Inilah Kehidupan

Ini cerita tentang aku. Aku yang dulunya orang junjung, orang bagitahu pandai la. Nanti boleh jadi doctor lah , apa lah. Bila masuk matrikulasi, aku tak perform, aku dapat pointer cukup2 makan. Cukup untuk aku masuk universiti dengan course lelong. Aku pun x tahu course aku tu pasal apa. Aku x minat pun apa yang aku belajar.abis je belajar, result x gempak, tp dapat lah 3.0++ cgpa tu. Cari kerja punyalah susah, jadi menganggur. Orang x nak amik kerja tinggi sangat kelayakan. Ganggur lagi, lama sgt ganggur, dekat 2 tahun.

Lepas dah boring menganggur, pikir x berbaloi belajar lama2. Follow lah job fair,jumpa lah satu kerja. Buat sales jual dari satu tempat ke satu tempat. Aku terima je demi byr Ptptn. Banyak kali org hina org buat sales ni. Bila kita tegur kat mana2 pasaraya atau jabatan kerajaan, mesti orang reject. Siap ad hina lagi, daripasa jual2 ni baik kerja pizza hut kat rumah tu.macam2 la.. Lebih2 lg klau org2 kerjaan..sabar memang kena tinggi. Senyum je walau dihina . tetap memujuk walau telah ditolak, fikir duit je. Lama kerja sales, dalam 2 tahun lebih. Dalam kerja sales ni aku jadi lebih sabar, lebih pandai bercakap, x malu sgt.. Ada lah jugak kelebihan buat sales ni. Byk bln la aku achieve target, gaji sbulan 3,4 ribu.. Tapi bila dah lama, sales menurun, confident level menurun, rasa malu tiba2 menebal, rasa penat buat sales. Dlm sales ni, aku xde kwsp, socso semua tu.. Hanya bergantung pd duit sales je.. Ad bulan2 yg perit,gaji 200 pun ada.

Mula nak tukar kerja. Cari2 kerja, xdpt.. Last2 dpt jadi kerani.. Kuli bos, org suruh tu,buat. Orang suruh ni buat. Sabar je lah.. Aku pikir yang dulu aku tak membayangkn diri aku ditempat ini dulu. Tengok tv tu kan, keluar U je, dpt kerja. Ketja plak syarikat besar2. Pakai kot bagai, gi meeting,office cantik. Masa belajar ingat semudah itu.. Rupanya susah, ad pengalaman baru dpt kerja. Sedih. Aku dulu pun x bersyukur masa Allah bg macan2. Bila Allah tarik baru sesar. Allah kan ad sebut dalam Ak-Quran, jika kau bersyukur, aku akn tmbhkn.

Jadi, marilah sama2 kita bersyukur pada Allah..aaminn
Buat adik2, sebelum masuk u, make sure minat course anda dan sungguh go for it. Belajat betul2, tahu apa hala tuju kerjaya dengan course tu. Kalau xdapat course yg minat, aku nasihat xyah smbung belajar lah. Abiskan duit je masuk u, baik bisnes je. Ramai org 2 kaya x masuk u pun. Atau pun try mintak kerja spa tu. Bagi yang dah ad degree , xleh mntk dah dengan spm. Tahu hala tuju. Jangan jadi macam aku.

Ikhlas,
Aku yang mohon anda doakan semoga berjaya.

– Aku

Hantar confession anda di sini ->Ā www.iiumc.com/submit