Diganggu Pesakit Bipolar

Salam semua.. saya ingin meminta pendapat. Mungkin ada ahli group ini terdiri daripada golongan profesional yang dapat membantu mengatasi masalah saya.

Saya sedang diganggu oleh seseorang (juga wanita) yang mengaku adalah seorang pesakit bipolar. Dia terlalu obses ingin berkawan dgn saya sehingga menggangu kehidupan seharian saya. Saya tidak tahu dia merupakan pesakit bipolar semasa baru berkawan. Apabila perangai dia semakin pelik dan banyak kejadian pelik berlaku, barulah saya tahu bahawa dia ada masalah mental.

Dia pernah mesej saya tengah2 malam mengajak ke suatu tempat dikatakan imam mahdi mahu turun dan berjumpa dengannya. Pernah juga meminta saya berhati2 kerana ada orang mahu membunuh saya dah anak2. Kemudian dia juga pernah datang ke rumah saya sesudah subuh awal pagi keseorangan tanpa anak2 nya yang masih kecil. Katanya sahaja mahu jalan2 ambil angin.

Setiap pergerakan saya perlu dilaporkan kepada dia. Kalau nampak saya berkawan dgn org lain dia akan mesej bertalu2 tanya kenapa saya tak ajak dia sekali. Contohnya pergi ke mana2 tak ajak dia sekali mmg bertalu2 mesej dan call saya akan dapat.

Sehingga saya terus blocked number telefon dan semua sosial media daripada dia. Membuatkan dia semakin tidak keruan. Suami juga menghalang sy dari terus berkawan dengan dia. Pernah suatu hari dia menipu mengatakan dia dan anak2 kelaparan di rumah meminta saya menghantar makanan. Suami menelefon suaminya dan kata suaminya dia dan anak2 baik2 sahaja. Macam2 yang dia buat untuk menagih perhatian saya. Apabila saya putuskan dan blocked semua hubungan, dia terus menerus menggangu melalu suami pula.

Kemudian dia tiba2 muncul di depan pintu rumah dengan keadaan tidak keruan.. nasib baik suami kebetulan pulang dari kerja dan perasan kelibatnya di hadapan rumah dan meminta dia pulang dengan ugutan mahu menelefon polis dan suaminya. Baru dia berganjak. Namun dia masih tidak puas hati.. terus menerus menggangu saya..

Bagaimana untuk mengatasi masalah dengan pesakit bipolar ini? Adakah tindakan saya menyekat semua perhubungan membuatkan kedaan dia semakin teruk atau itu tindakan baik yang patut saya ambil.

Sekarang ni rasa macam nak pindah rumah supaya jauh dari dia dan tidak diganggu lagi. Saya tidak mampu menolong kerana saya juga ada komitmen lain dgn anak2 yang masih kecil. Tetapi saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya.

– Yaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit