Nama aku N, berumur awal 20-an. Cerita aku agak panjang, sesuai untuk ibu2 yg tgah tgu masa nak bersalin, so xde la blur sgt apa kena buat bila oegi hospital dan keadaan dlm dwn bersalin. Aku baru je melahirkan anak pertama, anak lelaki. Tapi anak aku anak luar nikah, dia dilahirkan sebelum ibu dan ayahnya sempat bernikah dan insyaAllah akan berkahwin xlama lagi. Doakan kami ye. Dari mula aku dpt tahu aku pregnant, aku buntu xtahu apa nak buat. Aku mmg rahsiakan dari keluarga, x ada yg tahu aku pregnant kecuali rakan kat tmpt kerja. Sampai la masa aku dah sakit contraction, aku dan dia(bf aku) pegi ke hosp kerajaan untuk check jalan dah buka berapa cm. Sakit contraction ni rasanya macam pinggang korang nak tercabut haha sakit tulang belakang ape semua, nak jalan pun macam cramp je tang pinggang. Baby mengeras dgn contraction ni lain rasanya, tp bila nk dkt bersalin, mmg baby kerap mengeras, sakit kat tulang vagina, sakit tulang belakang dan sakit bila nak berjalan. Nak heret kaki p toilet pun seksa yg amat.
Sampai kat dewan bersalin, nurse minx ic aku dan ic bf, tp disebabkan aku belum kawin lg, aku bg ic aku jela. Jgn lupa bwk siap2 brg2 ibu dan baby, buku merah korg checkup kat kk tu ye. Lps register, kena masuk dlm ruangan dewan bersalin tu, tp bila aku masuk dorg bukan terus check kita atau apa2, kena tggu sampai nama dipanggil. Sampai tertidur2 dekat kerusi tu menunggu, dgn sakit contraction nya. Dalam tu semua ibu2 yg boyot, sama ada tggu turn mcm aku atau tgh tggu masa nak bersalin. Sebabkan hosp yg aku pegi ni agak bz, bukaan dah 8cm mcm tu baru tolak labour room. Tu pun kalau labour room kosong, kalau x tunggu la sampai dah bukak 10cm.
First dorg akan pakaikan kte dgn alat mcm tali pinggang untuk check contraction punya rhythm, selang berapa minit tiap contraction dan lama mana contraction tu dan sakit tu dalam skala berapa. Lama jugak kena pakai tali pinggang tu. Lps tu aku disuruh tunggu dkt 1 bilik, sebab bukaan dah 5cm. Ada 1 ibu tu bukaan baru 2cm tp sakit contraction dia macam dia nak beranak masa tu jugak haha kesian tengok dia dok aduh aduh wpun aku pun tgah sakit jugak kan masa tu.
Bf aku pulak setia menanti kat luar dewan bersalin tu main mobile legends. Nurse suruh makan sikit sebab anak first nak teran guna tenaga lebih sikit, sebab kan sakit nak bersalin, aku minum milo dgn sandwich tuna sikit je. Nurse ckp dia (bf aku) xboleh masuk dlm labour room nanti sebab belum kwin. Pendek kate bila kes mcm aku ni (pregnant tp xkwin lagi) hampir semua nurse kat dwn bersalin tu tahu aku belum kwin. Yg bagus nya, takde la dorg duk tanya byk kali pasal suami ke ape ke, yg x bgus nya dorg duk interview spe nanti nak jaga anak, nanti pantang katne, mak bapak tahu dak haha tp disebabkan nurse2 kt situ mcm caring bukan kepoci, xde la aku rasa stress nak jwb. Dorg mcm kakak2 je bila tanya. Tp yg sakit hati nya bila otw nak masuk labour room, dorg check tgn aku xde kena cucuk lagi (amek darah dan untuk drip masa dlm labour room nty). Kat tgh2 jln tu doc tu inject aku tp xmasuk ke ape ke, aku pun xtau. Masuk labour room, kena inject lg kat tgn kiri kat pergelangan tgn, pun xberjaya jgk, nurse tu cakap urat aku lari. Pastu lagi sekali dorg inject aku, kat tgn kiri jgk untuk drip air. Sblm masuk labour room jgn ckp la brpe kali kena seluk untuk check jalan. Nak bg jalan cpt bukak, kne rajinkan berjalan. Tp tu la, dh perut semua sakit cm nak terberak kan, jalan pn xlarat dah.
Dalam labour room, korg xrasa apa dah, malu ke ape ke. Bf aku pn aku dh lupe. Sbb sakit makin kuat. Dorg masukkn tiub kt salur kencing tuk elak korg terkencing masa meneran nanti, sakit sikit yg tu. Pastu aku rasa mcm aku terkencing 2x, aku ckp kt nurse (ni sebelum dorg masuk tiub tu), nurse tu ckp kencing je, xpe haha tp xtau la tu kencing or pecah air ketuban. Tp aku rasa dorg pecahkan, sbb doc tu ckp ade keluar benda warna hijau, baby dah berak kat dalam. Lepas dr tu terus dorg suruh aku teran. Tgn pegang kat buku lali dan angkat kepala masa teran, pastu mata pandang kt perut tu haa. Aku dah la nafas pendek, nurse tu ckp ‘ teran N, teran mcm nak berak tu, geram geram, geram sebab nak berak’ haha bila aku teran dgn betul, dorg ckp ‘bagus2 teran mcm tu’. Supportive betul dorg even aku beranak anak luar nikah (muka sedih). Sampai la aku dgr nurse tu ckp ‘sy gunting sikit ye’. Aku xsmpt nk ckp ape, dan tap, dh kena gunting. Xleh explain rasa apa sbb kepala baby nak keluar tu pn dh sakit. Lps baby dh keluar, dorg ckp pukul brpe bersalin dan tunjuk jantina baby tu, dan suruh aku ckp anak aku anak ape. Tp dorg xltk kt atas aku, sbb dorg nk check baby, takut baby tertelan najis masa dlm perut. Takut ada infection. Pastu nurse inject kt peha untuk keluarkan uri, plupp keluar darah mcm byk sgt. Pastu dorg korek2 untuk keluarkan drh beku. Yg tu aku rasa agak xselasa dan sakit. Sebab dorg kena make sure takde yg tertgal dlm rahim, bahaya untuk ibu kalau ada drh beku tertgal dlm rahim. Lps tu proses menjahit, wpun dorg inject bius, tp stil rase wey. Korg boleh rasa mcm korg kena cucuk mcm nk amek drh tu tp berulang kali, yela sbb berapa jahitan kan. Rezeki aku nurse xgunting byk, jd xde lama sgt proses jahitan, ade yg smpai 2-3jam. Xtau knpe lame sgt. Jahit baju kurung ke ape tu haha bila aku mengaduh sakit, nurse tu minx maaf pdhl bukan salah dia kan. Baik n lembut nurse yg incharge aku dlm labour room tu. Dh settle sume, dorg cuci darah semua n pakaikan pad. Oh dorg bagi aku pegang baby selama sejam untuk susukan. Masa tu xtau ada susu ke x, tp nurse ckp bils baby isap, susu akan keluar. Alhamdulillah aku xde masalah nak susukan anak aku.
Nurse akan ambil baby semula dan aku kena tggu kat koridor (ade katil kt dlm ruangan dewan bersalin tu untuk baring sementara tggu ada katil kosong dlm wad). Mase tu baru aku teringat kt bf aku. Bygkan dr kol10 cmtu pastu aku settle beranak ape sume dlm kol3 lebih, hbsv battery agaknya main mobile legend dia haha aku minx nurse amekkan phone aku kt dia. Aku nak send gmbr baby n bgtahu aku dah beranak. Blur agaknya dia kat luar tu haa. Pastu aku ditempatkan kat wad 6A, aku inform dia bila nurse dh tolak aku n baby pegi wad. Sebelum tu ada ibu yg kena marah sbb siap bersalin kol9pg tp stil pakai pad hospital, xtukar2 haha sebab nurse dah pesan kena kencing dan tukar pad baru, sbb darah byk keluar masa awal2 tu. Cuba bygkan dah la baru kena jahit pastu nak terkencing pulak. Seram bila teringat. Aku bukak je air tu lama2, nak pegang lg xberani. Setakat tu okay cuma masa nak duduk first time, dan bgun dr duduk tu mmg terasa la korg tekan tmpt jahitan tu. Sbb tu ibu2 berpantang kena jalan slow2, xnak bg jahitan terbukak dan untuk jaga badan yg baru nak pulih. Bila dh smpai kat wad, dia pun dtg bwk air dan roti untuk aku sbb aku mkn sikit je dr sblm beranak. Alhamdulillah dia syg anak dia, x mcm lelaki lain yg suruh gugurkan atau tiba2 hilang bila tau gf mengandung. Yg silapnya bila aku x bgtahu keluarga, dan x kwin bila tahu dh pregnant, sampai skrg aku masih menyesal. Lps waktu melawat habis, sampai la masa aku kena duduk sorg2 dgn baby dan ibu2 lain je. OK tu je.
– N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit