Susah Sangat Ke Nak Buat

Assalamualaikum muslimin dan muslimat, pos ini bukanlah sejenis bebenang acah baik and acah ahli masjid or menempah tiket ke syurga awal-awal. Bukan juga menunjukkan sisi diri ini sejenis terlajak perasan bagus atau baik. Secara peribadi aku juga bukanlah manusia maksum yang sempurna bebas salah cela.

Melalui pemerhatian aku dari apa yang berlaku di sekeliling, skop kerja aku (dah 12 tahun menekuni bidang yang sama) membuatkan aku berjumpa dengan bermacam-macam jenis manusia dalam hierarki masyarakat. Pendek kata yang aku jumpa kebanyakan Muslim dan Melayu yang selam pada kad pengenalan dan bukan pada pengamalan. Pengamatan ini khusus kepada kelompok muslimat.

Isunya mudah…solat. LIMA waktu sehari semalam yang wajib kita buat. Again soalan aku susah sangat ke nak laksanakan. Meh aku kongsi beberapa situasi yang agak krik krik bila kita menyentuh perihal solat.

1. Perempuan dan period yang memanjang selama 365 hari
“Eh aku period laa..mana boleh solat.

“Aku ada lagi stain-stain saki baki darah tu.. *again mana boleh solat

“Aku period *yang mana last week pun dia period, dua minggu sebelum tu pun period..mungkin tumpah darah gamaknya yang bercucuran..dan alasan yang sama diulang pakai utk beberapa tahun berikutnya

2. Berpuasa bila Ramadan TAPI solat nya tak
Puasa setakat tahan lapaq, check in surau semata-mata nak tidur pakej berdengkur berjemaah. Usai bangkit dari tidur bangun touch up muka belit shawl, zap zup zap zup zapp..dan keluar dari surau…Kendian bercerita petang ni nak buka puasa apa n nak ke param mana rancangnya. Zuhur pun tak Asar pun tak.

3. Kerja dah 10,15 tahun
TAPI selama kita kerja tu tak pernah sekali kita bertembung di surau. Bila kita ke surau asyik muka itu lah yang kita jumpa..Husnuzon mungkin selama itu dia masuk surau time kita tak ada..atau mungkin dia sedang berhadas, makanya dia tidak lah memunculkan diri ke surau

4. Bercakap hal dosa pahala dialah paling WIN
Ibarat lagu altimet “Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa, amboi…amboi..amboi…amboi…” pung pang pung pang kata itu dosa ini haram itu syikin *eh syirik..tapi nan hadooo sisthur bila time solat tiada pulak penampakan sosok tubuhnya.

5. Solat tapi HANYA bila out station atau pergi staf day
PERCAYA atau tidak, mereka-mereka ini akan solat dan bawak telekung sekali bila out station dan bila kita pergi staf day. Ibarat siap berbondong-bondong pergi ke masjid dan sanggup berlari berkejaran ke bilik hotel semata tak nak miss solat . Alhamdulillah sisthur, sebaliknya bila balik bekerja sosok yang berlari-lari itu, tidak pula berlari-lari ke surau pejabat yang selesa dan sejuk itu. Makanya sekali lagi sosok itu hilang dari radar surau sehingga ke pertemuan di majlis staf day tahun berikutnya.

6. Dulu solat, sekarang dah tak solat
MASA baru-baru kerja, antara wajah-wajah yang menjadi ahli surau secara wajibnya. Alhamdulillah..sebaliknya seiring dengan peningkatan usia perkhidmatan dan bergaul dengan teman-teman yang menganggap solat tu leceh, wajah-wajah yang dulunya ahli surau, perlahan-lahan ghaib dari pandangan. Yang kalau dulu sering bertanya hal ko dah solat ke belum, tak rasa soal menyoal hal yang ko dah solat satu bentuk soalan yang in dan wajib ditanya. Pendek kata dia ok je dan dah tak terkocoh-kocoh lagi nak ke surau macam satu masa dahulu..

7. Bersolat bila hilang sesuatu dan nak sesuatu lepastu hilang semula
BILA ditimpa musibah atau diuji satu-satu perkara. Alhamdulillah kelibat yang jap ada jap tak ada ni muncul, sebaliknya bila mungkin dah makin ok dan perkara yang didoakan dimakbulkan. Kelibat itu tidak lagi menjadikan rutin ke surau sebagai satu kewajipan. Again alasan cliche, eh i period laa kembali jadi alasan

8. Shawlista, hijabista dan sta..sta..
Yang paling vass bergaya from hijab to toe, tetapi sedihnya tidak pula *sila teruskan ayat seterusnya. Sayangnya..maksudnya dengan berimej kan begitu..alhamdulillah, tetapi again kenapa solat tu jadi perkara paling akhir untuk dibuat, itu pun kalau rasa nak buat.

9. Veteran dan tidak solat
Baru menyambut hari bahagia sebab boleh keluarkan akaun dua KWSP. Tetapi sedih tak tau bila n macam mana nak ajak orang-orang macam jom berjemaah kat surau. Dan alasan-alasan yang lain berterusan.

Perkongsian ini bukanlah sekali lagi menunjukkan diri di skala paling bagus / perasan bagus. Hidup perlu saling ingat mengingati. Kadang-kadang allah bagi ujian dengan kaya yang melimpah ruah, rezeki yang tak dijangka tapi bila orang menunaikan solat ko assume solat tu remeh dan melecehkan.

Benda paling parah bila kita dilabel ahli surau, ahli syurga semata-mata kita solat. Sebagai orang dewasa dan mungkin ada yang dah jadi parent kita perlu tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Salah satunya kewajipan solat dan menyantuni solat sebagai seorang Muslim.

Ada orang berjihad dan bersusah payah untuk solat. Ada pula orang yang diberi kelonggaran bahkan boleh tidur lagi di surau dan solat dengan tenang. Akhir kata dari aku, jom solat dan perbaiki solat. Mungkin sebelum ni ada yang solat kerna terpaksa, jom perbaiki dan solat bila tiba awal waktu. Insyaallah perlahan-lahan tapi berkekalan. 2018 dah kan…tak salah kalau kita jadikan aku nak perbaiki solat part of azam baru.. harap posting ini menjentik hati-hati yang membaca. Dan nak buat benda baik jomlah sama-sama.

Ikhlas dari aku pun tak sempuna,
Flutterbye

– flutterbye

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit