Assalamualaikum all! And selamat berpuasa. Memperkenalkan diri saya Fatimah and 26 years old. Dsini saya ingin mengkongsikan kisah tentang Mama saya yang sentiasa berfikiran positif and the type who never give up! Saya membuat kisah ini kerana saya sedari kecil sentiasa memerhatikan kelakuan mama saya hingga kini yang mana membuatkan saya terinspirasi ingin menjadi macam mama saya nanti dan semoga para pembaca juga ambil perkara yang baik untuk di jadikan teladan serta contoh yang baik. Insha Allah
My mama age is 56 dan masih bekerja sebagai cikgu pembantu kanak-kanak terlatih(such as autism and kids with special needs),mama saya mempunyai anak seramai 8 orang dan menjaga 2 orang saudara saya sedari kecil(anak arwah adik mama saya).Mama saya jugak menjaga nenek saya dan membawa tinggal di rumah kami. Mama saya sedari kecil saya lihat seorang yang sentiasa positif dan hard working, mama sentiasa cuba untuk membahagiakan keluarganya dan orang sekelilingnya.
Selama pemerhatian saya sedari kecil,mostly mama saya yang membayar segala bil air,eletric(i know because i check surat bayaran,her name was written) heheh, our school fees plus studies stuff and also barangan rumah.Babah saya ada jugak spend money for family but i dont know which things his spend it to and his salary was under $1000 compare to mama which her salary was about $3000.Mama saya which i seen, act like the family head compare to babah,walau pun begitu mama sangat hormat dan sayang pada babah.
Sedari kecil our parents didik kami seramai 10 hingga berjaya dan sentiasa pentingkan family bonding especially towards saudara saya 2 orang,mama bagi Sepenuh kasih sayang dan perhatiaan lebih pada mereka agar mereka tidak terasa tersisih walaupun kadang2 saya terasa hati dan sedih sebab mama selalu lebihkan mereka tapi sejak saya besar dan pandai berpikir,saya boleh lihat mama bersungguh2 untuk menjadi seorang ibu yang bertanggungjawap pada amanah yang di berikan,mama jugak gelarkan dirinya mama daripada makcik pada mereka.Kebiasaan mama dan babah sejak kami kecil ialah membawa kami semua makan luar di kedai mamak untuk makan mertabak setiap hujung minggu selepas kami mengaji di masjid.Mama setiap kali keluar makan,mama kadang2 belanja 1-3 orang yang makan di mamak dan sentiasa berpesan pada kami semua “kalau bersedekah pada orang selalu,Allah akan bagi rezeki dan menolong kita nanti,kalau bukan diberi pada mama,Allah akan beri pada-anak2 mama ” ,Amalan ini selalu mama tunjukkan pada kami hingga kadang2 kami terbiasa belanja kawan2 makan.
Satu lagi amanah yang Allah berikan pada mama untuk di jaga ialah ibu kepada mama saya iaitu nenek berumur 89 tahun. Sejak beberapa tahun lepas nenek saya sudah tidak dapat uruskan diri sendiri dan kembali menjadi kanak2 semula, mama yang sanggup membawa dan jaga nenek,melayan karenah nenek walaupun mama ada 4 adik beradik lagi. Setiap pagi mama bangun awal untuk sediakan makanan nenek dan memandikan nenek sebelum mama kerja. Mama akan bangun jam 3.30 pagi sebab nenek selalu terjaga awal.Mama selalu berpesan pada kami “seorang ibu boleh jaga ramai anak tapi seorang anak kadang tidak dapat jaga seorang ibu, nanti kalau kamu(our siblings) rasa mama ani menyusahkan kamu, hantar saja mama ke rumah orang tua” pesanan mama selalu buat saya sebak dan berjanji dalam hati akan menjaga mama di saat mama tua kelak sebagaimana mama jaga nenek.Mama selepas siap sediakan makanan nenek akan memasak makanan untuk di jual dikedai2 bermula jam 4 pagi, mama akan siap memasak makanan sebelum jam 7 pagi untuk di hantar,kemudian mama akan bersiap2 untuk pergi kerja sambil menyediakan sarapan untuk babah. Mama walaupun seharian bekerja selama 9 jam, selepas balik kerja mama terus pergi ke dapur dan bersedia untuk memasak makan malam serta makanan untuk dijual esok pagi higgalah jam 11 malam tanpa rehat walaupun saya berulang kali suruh mama berehat, mama sentiasa kata “kalau mama rehat,duit tidak datang” saya nasihat berkali2 supaya mama rehat walau sekejap hanya angin lalu sahaja dibuat mama, Mama hanya akan berhenti sekejap sahaja untuk solat kemudian teruskan pekerjaanya.
Walaupun Mama seorang yang sempurna di mata saya, mama jugak di uji dengan seorang suami yang kurang didikan agama iaitu babah saya. Mama selalu nasihatkan babah untuk solat setiap masa dan cuba untuk membuka hati babah dengan agama. Sedari saya kecil saya lihat babah memang seorang yang baik penyayang pandai segala hal tetapi hanya kurang tentang hal-hal agama.Mama memang sedari dulu cuba menolong babah dan sentiasa berdoa agar babah di bukakan pintu hidayah, mama jugak selalu berpesan pada kami “solat selalu dan jangan tinggalkan solat, jangan lupa lepas solat doakan babah untuk di beri hidayah” .Mama juga selalu tekankan hal solat pada kami dan tidak mahu kami meninggalkan solat seperti babah, mama takut kami terikut. alhamdulilah pada tahun ini babah mula pelahan-lahan cuba untuk berubah walaupun sedikit kami bersyukur sangat atas perubahan Babah.
Mama juga seorang yang dikenali, ini memang benar dan bukan saya tipu.Hal ini bersangkut paut dengan saya, pertama kali datang ke rumah kawan saya yang baru saya kenal semasa sekolah menengah,kebiasaan parents kawan akan tanya siapa nama bapa kita,bila saya beritahu nama bapa saya,parents kawan saya akan terus sebut nama ibu saya kemudian menceritakan tentang kebaikan ibu saya, hal ini membuatkan saya terharu dan rasa bangga pada mama. Kemudian apabila saya sendirian pergi ke kedai, kadang2 ada beberapa orang sebaya nenek saya dan tidak saya kenali akan senyum pada saya dan bertanya “kamu ni anak… (sebut nama mama) ” saya terkejutla bagaimana mereka tahu dan saya sentiasa tanya tentang pada meraka bagaimana meraka tahu,rupanya mereka dapat cam muka saya sama seperti mama saya. Seterusnya mereka akan mengirimkan salam pada mama.
Ok sampai di sini sahaja kisah tentang mama saya yang membuatkan saya ingin kongsikan pada semua,walaupun banyak lagi kisah yang patut di kongsi. Heheheh Sekian trimasss!
– -is me Fatimah?-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit