Assalamualaikum admin dan readers iium confession.
Taktau macam mana aku nk mula. Cuma aku harap aku tulis ni yg berkaitan dgn hidup aku tak dapat kesan ni aku.
Okay straight to the point. Aku, anak sulung. Dari 5 orang adik beradik. Yg mana masing2 dah besar di alam universiti, dan ada juga yg dah bekerja. Ayah aku, kerja jauh. Tu jelah intro point penting dalam perkongsian aku ni.
Dua tahun lepas, kami 6 beranak kehilangan nyawa, pemberi semangat, pendengar setia dan pemberi nasihat, iaitu ibu kami. Selama ni, aku selalu beranggapan kami mempunyai sebuah keluarga yg sangat rapat dan sangat bahagia. Tapi lepas kehilangan ibu, aku selaku anak sulung, baru nampak kebenaran di sebalik anggapan kebahagiaan aku tu. kami sekadar rapat, kerana ibu kami. Setiap update sesama kami hanya kami ketahui melalui ibu. Ibu ni kiranya seorang superwoman. Still boleh cope dengan anak2 dan suami dia.
Lepas kehilangan ibu, aku cuba untuk ambil alih tugas ibu aku. Handle adik2 dan ayah aku. Susah. Aku sedar yg kami ni taklah rapat pun. Nampak bahagia sbb nak tunjuk sangat kat public yg kami bahagia. Jadi, sejak pertengahan tahun lepas bermulalah misi aku untuk buat kami rapat seperti yg ditunjuk kat socmed semua tu.
Aku ni kaki membaca. Kebanyakan artikel yg aku baca, bwk maksud kalau nak org bg kasih sayang, kita kena mula bagi kasih sayang tu. so tu yg aku applykan. Dulu, ayah kalau kata tak suka ahli keluarga belah mak, aku pujuk lah macam mana pun ayah mesti taknak tunjuk pun muka. Alasannya, dia kata ibu dah takda. Dia tak perlu berjumpa dgn dia. Tapi aku fikir, aku dan adik2 kan masih related, kenapa nak mcm ni? Sedangkan ibu ayah bkn bercerai hidup. Ibu pergi dulu menghadap ilahi.
Dari situ aku fikir pulak mana silapnya aku dlm berhadapan dgn keluarga belah ayah. Oh ye. Lupa pulak. Ayah org utara, ibu asal selatan. So, dari situ, sebabkan aku pun membesar di selatan, aku kalau balik ke kampung ayah mesti jadi seorang manusia yg sangat awkward. Aku tak geti sorok apa aku rasa, so automatik adik2 aku pun terikut2 cara aku melayan keluarga belah ayah. Awkward dan nampak sangat tak selesa dan tak suka. Dulu kalau ibu ada, aku serahkan tugas berhadapan dgn keluarga belah ayah ni pd ibu je. Aku mengekor je. Dgr dan buat hal sendiri.
Dari situ aku fikir itulah masalahnya. puncanya dari aku juga. Aku mula mengatur strategi. Mula hargai dan mula jd seorang yg sangat mesra bila berhadapan dgn ahli keluarga belah ayah. Ayah aku, bila nampak perubahan aku, nampak dia gembira sangat. Slowly, dengan keluarga belah mak pun dia mula rapat dan ambil berat balik.
Aku ubah diri aku bukan takat dgn family belah ayah je. Dengan adik2 juga. Aku ni boleh dikatakan mcm singa jugalah dulu.sbb ibu ada kann. So pada aku korg carilah ibu. Jgn cari aku. Haa bila ibu dah tak ada, adik2 pun dah tak ada tempat nak manja2. So bila aku berubah, nampak adik2 pun selesa dgn aku walaupun kadang2 kalau aku badmood buruk jugak jadinya.
Dari situ, aku nampak. Aku bukan je makin rapat dgn ayah aku. Tapi adik2 aku pun tak ketakutan atau malas nak bercakap dgn aku. Kalaulah ibu masih ada, aku pasti dia sangat gembira dgn perubahan aku. Dan dia sangat gembira dengan kerapatan kami sekeluarga. Rapat dalam erti kata yg sebenar. Bukan nampak atas dasar lakonan di social media.
Kesimpulannya di sini, aku nampak hikmah di sebalik kehilangan ibu kesayangan aku tu. kasih sayang tu dibentuk melalui usaha kita sendiri. Kita mulakanlah dulu. Kalau rasa org rude dengan kita, kita muhasabah diri. Mungkin silapnya pada kita juga. Kalau nak kasih sayang, bagilah kasih sayang dulu. Tak rugi. Hati pun senang.
Doakan keluarga aku sentiasa tabah dan tenang menghadapi apapun cabaran dalam hidup ni ye. Aku takut sangat kalau terfikir kami akan berpecah atas sebab sesuatu yg bodoh mcm sebab harta. So readers, doakan yg baik2 buat keluarga aku juga ye.
– Initial Ann
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit