Sukarnya Nak Meredhai

Assalamualaikum readers.

Sedikit dalam diri kita pasti ada sesuatu perkara yg sukar untuk kita redhai. Walaupun kita cuba untuk jadi orang yg positif, berfikiran terbuka dan menerima bahawa rezeki setiap manusia adalah seperti yg ditetapkan Allah s.wt, namun, untuk satu detik pasti timbul persoalan mengapa aku ditetapkan begini?

Biasanya aku bercerita atau lebih tepat lagi—bergosip dengan kawan kawan rapat je. Tapi untuk isu ni aku rasa tak terluah dengan orang orang yg kenal. Sebab, aku rasa sangat tak redha. Huhu

Ceritanya, aku bekerja dgn company ni dah dua tahun lebih sebagai eksekutif kewangan. Jaga duit company. Jaga akaun. Buat closing. Senang cerita even kerja manager pun aku buat, manager cuma review je. Bukan kata sebab manager aku malas, tapi sebab dalam company cuma ada aku, manager dan cfo je nak handle semua urusan kewangan company. So of course kerja yg lebih berat manager aku uruskan. Cfo? Entah. Selain dari itu, aku kaunter pertanyaan. Staff xtahu excel, aku ajar. Staff x tahu buat paperwork, aku guide. Staff xtahu nak bodek boss, aku tunjuk contoh. Ok tak, itu tipu. Haha. Senang cerita walaupun nampak seperti masuk bakul angkat sendiri, hakikatnya aku boleh buat kerja unit lain jugak. Jadi apakah yg buat aku tak redha?

Baru baru ni, actually baru je semalam.. aku ternampak table perkeso atas meja cfo untuk dia tanda tangan. Company aku cuma ada 17 orang je semua sekali. Dan dalam 17 orang tu, aku gaji paling kecik! Rasa macam jatuh terjelepuk rasanya. Patutlah orang kata hal gaji jangan cerita kat orang. Bila orang tahu boleh buat gaduh. Huhuhu.. dan oleh kerana gaji aku yang paling kecik tu, macam ada barrier antara tangga gaji aku dan orang lain. Gaji aku bawah 4k. Disini bermulalah ketakredhaan aku… aku eksekutif yang paling senior dalam company, tiga orang lagi semua baru baru. In fact, lagi muda dari aku. Education level? Sama. Semua ada degree. In fact, aku ada additional certificate. Bebanan kerja? Aku masuk keje pukul 9 balik belum tentu pukul 6. Silap silap pukul 8 masih kat ofis. Yg lain? 5.30 dah dalam kereta. Keje aku terperuk kat ofis mengadap segala shit unit lain buat just to make sure it looks nice in the financial statement. Diorang? Kat ofis selfie masuk ig story. Pastu berbual nak kpi tahun ni mintak 6 bulan bonus gaji. Rasa nak nangis wei. Kenapa gaji engkorang besar sangat?? Aku salah pilih kerja ke. Aduhai.

Itu ajelah nak luahkan. Aku xkisah readers nak kata apa. Benda ni aku tahu berlaku di mana mana. Especially kat company yang ikut suka hati nak pilih pekerja. Semoga diri sendiri tabah. So adik adik yang tengah cari kerja, especially yang berniat nak kerja finance tu.. pikir baik baik. Unless kau orang memang manusia yang sangat rajin, atau mmg passionate gila dengan accounting dan monthly closing, selamat berjaya aku ucapkan. Aku dah start ushar kerja lain ni. Kerja yang banyak jumpa orang n banyak guna mulut manis. Gaji besar woo. Walau otak cetek.

Ok bye.

– Bukan Kaki Selfie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit