aku sebenarnya dah lama nak bercerita, tapi sebab sifat kasihan dan cuba untuk sabar aku terus simpan dan simpan sampai satu tahap aku rasa ini keterlaluan dan sering terfikir sendiri tidakkah ada secebis perasaan kesian seorang anak dan menantu terhadap orang tua mereka.
aku masih bujang dan menetap bersama ibu bapaku. adik beradikku yang lain semua sudah berkerja. hal ini bermula apabila kedua abang dan kakak iparku membuat keputusan untuk menghantar anak-anak mereka kepada ibu bapaku dan menetap bersama-sama kami .iya , pengasuh mereka buat hal hingga menyebabkan mereka mengambil keputusan itu. bukannya aku bersikap prejudis atau dengki, tapi aku kenal mak ayah aku. diorang takkan cakap tidak lagi lagi melibatkan cucu-cucu mereka.
nasib baik mak ayah aku dah tak bekerja jadi bolehlah bantu jaga anak-anak mereka. namun sekuat mana kudrat ibu bapa yang sudah tua untuk menjaga anak-anak kecil yang kuat mengamuk, kuat menangis ,tidur tak menentu. kehidupan harian ibu bapa ku berubah .mereka dah tak dapat buat aktiviti harian mereka kerana menjaga anak-anak kecil ini .pagi-pagi perlu bangun awal, siang tak dapat lelap dan bila malam aku dapat lihat muka mereka yang keletihan, sakit-sakit badan jaga makan pakai budak-budak tu, mandikan mereka, layan kerenah mereka.
disebabkan sifat sayang dan nak jaga hati anak menantu, mak ayah aku sanggup tahan perasaan penat mereka. sudah puas aku menasihati mak ayah ku untuk berterus terang tapi mak ayahku degil . bukan apa, aku kesiankan mereka. cukuplah jaga kami adik beradik sampai besar sendiri kini kena jaga cucu-cucu pulak.
aku tahu diorang penat sangat-sangat tapi pada aku patutnya anak dan menantu tu perlu sedar akan tanggungjawab mereka untuk jaga anak-anak mereka tanpa melibatkan orang tua yang sepatutnya kini berehat. jangan jadikan alasan bekerja untuk lepaskan tanggungjawab kepada ibu bapa . senang cerita, PANDAI BUAT PANDAILAH JAGA. tak kesian ke tengok mak ayah basuh taik anak-anak, buatkan susu, mandi anak kita yang sepatutnya kita yang buat benda tu. janganlah ambil kesempatan mentang-mentang ibu bapa kita tinggal dekat dengan kita senang senang je kita gunakan. patutnya time ni anak anak bawak ibu bapa pergi bercuti, tunaikan impian mereka bukannya bebankan mereka. carilah alternatif lain secepat mungkin. usaha, aku yakin Allah pasti bantu asal kita ada niat untuk tak nak susahkan ibu bapa kita bukannya lengah-lengahkan.
terus-terang aku sedih. sampai satu tahap, aku rasa aku patut berterus-terang .tapi sebab nak jaga hati taknak abang dan kakak iparku terasa ,aku diam. aku cuma harap diorang baca confession ni dan sedar. hina sangat ke mak ayah korang sampai korang buat mak ayah macam ni. takda rasa kesian langsung ke kat mak ayah yang terlalu banyak bantu kita dan jaga kita sejak kecil. berilah mereka kegembiraan bukannya tambahkan kesusahan mereka. MEREKA BUKAN BIBIK KITA.
akhir kata, cukup-cukuplah susahkan ibu bapa/ibu bapa mertua kita. Allah sendiri larang kita susahkan mereka :) .masa mereka menjadi ibu bapa yang mengasuh anak-anak kecil sudah tamat. berilah mereka peluang menikmati usia tua mereka.
sekian.
anak yang tidak berdaya
– meena
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit