Anak Petani Yang Kau Hina

Haii semua.. Terima kasih iiumc sekiranya curahan hati ini disiarkan sekaligus dijadikan iktibar buat kawan2 alam maya. Nama aku Sam and of course its not my real name. Asal dari negeri Pok Jib. Lelaki dan skg keje gomen. Aku cuma nak meluah pasal adik beradik aku yang seramai 14 orang. Kakak, abang dan adik aku meninggal masa kecik. Aku anak ke 5 (lps tolak abg dan kakak yg dh xde) So, 11 org la kiranya yang duduk serumah. Termasuk ibu ayah aku, kami duduk 13 orang serumah. Rumah kami rumah kayu. Duduk kat kampung yang rata2nya adalah keluarga trdekat kami. Ayah aku 10 adik beradik, mak aku pulak 9 orang. Ramai. Sangat ramai sampai aku xleh nak hafal satu2 nama makcik pakcik aku. Okay itu intro.

Kisah bermula bila aku masuk ke tingkatan. Aku jenis yang banyak cakap, ikut debat sekolah, mewakili negeri dan sebagai ketua pengawas sekolah masa aku tingakatan 6 ( 2011). Suatu hari, cikgu yang baru transfer dari borneo buat sesi perkenalan dengan beliau dalam kelas. Aku orang last. So, banyak la jugak dia tanya.

One of her question is: berapa adik beradik? Aku cakap 11 orang. Anak ke 5. Dia terkejut. Terkedu sebentar. Pastu dia cakap: Ramai giler. Kuat eh bapak ko. Masa ni kawan2 aku dok gelak. Aku macam, ape masalah kau adik beradik aku ramai? Tapi dalam hati. Hormat guru itu no 1. Aku diam. Senyap. Kawan2 masih gelak. Cikgu pun. Aku malu. Rasa nak nangis. Tapi aku cakap dalam hati, xpe. Sabar. Ko lelaki. Tahan air mata. Cikgu suruh buat pembentangan pulak. Sekali lagi, pasal family. Semata2 nak habiskan 2 jam kelas sebab dia 1st time mengajar di situ.

Pembentangan demi pembentangan. Aku kagum dengan kawan2 aku yang semuanya dari keluarga kecil dan berjaya. Ibubapa mereka mostly kerja guru, pilot, miliki bisnes sendiri, anak2 datuk datin semua. Aku sorg je ke anak petani? Ntah laa.. Sekolah aku mmg skolah prestij tinggi. Aku masuk pun sebab dari upsr pmr spm aku cmerlang. Tpi xnk tggal ibu ayah, aku tolak twaran matrik, asasi dan spa8, smbung stpm.

Klimaksnya bila classmate aku sorg ni buat pembentangan beliau. Ayah pilot. Mak guru. Ayat beliau yang aku xakan lupa: Malaysia makin mundur disebabkan lambakan penduduk yang miskin tapi subur membiak. Dah tahu hidup tu miskin, beranak setiap tahun tu kenapa? Mak dah jadi kilang anak. Lepastu sibuk nak mntak subsidi la, bantuan kewangan la. Patutnya Malaysia amalkan satu keluarga satu anak sahaja. Ayah keje petani je tapi anak bederet.

Pehe dok dia nak smpaikan gapo? Aku speechless. Aku terasa giler. Lepastu turn aku bentang. Aku citer family besar aku. Mak suri rumah. Ayah petani je. Pastu aku cakap, ayah saya memang petani je. Kadang kami sekeluarga makan ikan 4 ekor, share 13 org. Kadang xde lauk langsung. Hidup susah tapi x melarat. Tengok suatu hari nanti, anak petani ni lah akan berjaya. Saya akan tunjukkan. Jangan pandang enteng pada anak petani. Jangan pandang kami macam pengemis. -Lepas meluahkan yang terbuku dihati, aku kluar. Menangis. Ya, aku menangis. Anak lelaki ayah yg ke lima menangis. Rupanya beberapa kawan sekelas juga menangis. Entah sedih entah simpati. Aku masuk kelas dan duduk diam sampai kelas tamat.

Memang subsidi kami mahukan. Bantuan kewangan setiap tahun kami nantikan. Tapi kami juga punya perasaan dan impian. Jangan anggap kami pengemis jalanan kerana selagi kudrat ini ada, cari rezeki yg Tuhan berikan.

Tamat stpm, aku ditawarkan kerja guru sandaran di sekolah yang sama. Pengetua offer sambung kontrak. Kemasukan ke U aku tolak sebab ayah mula sakit2 badan. Aku keja guru sandaran selama setahun stgh di sekolah yang berlainan.

Aku ambil ijazah setelah duit cukup. No ptptn, no jpa (permohonan aku ditolak sebab anak petani yg xde slip gaji) and no support from family. Aku tanggung sorang2. Aku tahu aku anak miskin, aku xnk susahkan ayah aku.

Abg2 dan kakak aku semua dah kawin. Keje biase2. Dorg xmmpu pun nak bagi duit dekat ibu ayah aku. Lps kawin, duit smua dkt family anak bini. Kadang x cukup duit, pinjam kt ibu aku. Ibu mana sanggup lihat anaknya susah. Ibu aku gadai emas semata2 nak cover hutang2 along dkt ah long. Xpe, ibu aku sabar. Sebab tu aku x penah mintak duit kat diorg. Aku tahu ibu aku dah susah nak bayar hutang along. Angah juga macam tu. Pernah masuk penjara sebab melawan polis yg bertugas. Polis tu saman abg aku. Naik turun mahkamah smpai beribu habis sebab bayar peguam. Abang ketiga pinjam duit nak beli kete baru untuk bini. Ibu aku dah serabut nak cekau kt mana lagi. Ibu cakap xde duit dah. Abg merajuk xdtg rumah masa raya. Sbb xdpt nak melaram dgn kete baru. Kakak pulak hidup bahagia dgn suami. Smpaikan rumah ibu kt sebelah x jenguk langsung. Sanggup setiap mggu ke rumah mertua balik tpi rumah ibu x dijejak.

Ibu redha. Ibu hanya berharap pada aku. Ibu selalu nangis masa solat. Doa semoga hidupku dipermudahkan. Alhamdulillah, berkat doa ibu. Aku sekarang berjaya. Kerja government dengan 18k sebulan. Tapi kene selalu tinggalkan ibu ayah di kampung atas komitmen kerja. Aku nak jadi pilot sbb nak buktikan pada anak pilot tu aku boleh berjaya. Xpe, perancangan Allah lebih baik.

Jodoh? Aku xnak kawin buat masa sekarang. Banyak bende aku nak buat dgn ibu ayah aku. Hujung bulan ni aku ajak ibu ayah ke bercuti. Setiap
hujung bulan akan aku peruntukkan masa untuk bawa keluargaku berjalan2. Abg dan kakak aku, maaf tidak pernah ajak kalian. Kalian sdh punya kluarga sendiri, coraklah keluarga kalian bagaimana. Adik2 aku,biar mereka tidak merasa apa yang aku rasa.

Aku pernah berjanji akan buktikan anak petani yang miskin itu akan berjaya. Dan sekarang, aku berjaya. Rumah kami telah berpindah ke tempat lain. Negeri lain. Jauh menyeberangi laut china selatan. Abg dan kakak biarlah menelusuri kehidupan mereka sendiri. Aku dan keluarga ingin memulakan hidup baru. Pekerjaan ayah? Bertukar menjadi nelayan pulak.( Ayah x sekolah tinggi, sijil upsr pn xde.) Walau aku mampu menyara 8 org, ayah berkeras mahu terus bekerja. Tidak mengapa. Asalkan ayah puas. Umur 45 ayah ambil lesen kereta. Ayah beli kereta baru. 4×4. Bukan guna duit aku, duit ayah cari sndri. Akhirnya, janji Allah itu pasti. Rezeki ayah mula melimpah ruah. Rumah ayah beli guna duit sndri. Duit aku bagi, xterusik lgsg sbb ayah simpan utk knduri kwin aku nnt. Xpe la. Asalkan ayah puas. Sedikit demi sedikit kehidupan keluargaku mula berubah. Dari susah ke sederhana.

Anak petani itu berjaya. Kepada cikgu, sekiranya cikgu membaca confession ini, saya tidak mengambil hati perbuatan cikgu. Kawan sekelas ku, anak pilot, jangan merasa bersalah denganku lagi. Aku bersyukur dipertemukan dgn kalian. Hari itu, menjadi titik tolak keazaman aku belajar lebih keras sehingga berjaya. Yang tahu kisah ini terutama adik2ku, jangan di tag di ruangan komen. Mohon sekali jangan. Cerita ini hanya picisan cerita seorang anak petani. Ambil iktibar dari kisahku. Santuni ibubapa kalian. Minta didoakan oleh ibubapa kalian. Doa ibu itu makbul. Akhir sekali, jangan putus dengan rahmat Tuhan.

– Mas Joko

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit