Al-Waqiah, Al-Mulk, dan Bersedekah

Assalamualaikum dan salam sejehtera kepada semua..tq admin sudi siarkan cerita aku ni untuk dikongsikan bersama semoga bersama mendapat manfaat nya.

Rasanya kalau baca tajuk semua dah boleh agak kebaikkan mengamalkan amalan tersebut. Apa yg aku nak share hari ni memang terjadi sendiri pada diri aku. Untuk makluman aku bekerja sebelum ni tapi kontrak aku dah tamat tempoh dan dengan keadaan ekonomi sekarang ni jumlah pekerja perlu dikurangkan. Of course la masa dapat tau aku tamat perkhidmatan sedihnya Allah je yang tau.. aku murung dan kerap menangis je.. macam biasa la as manusia aku bertanya kenapa aku Ya Allah?

One day aku tengah duduk-duduk dan aku ternampak post psl tips murah rezeki… aku baca satu persatu dan aku tertarik pada surah al-wakiah. Kenapa? Sebab dah a few times aku jumpa pasal ni.. mungkin Allah nak bagi aku petunjuk.. so start dari situ aku mula amalkan bacaan surah al-wakiah..al-mulk..yasiin..dan lain-lain surah pun aku tetap baca cuma aku tekankan di 3 surah tu. Aku buat solat sunat taubat.. tahajjud.. hajat.. selain tu, aku mulakan amalan bersedekah.. apa yang aku buat setiap kali aku pergi pasar malam aku jumpa orang kurang upaya ke aku mmg akan bagi duit walaupun tak banyak.. penah jugak kadang fikir duit aku xbyk tapi aku tolak tepi perasaan tu dan aku bagi jugak..

Dan apa yang aku terima lepas tu memang kadang tak terjangka.. Alhamdulillah rezeki aku tak pernah putus… dari segi duit tak henti-henti aku terima duit dari family aku n saudara mara aku duit beli gula-gula katanya.. then ada sekali tu aku aku punya la teringin nak makan makanan kat pasar malam tempat aku tu.. akak tu berniaga nasi campur dan laut dia pn ok..tapi dia jarang ada.. masa nak g pasa malam tu aku cakap harap arini akak tu ada lah teringin betul nak makan nasi dia.. then u know what? Akak tu memang ada berniaga haritu.. aku punya happy la.. pastu ada sekali aku beli barang kat guardian.. tiba-tiba balik rumah aku nampak ada pencuci muka safi aku ingatkan budak tu tersalah masukkan.. rupanya tu free gift.. aku tgk harga dia dekat RM10 jgk la.. then satu hari tu aku terima duit lebihan bayaran sewa rumah aku.. sebab memang dh dekat setengah tahun jugak la.. bila aku tanya dia orang tu terus bank in tanpa banyak soal.. ada jugak yang lain-lain terjadi pada aku..

Apa yang aku cuba nak sampaikan ialah rezeki Allah tu tak pernah putus dan hadir dalam pelbagai cara dan bentuk.. jangan pernah putus asa pada Allah..jangan sesekali salahkan takdir Allah.. Sentiasa berdoa dan mintak padaNya… amalkan segala suruhannya dan tambah dengan amalan sunat.. sentiasalah bersangka baik dengan Allah.. macam aku.. lepas solat tu aku duduk muhasabah balik kenapa aku terima semua ujian tu.. dan betul aku cakap korang akan rasa tenang sangat bila dapat meluahkan pada Allah… yang pasti kita kena bersabar…

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN? (Al-Rahman : 13)

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.. sekarang ni pun aku masih mencari kerja yang baru untukku.. semoga kawan-kawan kat sini dapat mendoakan aku jugak ye.. semoga anda semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam setiap urusan… Aamin… terima kasih…

-khalifah Allah-

– Khalifah Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit