Tips Majlis Kahwin Jimat Dan Meriah

Assalamualaikum..terima kasih admin sudi siarkan post saya..
.
Saya rasa tips nak kurangkan kos kahwin banyak kita perolehi dari internet atau facebook tapi tak ramai yang praktikkannya. Saya pun mula-mula sangsi ,betul ke boleh buat majlis meriah kedua-dua belah pihak hanya dengan kos rendah?

Yelah..sebab perkahwinan pertama saya menelan kos lebih RM20k untuk kenduri belah saya saja. Tapi jodoh dengan suami pertama tak panjang , kami berpisah pada usia 6 tahun perkahwinan dan dikurniakan seorang anak.

Alhamdulillah takdir Allah mempertemukan dengan suami sekarang. Kami selamat bernikah lebih kurang 3 bulan lalu. Suami sekarang sebelum ni belum pernah kahwin, muda setahun dari saya.Gaji suami ikutkan lagi rendah dari saya tapi Alhamdulillah sifat peribadinya yang mulia amat memikat hati. Anak pun mesra sangat dengan dia. Alhamdulillah syukur dikurniakan suami kedua sebaik dia. Anugerah terindah dari Allah.

Ok, bukan nak cerita pasal suami tapi saya nak cerita apa yang kami buat nak kurangkan kos kenduri kahwin. Memandangkan kami nak jimatkan masa dan duit sebab rancangannya nak simpan duit lebih untuk beli rumah ketiga & tambah dana kecemasan selepas kahwin. Sebelum kahwin dengan suami sekarang, saya dah ada 2 buah rumah atas nama sendiri.

Mula-mula bila bercadang nak kahwin, kami dah plan nak gabung majlis, maksudnya kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan buat majlis satu tempat je iaitu di rumah saya sendiri. Belanja kahwin kami bagi dua. Kami bersetuju untuk buat kenduri kesyukuran sahaja bagi mensyukuri rezeki jodoh yang Allah beri kepada kami.

Jemputan anggaran dalam 300 orang Tapi kami buat bajet makan untuk 500 orang ,anggaran kos dalam RM6500 (katering).

Kami tak nak pakai wedding planner untuk urus semua aktiviti majlis untuk kurangkan extra caj nanti. Jadi, kami tempah set pelamin simple & baju 2 set persalinan je untuk nikah dan sanding, anggaran kos dalam RM2000 termasuk make up.

Khemah & meja, kerusi kami tempah asing. Khemah besar dalam 3 biji, meja bulat termasuk meja pengantin 9 biji, kerusi 100 biji siap dengan skating dan alas meja anggaran kos dalam RM850.

Lagi best kedua-dua belah keluarga bersetuju tak nak buat hantaran yang berdulang-dulang tu. Bukan kami tak mampu tapi tak nak membazir. Yelah buat hantaran hias cantik-cantik lepas tu habis majlis buang je tak pun bagi kat orang. So dah save lebih RM1k kat situ.

Jurugambar pun kami ambil yang set dengan pelamin tu cuma tambah RM500 dan tak ada foto outdoor. Outdoor pun sekadar sekeliling rumah je. Sebab bagi kami ambik foto outdoor macam tak berbaloi sebabnya satu perlu keluar duit lebih dan paling tak best ada tetamu yang datang terlewat sikit tak dapat jumpa pengantin sebab pengantin pi keluar outdoor. Kalau keluar bergambar hari lain pun macam tak best sebab kena make up & pakai baju sanding balik. Leceh kot.

Kad kahwin kami tempah dalam RM200 untuk 300 tetamu. Kira kami bagi separuh-separuh antara belah suami & belah saya. Syukur dapat mak ayah & mentua yang sporting, diorang ikut je plan kami tanpa banyak soal. Hehe..

Last, bab hantaran. Ok kali ni keluarga saya tak nak letak berapa sebab mungkin sebab ni perkahwinan kedua saya dan satu lagi saya pun tak nak bebankan suami. Suami bawak hantaran RM5000 tu pun saya rasa lebih pada cukup. Duit hantaran + separuh belanja untuk majlis kahwin guna duit saving dia 100% . Saya awal-awal larang keras dia buat personal loan . Saya tak nak dia terbeban dengan hutang selepas kahwin.

Kalau ikut ijazah atau kerja memang orang nampak kena letak hantaran tinggi-tinggi tapi untuk apa? Untuk kehidupan lepas kahwin? Tapi ok ke kalau bakal suami terpaksa berhutang semata-mata nak bagi hantaran tinggi kat kita? Lepas kahwin suami dok tanggung hutang 10 tahun. Kalau bakal suami x hutang ok la. Bonus untuk bakal isteri. Apa yang penting kehidupan selepas kahwin, bagaimana kita menguruskan rumahtangga dan anak-anak serta kewangan keluarga .

Jadi , secara ringkasnya kos keseluruhan untuk majlis kahwin gabung (tak termasuk duit hantaran) adalah seperti berikut

  • Pelamin + 2 set baju – RM1800
  • Foto – RM500
  • Make up – RM200
  • Katering (500 org) – RM6500
  • Khemah + meja/kerusi + aksesori – RM850
  • Kad kahwin – RM200
  • Makan-makan untuk akad nikah – RM400
  • 400 Goodies – RM550

Jumlah kesuluruhan – RM11 000

Berbaloi kan? Alhamdulillah majlis kami berjalan dengan lancar & meriah . Makanan pun cukup-cukup tak ada membazir. Ramai tetamu tak percaya kos semua dalam RM11k je sebab nampak agak grand walaupun simple. Hehe.Yang penting ikuti tips-tips di atas. Boleh lagi nak jimat tapi terserah pada citarasa masing-masing.

Mungkin ada yang cakap , ala..ni dah perkahwinan kedua saya boleh la nak berjimat, tak ada orang nak kata. Tapi anda silap, saya belajar dari kesilapan dulu. Masa perkahwinan pertama saya memang saya akui banyak membazir untuk kenduri kahwin semata-mata. Dengan hantaran berdulang-dulang, makanan dan goodies berlebihan yang akhirnya jadi makanan tong sampah. Dalam Islam pun menggalakkan kita berjimat cermat dan tidak membazir dalam apa-apa sekalipun.

Alhamdulillah bila kami buat kenduri kahwin tanpa pembaziran & besederhana, kemeriahan & keberkatan tu amat terasa. Lepas selesai majlis hati rasa tenang je sebab dah tak payah fikir pasal hutang atau isu duit. Duit lebih kami simpan untuk masa depan kami & anak-anak, in sha Allah.

Saya menulis ni bukan nak melarang anda buat majlis besar besaran bagi meraikan perkahwinan tapi cuma nak kongsikan pengalaman buat kenduri kahwin meriah tapi jimat untuk kedua dua belah pihak suami dan isteri .Harap bermanfaat ;-)

– Miss Diana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit