. namun aku hnya mampu mnziarahinya stiap hujung minggu kerana aku mmpunyai jadual STPM yg padat pd ketika itu. Spjg aku di tingkatan 6, bliau byk mmbantuku dari segi pelajaran ,nasihat, tunjuk ajar, dan keyakinan utk belajar,, namun panas tidak sampai kepetang,, stlah aku tamat STPM, kaki kirinya pula dipotong shingga lutut. peritnya,hanya tuhan yg tahu. ketika itu, aku berhasrat untuk menjaganya berikutan aku tlah tamat STPM. dan, niat dihati hanya utk balas jasa bliau yg begitu byk bgiku.
sepanjang aku mnjaganya, memasak makanan utk beliau , kebetulan beliau tidak mmpunyai anak. spjg aku mnjaga beliau banyak yg aku dapat pelajari daripada beliau. belajar erti ketabahan hidup walaupun beliau terpaksa melakukan dialysis setiap minggu kerana kegagalan buah pinggang , namun beliau tetap kuat dan tabah bersama suaminya yang selalu bersamanya, beliau juga selalu mengajarku erti berjimat cermat berikutan aku berhasrat sambung ke peringkat degree. malah, setiap kali mereka berdua keluar bersama sama, mereka berdua tidak pernah lupa untuk mengajakku. walaupun beliau tidak mampu melakukan apa apa pkerjaan, namun beliau tidak pernah jemu melayan karenahku yang selalu bercakap. aku terlalu bersyukur mempunyai guru shebat beliau.
namun sepanjang aku mnjaga beliau tangan kiri beliau kian mmbengkak dek kerana penyakit beliau yg kian memakan badan. pada ketika itu aku terasa sebak apabila melihat keadaannya bersama suaminya apabila doktor mgesahkan tangannya juga dipotong utk mgelakkan berlaku jangkitan, ya allah, sedih tidak terhingga. namun aku tetap yakinkan diri bahawa ada hikmahnya. sepanjang operation , aku tetap disisinya. dan kini beliau sihat dan mampu lgi utk tersenyum mghadapi hari hari yg mendatang walaupun hanya mempunyai satu anggota sahaja. hari demi hari berlalu ,dan kini aku tlah bjaya sambung pelajaran, namun masih lagi berhubung denganya. setiap minggu beliau tidak pernah lupa untuk bertnya kabarku.
Namun, pada tanggal 5/1/2018 beliau telah menelefonku dan bertnya mgenai peperiksaan terakhirku,pertanyaanya berbunyi begini “awk, habis exam 15/1 kan ? awk tak balik rumah ke 2,3 harini? manalah tau awk tdetik nak blek ,” dan aku dengan spontan mnjawap, rasanya sy tak blek dah cikgu sebab lgi seminggu je nk blek rumah” then dengan yakin aku berkata, nanti sy cuti sy jaga cikgu okey . namun, allah lebih berkuasa dari perancangan manusia. tanggal 9/1/2018 Allah swt tlh menarik nyawa beliau. dan pada ketika itu , baruku sedar, itulah kali terakhir aku mendengar suaranya.
apabila dberitahu jenazahnya akan dikebumikan keesokkan pagi, aku bergegas ke rumahnya yg mgambil masa 2,3 jam utk smpai. dan keesokkan pagi, aku bergegas semula kerumahnya dengan harapan dapat melihat wajahnya utk kli trakhir. malah, perkara paling tidak disangka sangka2, aku diberikan peluang utk memandikan jenazahnya dari awal shingga dikapankan, dan aku dapat mencium jenazah beliau. terima kasih ya allah. aku sangat bersyukur kerana dari awal pertemuan dengan beliau sehingga kini aku dapat bersamanya. dan sminggu selepas jenazah dkebumikan aku bermimpi beliau mempunyai dua pasang kaki dan tanganyang sempurna seperti orang lain malah mmpu berjalan. dan aku terus tersenyum melihatnya sempurna,
moga allah tempatkan beliau dikalangan org org yg beriman. amin . beliau adalah guru yang hebat!
– hanim
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit