Review Filem Along With Gods

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia iium confession dan terima kasih bebanyak kepada admin jika kisah aku Berjaya disiarkan. ‘’Nama bukan sebenar’’ aku ialah Cherry, berusia 20-an. Okay cukup dengan intro tu. Aku nak buat review tentang filem korea Along With The Gods lakonan Ha Jungwoo , Cha Taehyun, Lee Jungjae dan beberapa pelakon lain. Movie ni berkisarkan tentang Kim Jahong (Cha Taehyun), seorang ahli bomba yang terbunuh semasa dalam operasi menyelamat. Dia menjadi roh dan diberi masa selama 49 hari untuk mangharungi 7 cabaran / 7 tahap neraka bermula daripada kesalahan paling ringan hingga kesalahan yang paling berat (pembunuhan,kemalasan,penipuan,pengkhianatan,ketidakadilan,ketidaktaatan,keganasan ). Setiap cabaran ditunjukkan sebuah skrin karma untuk melihat segala perbuatannya semasa dia hidup. Jahong dibantu oleh 3 pengawal yang diketua oleh Kapten Gangrim (Ha Jungwoo), Lee Dookcheon (Kim Hyangi) dan Hae Wonmaek (Ju Jihoon), semasa Jahong hidup dia banyak melakukan kebaikan jadi dia mendapat ‘Paragon’ iaitu insan mulia. Selepas Berjaya mengharungi cabaran sehingga yang terakhir, barulah diberi keputusan sama ada dapat dilahirkan semula atau tidak ( mengikut pada kepercayaan agama Buddha ). Okay habis synopsis ringkas. Sebelum tu aku minta maaf awal-awal sebab post aku mungkin agak panjang.

Dari segi penceritaan memang tip top, boleh dah menandingi filem Hollywood. Barisan pelakon yang hebat-hebat dan Berjaya membawa watak mereka dengan baik. Kesan khas/CGI yang digunakan pun Nampak sangat realistik macam tengok cerita Avengers. Kira-kira lebih 2,000 kesan CGI yang digunakan untuk filem ni, jadi memang memerlukan belanja yang amat besar. Aku salah seorang penggemar filem dan drama Korea tapi ni pertama kali aku tengok movie korea bergenre fantasi. Industri perfileman Korea jarang terbitkan filem fantasi macam ni ( mungkin ada, not sure ) dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada penonton Korea sendiri serta penonton luar negara dengan penjualan tiket lebih 10 million USD. Filem ni merupakan adaptasi daripada webtoon bertajuk “Singwa Hamge” oleh Joon Homin.

Aku suka cara pengarah menggabungkan elemen fantasi, ngeri, sedikit komedi dan sentimental dalam filem ni, kemas dan tidak gelojoh untuk habiskan cerita. Setiap cabaran tu macam berada di dalam mahkamah yang dihakimi oleh dewa atau dewi bersama 2 pembantu yang bertindak sebagai ‘pendakwa raya’. Mereka akan membacakan pertuduhan yang pernah dilakukan oleh Jangho sebagai ‘defendan’ dan 3 pengawalnya menjadi ‘peguam bela’. Seperti di dalam mahkamah, setiap pertuduhan akan diikuti dengan bukti kukuh begitu juga dengan sesi pembelaan. Jika didapati bersalah, akan diberikan hukuman berat .Mostly Jangho hampir dijatuhkan hukuman berat tetapi diselamatkan oleh Kapten berserta hujah serta bukti kukuh. Oh ya Jahong ada adik lelaki, Kim Suhong (Kim Dongwook) iaitu askar berpangkat Sarjan , lepas beberapa hari abang dia mati, dia kena tembak secara tak sengaja oleh anak buah dia, Prebet apa ntah nama dia lakonan DO Exo. Datang pula kawan dia yang berpangkat Leftenan yang bertindak untuk sembunyikan kematian Suhong tapi masa tu tu dia tak mati lagi dan tanam lelaki itu hidup-hidup. Disebabkan tu, Suhong jadi roh berdendam dan kesannya kena kat Jangho yang dalam perjalanan nak ke cabaran seterusnya, ada je benda menghalang kerana orang tu dalam kalangan ahli keluarganya sendiri. Ikut pada kepercayaan mereka,roh berdendam perlu dibakar dan takkan mendapat Paragon. Aku suka part dia jadi orang pasir gergasi, buat puting beliung besar dan menyerang Leftenan jahat tu kat kem tentera sebabnya dia halau ibu Suhong secara kasar dari kem. Nampak real fuhh.
Scene yang paling menarik perhatian aku dan telah Berjaya menjentik hati ni sampaikan lelaki cina hyperactive yang duduk sebelah aku pun boleh nangis , iaitu scene yang terakhir, dimana Jahong didapati bersalah kerana cubaan untuk membunuh ibu serta adiknya. Time tu dia rasa amat menyesal kerana semasa hidup dia tak pernah memohon maaf kepada ibunya. 15 tahun dia tinggalkan rumah, dan menjalani kehidupannya sampailah dia mati. Ada pun dia mengirim surat palsu yang kononnya dia dah kahwin, ada anak , bini dia selalu masak nasi hangit padahal tipu sebab dia nak menyedapkan hati ibunya yang sakit dan bisu. King Yeomra (Lee Jungjae) bertindak sebagai ‘tuhan’ dan dialah yang akan menjatuhkan hukuman untuk cabaran terakhir iaitu kesalahan paling berat. Sepatutnya pertuduhan dia dilakukan pada cabaran sebelumnya tetapi adiknya, Suhong juga terlibat, jadi mereka buat ‘gabung perbicaraan’. Kalau dia didapati bersalah, Jahong akan kena dua kali ganda hukuman dan 3 pengawal tu akan dibuang keistimewaan mereka. Peranan utaman 3 pengawal tu ialah untuk membantu 49 roh seperti Jahong supaya dapat dilahirkan semula. Selepas Berjaya, mereka bertiga pula yang dilahirkan semula. Ha part ni ada twist sikit dimana, skrin karma tunjukkan Jahong memang berniat nak bunuh ibu, adik dan akhirnya bunuh diri sendiri dan Suhong masuk ke dalam mimpi ibu mereka dan berjumpa dengannya. Scene ni memang sentimental dan penuh emosi, aku dah tak boleh tahan, berjurai air mata ni ha. Dalam mimpi tu tiba-tiba ibunya boleh bercakap , yalah nama pun mimpi. Ibu dia kata yang dia nampak Jahong yang cuba terkup mukanya dengan bantal, nak bunuhnya tapi dia tak salahkan anak-anaknya, dia maafkan anak-anak dia. Akhirnya, Jahong bebas daripada sebarang pertuduhan dan berjaya dilahirkan semula.

Mesej paling jelas yang disampaikan dalam filem ni ialah manusia memang sentiasa buat kesilapan tapi tuhan sentiasa memberi peluang kepada kita untuk memohon ampun , bertaubat semasa hidup. Tapi kenapa manusia tak ambil peluang tu? Kerana sifat ego dan bongkak dalam diri manusia yang merasakan dirinya bagus dan suci. Takkan masa matahari terbit sebelah barat baru nak bertaubat? Bila tengok movie ni menunjukkan setiap hukuman yang diberikan, aku reflect balik kat diri aku. Aku bermuhasabah diri seketika. Okay memang lah ni bukan movie Islam dan segala visual, gambaran yang ditunjukkan pun kita sebagai Muslim tak boleh percaya tapi benda yang baik kita ambil jadi pengajaran. Nilai-nilai murni yang ditunjukkan itu kita ambil. Movie ni mengingatkan aku kepada buku-buku tulisan Hadi Fayyadh iaitu Semusim Di Barzakh, Semusim di Mahsyar dan Ketika Azazil Berputus Asa yang menceritakan gambaran kehidupan di alam barzakh, padang mahsyar dan alam akhirat yang diceritakan pemulis. Aku dah baca ketiga-tiga buku tu, memang menginsafkan dan aku harap buku-buku tu dapat dijadikan filem daripada buat cerita adaptasi daripada novel-novel cinta semata-mata, dah muak.

Okay itu je lah kot review aku, panjang kan. Minta maaf jika ada fakta-fakta yang aku terlepas pandang sebab baru tengok sekali ceritanya. Kalau korang ada pendapat lain pasal movie ni boleh lah komen dan sedia menerima kritikan daripada korang. Aku akan baca semua komen korang keyh.
-Cherry-

– Cherry

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit