Buli. siapa pernah kena buli? saya dulu pernah kena buli tapi tak teruk sangat ataupun mungkin di mata orang lain yang rasa benda tu tak teruk. Ye lah sebab banyak lagi buli yang teruk sampai didera, gila dan mati. Saya punya buli dulu biasa2 je. Jadi masa dekat sekolah rendah kebangsaan (SK) dan sekolah rendah agama (SRA). Biasanya mesti budak lelaki yang buat. contoh buli yang saya kena, tahan kaki supaya bila terlanggar kita terjatuh (bila jatuh tu memang sakit sampai menangis tapi tak tunjuklah depan orang), sekat2 jalan orang ramai2 lepastu gelak terutamanya di tangga, tarik tudung atau beg dari belakang, buat bunyi2 bodoh tu (budak laki terutamanya mesti paham), main campak2 macam dompet atau songkok dia dengan bertujuan supaya terkena kita dan sorok buku orang. Dulu masa kecil ada jugak kawan perempuan tapi yang pelik ni dorang suka buat kita macam hak milik dia. Kita tak boleh nak bercakap dan berkawan dengan orang lain tapi dia boleh. Dia siap ugut2 cubit2 kita lagi. Saya dulu sekolah menengah mintak tempat lain sebab nak berjauhan dari dia. Sekarang ni dah besar bila datang rumah dia sebab kenduri, kita tengok dia macam dah tak ingat je apa yang dia buat. Dia pun dah makin gedik.
Semua ni kawan sekelas yang buat. Benda ni memang nampak biasa tapi bila selalu kena memang rasa nak menangis, rasa nak gila dan nak berhenti je (Masa tu lah). Benda ni di sekolah menengah pun jadi. Benda biasa yang kebanyakannya dibuat yang bertujuan sebagai “mengusik” atau gurauan. Saya ni pulak jenis yang banyak fikir. setiap kali jadi mesti fikir dorang ni buat sebab benci ke tak suka ke menyampah ke? macam tu lah selalunya. Saya kawan budak perempuan memang tak ada. Orang selalu tak nak kawan, sekarang ni dah sampai degree pun orang tak nak kawan. tapi bukan kawan je, cikgu2 pun banyak yang tak suka sebab saya pendiam, dorang semua anggap saya bodoh je (Masa tu – ni pun sampai tahap degree). Tak tahulah apa penyebabnya, yang saya tahu mungkin sebab saya tak menarik perhatian dorang, tak pandai nak bergurau, cakap2 manis dan “tergedik2”.
Sampai sekarang doa supaya adalah orang yang sudi nak kawan dan orang tu memang perangai sama macam saya. Bukan nak ramai pun cuma nak seorang je. Bila tengok movie pasal persahabatan mesti rasa sedih. Terutamanya yang ada kawan dari kecil2 main sama2. Saya lebih tertarik bila tengok jalan cerita yang tunjuk cerita tu macam dari zaman lama sampai zaman moden dan mereka memang tak putus sahabat tapi selalunya mesti sedihlah sebab kawan dia mesti pindahlah, sakitlah ataupun mati. Kawan yang saya ada sekarang ni mesti bermuka2 lepastu bila mintak tolong banyak alasan, maklumat pun saya dapat lambat dan dorang tak berani nak buat kata putus mesti nak tanya kawan yang dia rasa bagus tu dulu. Jadinya balik2 saya yang terpinggir sorang2.
Tapi apa yang beza tentang saya ialah walaupun saya masih pendiam, makin saya meningkat membesar, saya jadi lagi “sombong”, berani, kasar, ganas, cakap pun menyakitkan hati dan bila saya betul2 geram, perasaan takut saya jadi hilang. Tak kira apa yang orang buat salah saya akan bangkitkan, suarakan dan persoalkan sampai saya dapat keadilan. Tapi jangan salah anggap, benda ni bukan membawa kepada kebaikan tetapi membuatkan orang menjauh sebab takut pulak (muka dorang memang nampak bersalah). Saya walaupun sekarang dah kasar dan hati keras, bila orang buat saya (saya tetap menangis tapi bila orang tak nampaklah) . Selalu je dengar orang yang cakap “takutlah dengan dia ni”. Dulu ditindas sebab lemah sekarang ditindas sebab dorang takut. Yelah dorang tetap berani nak tindas2 ni sebab dorang ramai2 kan. Yang pelik sampai sekarang ni kenapa kita yang tak bersalah je asyik kena? Kenapa kita yang mempertahankan diri yang dipersalahkan balik? Kenapa saya di “nasihatkan” supaya berubah sikap supaya jadi lebih “baik” sedangkan dorang semua yang cipta sampai saya jadi macam ni. Kalaulah saya jadi baik macam dulu, saya akan ditindas dan jadi lemah lebih teruk ke?
Orang lain yang tak tahu mesti suruh sabar lepastu cakap jangan pilih kawan, nanti dah kerja dapat lagi teruk. Sedangkan sekarang pun dah teruk dan saya tahu kerja nanti pun perangai orang2 akan sama je. Biasalah perangai orang “melayu” yang susah nak berubah. Buli yang saya kena ni lebih bersifat buli mental mungkin bukan tahap teruk tapi benda ni jika tak dibendung dari awal, prosesnya akan berulang. Ramai je budak2 yang lemah tak nak pergi sekolah. Budak2 yang pelakunya pula berani buat perkara2 tak elok sampai jadi pembuli dan yang lebih teruk. Saya tak kisah dikecam kerana dari penulisan pun orang dah benci, berdepan mesti lagi benci kan jika saya mengeluarkan kata2 yang “berbunga2”?
– confessor
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit