Matang Berkawan

Assalamualaikum dan hai.
Firstly, terima kasih admin kerana sudi approve confession aku. Aku sebenarnya bukan nak cerita hal hidup aku sangat tapi mungkin lah juga sebab ni semua pasal hubungan dalam berkawan. Sebelum tu, aku salah seorang pelajar tahun akhir di salah sebuah universiti di malaysia. Ok berbalik kepada intro aku tadi, aku sebenarnya nak share sesuatu tentang friendship (lebih tepat: kawan2 aku).

Aku ada gang dekat tempat aku belajar tapi tak semua dalam gang tu yg aku boleh rapat. Kami rapat bukan dari tahun 1 tapi tahun 1 tu dah kenal lah. Yang aku nak bagitau kat sini, certain kawan baik kita ni makin lama makin tunjuk perangai, maksud aku perangai yg kurang menyenangkan lah kalau bagi aku. Ok, awal2 kenal memang lah semua tak tunjuk lagi kan. Dah kenal lama tu mula lah semua nak tunjuk perangai dan yg tunjuk perangai tu lah membuatkan aku makin jauh makin awkward bila dengan dia. Padahal sebelum ni aku elok je kalau sembang dengan dia tapi sekarang dah tak. Aku sedih. Yelah, dulu kawan baik tapi sekarang macam susah nak rapat macam dulu. Rasa tak selesa. Ada je benda yang dia buat aku tak suka. Dulu aku boleh terima perangai dia memang macam tu tapi makin lama makin menjadi jadi dan aku tak tahu macam mana nak tegur dia.

Salah satu perangai ialah, tak nak kalah tak nak orang lebih dari dia even kawan dia sendiri. Sedih tahu tak kalau kawan kau sendiri macam tu. Aku ni jenis yg ha kau nak menang sangat kan ha ambik. So takpe lah kan aku boleh mengalah at least takyah nak perang mulut sampai kesudah. Tapi bila dah banyak kali macam tu, kau ingat aku boleh tahan sangat ke? Boleh tahan tapi aku akan diam sampai aku akan bercakap bila perlu je dengan kau. Sedih kan tiba2 jadi awkward macam tu. Aku pun bukannya nak sangat jadi renggang tak ceria macam dulu tapi perangai dia yg membuatkan aku dah tak boleh nak bergurau bersembang lama2 dengan dia. Salah aku ke? Ye, kadang aku memang fikir jahatnya aku buat dia macam tu. Patutnya aku tegur dia suruh dia berubah.

Ada satu masa bila kawan aku tegur dia sbb time tu bagi aku memang salah dia tapi dia punya sentap kan pehhh macam orang tu tengking dia maki dia tau padahal biasa je dan tempat tertutup. Aku tak tahu apa masalah dia sampai tak boleh nak terima teguran orang. Ini lah juga salah satu sebab aku tak reti nak tegur dia macam mana sebenarnya. So kat sini aku nak pesan sikit lah kepada yg jenis nak menang sentiasa, tak boleh orang lebih sikit dari dia, tak boleh kena tegur terus sentap, korang tolong lah ubah kalau nak berkawan secara matang. Benda kecik je jangan nak besarkan sangat. Kalau kena tegur, nak sentap sangat jangan tunjuk. Kau diam, istighfar banyak2. Sampai bila kau nak hanyut dengan dunia kau sendiri. Bersyukurlah ada kawan yg sanggup tegur kesalahan kau (tapi aku jenis yg susah nak tegur kesalahan org hm tak reti). Aku reti tegur tapi melalui tulisan. Sebab tu aku buat confession ni. So, umum lah. Semua boleh rasa pedas.

Kalau kau rasa kau tak boleh orang lain lebih dari kau, kau pergi buat benda yg orang tak pandai buat ha senang (baca nada biasa ye kawan2). Ok tu bukan maksud aku. Maksud aku, kenapa kau tak boleh kalau kita sama2 berjaya? Kita kan kawan. Tak boleh ke kalau yg lain pun nak berjaya macam kau? Takkan tak nak share. Dan kau kena tahu lain bidang lain dugaan dia. Kau tak boleh compare among them. Even sama course tapi different university, still tak boleh compare. Soalan exam nanti bukannya sama. Kalau kau nak compare sangat, compare lah selagi kau tahu cara tak nak bagi effect kat orang lain. Compare diam2 je utk tujuan kau nak baiki diri kau. Tak perlu nak keluarkan ayat sindir2.

Mungkin orang yg terdekat dengan kau (contohnya family) boleh terima perangai kau seadanya tapi certain of orang luar (even kawan baik) ada jugak yg tak boleh terima perangai kau (contohnya aku). Ye aku tahu aku jahat. Tapi bila dah banyak kali buat perangai, tak ke rasa nak marah tapi apakan daya aku jenis yg kalau marah aku diam dan at last aku yg menangis. Biasalah perempuan.

Lagi satu, adat berkawan ni kalau kau nak terasa hati sangat kau pergi lah cari kawan yg memang boleh terima kau seadanya. Kita dah besar dah matang, pandai lah jaga diri sendiri. Nak terasa hati sangat dengan kawan sendiri kadang tak matang jugak. Benda kecik pun nak diperbesarkan. Banyak lagi masalah lain yg nak kena fikir. Jadi tolong lah matang kalau nak berkawan. Kalau rasa tak boleh terima, jangan kawan dengan aku. Aku pun kadang terasa jugak dengan kawan sendiri tapi kena lah pandai handle perasaan tu, tak perlu lah sampai tak nak bertegur. Jangan nak rumitkan keadaan. Nak kawan, kawan. Tak nak, pergi cari kawan lain.

Kepada sesiapa yang terasa dengan teguran saya di sini, maafkanlah saya kerana saya tiada niat ingin membuatkan anda terasa hati (tetiba guna ‘saya’). Aku tak reti nak tegur depan2 sebab jarang sangat aku nak buat macam tu jadi aku tulis kat sini. Maaf kalau tulisan aku ni buat korang pening nak baca.
Have a nice day semua. Semoga di dalam rahmatNya selalu.

– Unknown

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit