Makan Macam Anjing

Straight to the point.

Aku nak confess yang aku jelik tengok cara orang Malaysia makan kat kedai.

Nak tanya, korang pernah experienced tak sampah berselerak kat luar rumah sebab tong sampah diselongkar anjing? Korang makan pun macamtu ke?

Cara anjing:-
1. Sisa makanan bersepah;
2. Biar tempat makan kotor;
3. Berselerak; dan
4. Tinggalkan tempat makan macamtu je.
*sila tambah di ruang komen di bawah.

Seriusla, korang pergi kedai makan, macamtu korang buat.
Agaknya macamtu ek korang makan kat rumah? Lepas makan, biar.
Bukannya nak suruh korang dah habis makan, bawak pinggan kotor sampai ke dapur kedai tu, simpan bodoh tu please.

Cara manusia (yang ada akal) makan:-
1. Tolong stack pinggan supaya senang pekerja nak angkat ke dapur;
2. Lap sikit meja yang korang buat kotor tu pakai tisu. Anak makan comot, kemain lagi ko rembat tisu kedai;
3. Kalau kat restoran fastfood, tolongla buang sisa makanan/bekas makanan tu kat tong sampah yang disediakan;
4. Boleh berfikir – lepasni orang lain pulak nak duduk kat tempat tu;
5. Cakapla terima kasih kat pekerja sebab tolong sedia and hidangkan makanan korang.

Kamon,

Pekerja kat restoran tu bukan orang gaji korang, sedar diri sikit yang ko tu cuma bayar untuk harga makanan, bukan untuk orang layan sifat pengotor ko tu.

Boleh tak,
sebelum korang blah dari tempat korang makan tu, tanya diri sendiri “aku ni manusia ke, ape?”

Terpulangla nak keep on makan macam tu, tapi jangan marah kalau dengar orang lain kata ko “makan macam anjing!”

#JanganMakanMacamAnjing

– Cahya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit