Housemate Berlainan Agama

Hello. Nama aku Fira dan disini aku nak cerita pasal dilemma aku dan housemates. Semua ni bermula bila mana aku start kerja di tempat baru yang jauh dari kampung halaman, biasalah fresh grad nak mencari rezeki so kena la merantau dan aku ni orang yang sangat particular dalam bab mencari rumah. Sebab aku nak rumah yang selamat dan selesa. Alhamdulillah aku jumpa rumah corner lot 3 bilik. Jadi aku menyewa berseorangan.
Dalam sebulan lepas tu ada minaci ni kita namakan dia Susan, gadis berbangsa India dan beragama Hindu baru join kat dept aku.
Masa ni Kiran tengah mencari rumah sewa. Aku rasa dia ni macam okay so aku offer la sewakan satu bilik kat rumah aku at least kurang beban aku bayar sewa bulanan dengan ekonomi yang makin teruk dan kos sara hidup yang mencanak. Hidup kami aman damai sebab kami saling menghormati pada awal permulaannya. Bila bab agama and sembahyang, kami agree untuk buat sembahyang dalam bilik masing masing. Aku taknak solat kat ruang tamu takut dia tak selesa dan aku pun taknak dia sembah tuhan dia kat ruang tamu tu. Selepas sebulan Kiran masuk rumah aku, ada lagi sorang minaci baru masuk kerja kat office dan dia pun tengah mencari rumah sewa. Minaci ni nama dia Rina, warganegara Thai dan beragama Islam. Rina ni dia tak macam typical southern thai, chinese look pun ada. Dia pun sama bersetuju untuk hidup secara harmoni dan aman damai serta menjaga sensitiviti agama. And as expected, hidup kami berjalan dengan lancar dan aman damai for a year.
Selepas setahun hidup dengan aman damai konflik mula timbul. Jeng jeng jeng ~
Ruang tamu rumah tu kami jarang guna, walaupun ada TV kami prefer untuk buat hal masing masing dalam bilik termasuk la sembahyang, makan and so on. Sejak mula tahun baru ni, Kiran mula start menapak dan sembahyang di ruang tamu. Dia set up tempat sembahyang, bakar lilin, minyak and so on. At first aku ingat maybe dia cuak nampak hantu kat rumah ke apa so let her be la sebab aku cuba nak bersangka baik. After a while, benda tu still kat situ dan dia sembahyang kat rumah tamu everyday. Untuk pengetahuan readers, ruang tamu tu berhadapan dengan bilik kami bertiga jadi aroma tu merebak ke setiap pelosok bilik. Jadi aku dan Rina bersetuju untuk menyatakan ketidak selesaan kami dengan situasi sekarang ni. Bila kami bagitau dia yang kami tak selesa, dia counter dengan 1001 alasan. Aku taknak share alasan apa kat sini sebab takut dia baca hahaha. For me perbuatan dia tu tak senstif dan disrespectful sebab aku dengan Rina tak pernah sembahyang atau mengaji kat ruang tamu (boleh buat sendiri dalam bilik atau pi surau depan taman jangan nak tuduh kami macam macam haha).

Maka cerita dia sekarang ni aku bakal keluar dari rumah tu sebab nak kahwin dan Rina masih tinggal disitu diatas faktor keselamatan dan dah biasa dengan kawasan tu. Rina ni lemah lembut dan sopan orangnya tak macam aku. Jadi dia asyik mengadu yang dia tak selesa dengan tabiat Kiran. Aku pun tak tahu apa nak cakap atau buat sebab aku tak lama lagi nak blah dah tak duduk kat situ kan.

So kalau korang ada cadangan untuk selesaikan masalah ni atau pernah mempunyai pengalaman macam ni, boleh la share kat sini. Walaupun benda ni bukan masalah aku dah tapi aku still nak dengar solution, mana tau boleh bantu si Rina sebab aku cakap kat dia suruh cari rumah lain ja hahaha .

Sekian,

Fira yang pening.

– Fira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit