Assalamualaikum w.b.t..
Allahu lama betul aku hantar confession kat sini, merajuk sebab dah 4 kali hantar tapi x publish.. Haha Harap kali ni admin approve ye sebab niat aku hanya untuk berkongsi sahaja.
Terus kepada point, aku nak cerita berkenaan perjalanan karier aku setakat ni. Aku bekerja dalam sektor swasta di sebuah syarikat milik negara barat mat salleh yang beroperasi di malaysia.
Awal aku masuk keje kat sini dengan hanya kelayakan jawatan spm walaupun aku ada ijazah sebab aku tahu kerja susah dapat so aku just bekerja dengan tekun dan lupakan ijazah tu buat seketika.
After 1.5 years aku dapat jadi injiniur, rezeki ada vacancy kat situ so berguna la degree aku. Cuma yang tak best percaya atau tidak walaupun basic (xde ot) bertambah tapi total yang aku dapat lagi sikit berbanding jawatan dulu (ada ot).
So fikir demi masa depan aku pun terima offer tu, mungkin ada rezeki jugak nanti di masa hadapan. Aku sabar dan terus bekerja dengan ikhlas.
Tapi kadang2 aku frust jugak sebab kerja sekarang ni aku diberi tanggungjawab yang lebih berat berbanding yang dulu. Logically bila tugasan dan tanggungjawab bertambah, payment perlu la seiring kan?
Sebab dah tak tertanggung rasa di dada ni aku cuba la share apa yang terbuku di hati ni dengan seorang manager kat tempat kerja aku ni ha, sekadar bercerita dan mintak pendapat.
Tapi macam biasa la, belum habis mukadimah aku dah kena bash sebab kan current isu pasal graduan muda demand gaji tinggi. Tapi aku dah nak masuk tahun ke-4 keje kat sini, tak kan kire fresh grad lagi.. Haha
Aku dengar je la dan redha tapi bila masuk part gaji kan… Haaaa.. Die mention gaji masa awal2 keje tu dalam tahun 90s gitu la, you know what? Gaji dia sama dengan aku sekarang!
Then aku dengar je la dia cite macam mana susah nak survive dengan gaji banyak tu dan bla3… Ok guys tu tahun 90s ye.
Dah habis dia bercerita aku pun tambah sikit je la
“Gaji encik yg tahun 90s tu lebih Rm100 dari saya sekarang ni”
Nampak tak? Dia yg tahun 90s pun susah nak survive inikan pulak aku yg dengan amount hampir sama di tahun 2018.
Untuk menjernihkan keadaan aku pun cakap la.
“Takpe encik saya try bekfes nasi lemak harga 50 sen kot ade lagi macam dulu2”
Kenapa aku share cerita ni? Sebab aku sedih, sedih dengan mentaliti masyarakat kita terutama orang melayu. Bila graduan muda dihimpit masalah ramai yang condemn tanpa cuba menyelami apa yang sedang terjadi.
Ada 1 kes ni, 2 orang graduan muda masuk dengan kelayakan yang sama iaitu degree tapi berlainan dept. Yang sorang ni graduan chinese dan head dept dia chinese, yang sorang ni melayu dan head dept dia melayu.
Hire dalam waktu yang sama tapi perbezaan gaji diorang Rm800 padahal jobscope diorang hampir sama dan of kos la yang chinese tu gaji lagi tinggi. Bila aku cuba busybody skit dan jawapan yang aku dapat tu mengejutkan gak la.
Chinese tu dapat starting tinggi sebab her head dept fight giler2 untuk dia, awal nya gaji dua orang ni hampir sama je tapi sebab bos chinese ni betul2 fight so dia dapat. But yg bos melayu tu buat tak tahu je walaupun dia sedar supposedly anak buah dia should get more based on qualification.
Memang la bab gaji ni confidential tapi lama2 akan tahu jugak la. In this case of kos la akan rasa demotivated kan sebab kerja hampir sama tapi Rm800 woo beza! Yup surely effect performance too.
Aku pernah perli sorang assistant manager ni ha sebab dia request new subordinate with diploma tapi letak expected salary Rm1100! Top top management senyum lebar je ls sebab dapat cut kos untuk gaji, ye dok?
Entah la.. Pada pendapat aku la, yang dah berada lama dan otai tu (terutama melayu) tolong la gunakan kelebihan/kedudukan yang korang ada tu untuk bantu anak muda ni. Bukan untuk hidup mewah, cukup sekadar keperluan asas, berbakti kepada ibu bapa dan sedikit tabungan untuk beli rumah ke, kawin ke or banyak bersedekah.
Ni yang aku cerita kat sektor swasta la, kerajaan aku x tahu. Korang ada “powet” untuk tentukan semua tu, Fight for them! Insyaallah nanti in the future semua tu akan terbalas untuk anak cucu korang.
Jika kita permudahkan urusan orang lain maka Allah akan permudahkan urusan kita.
Wallahualam..
– Abam Injiniur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit