Hi dan Assalammualaikum..
Saya SS (Siti Saleha), ramai yang kecam saya toward my past confession tu, Pasangan Insecure. Saya okay je, chill chill je. Okay la saya tulis balik yang typo tu strict, bukan straight.. nah A1 untuk subjek BI awak. Jangan la marah…Saya cerita kejadian yang saya pernah lalui dulu. Tak moved on? Ofcourse la move on dah. Kalo saya nak dia, dah lama dulu lagi la saya akan fight untuk dapatkan dia. Saya nak fight to report them both ada lah. Tak kuasa la nak suka laki yg psycho macam tu.
Oh saya pun tak pasti la samada perempuan yang maki hamun saya (Dina) dan lepas tu call nangis-nangis mintak maaf tu adalah perempuan yang sama PM saya dekat FB, mintak no HP dan mengaku best friend harun, then jadi wife harun (Maria). Masih menjadi tanda tanya sampai hari ni. Sebab tu saya pun tertanya-tanya, dan pelik, kenapa perlu wujud manusia-manusia insecure sebegini? Dunia ni maha luas. Kalau awak sakit hati dengan hubungan manusia lain dengan alasan sebab laki tu BF awk, then dia minat perempuan lain, so awk kene contact perempuan lain sebab nak inform dia, yang si Mamat ni BF awak? Satu je saya nak tanya, PERLU ke?
Faham tak maksud saya? Kita perempuan. Kenapa kita perlu jadi insecure sampai macam ni sekali? kalau saya jadi DINA, like myBF up status in a relationship dengan perempuan lain, so perlu kah saya meroyan? CALL sana sini. Kacau orang sana sini? Dah tak de maruah ke? Tak malu ke? YES, saya boleh guna NO HP lain, untuk menyamar kan? Tapi still kau tahu apa kau buat, kau buat tu salah! Laki tu MANUSIA. Bukan BARANG yang kau beli dekat kedai RM2.00 dan jadikan hak milik. Suka hati dia la dia nak buat apa pun. Dia nak up status apa pun.
Yang ni saya betul-betul tak boleh hadam. KENAPA. Korang faham tak masud saya.
Jadi lah wanita dengan bermaruah. Kalau ada lelaki yang at first place, nak awak, janji nak kahwin or apa sahaja dengan awak, then dia kemudiannya, up status dengan perempuan lain, then tak payah la meroyan. Just contact je BF awak tu. Tanya. Eh apa you up ni? Why u up status like this? So who I am to you? Then if laki tu cakap, I dah suka orang lain. Just reply, owh okay then. Tak perlu la nak meroyan sana sini. Grow up la.
Sebab awak kena tahu, HATI ni tak boleh paksa. Sebab dia manusia. Dia berhak buat apa sahaja.
Saya betul-betul tak boleh nak imagine, kenapa ada manusia sebegini? Maksudnya menjadikan manusia lain sebagai HAK MILIK dia? Kita manusia, kita milik ALLAH. Takde sape boleh buat hak milik sapa-sapa.
Saya ada kawan, non muslim, dan dia lelaki. Dia tanya saya, what if one day I convert being a muslim and married with a malay girl, and few years later I feel like i cant commit my life with her, what should I do? And i replay him. Dalam Islam, BERCERAI itu hukumnya HARUS. Maksudnya Allah allow us to separate or divorce BUT, Allah just dint like it. Its means, bercerai itu BOLEH. Then He ask me back, means boleh? I cakap yes boleh. Tapi, ada syarat-syarat dia. Like you kene duduk dan berbincang dulu. Which is, ask both of you. If si suami dah tiada rasa cinta atau sayang kepada WIFE, dia berhak untuk tidak mencintai wife dia. Cuba cari mana silapnya, sampai si suami sudah hilang rasa cinta kepada isterinya. Dan Isterinya tiada hak untuk paksa Si suami untuk mencintai dia. Sebab hati tu tak boleh PAKSA.
Seek advice dari Pejabat agama. attend counseling, cari masalah, apa puncanya sehingga suami sudah hilang rasa cinta. Dan buat lah pilihan. Kalau dengan perkahwinan ni hanya boleh mengundang banyak benda tak baik, daripada baik, i.e. Bergaduh siang malam, maki-memaki. Isteri tak hormat suami, suami tak hormat isteri. Mula mengugkit kebaikan masing-masing. Mula kutuk keluarga masing-masing, so BERCERAI lah jalan yang terbaik. Sebab, hubungan tu hanya banyak mengundang kecelakaan, berbanding pahala.
Tak ada siapa boleh paksa sesiapa. Its your life.
Cinta itu memerlukan dua orang yang saling memberi, bukan nya sorang memberi sorang memaksa atau terpaksa. Sebagai perempuan, jika lelaki sudah tiada rasa cinta maka, jangan di paksa. Dia ada life dia. Dia berhak tentukan siapa yang dia nak yang dia sayang. Kalu dia sayang you, dia akan usaha untuk dapat kan you. Untuk selamatkan perkahwinan you both.
Yes orang boleh cakap, yela kau perempuan yang tak nikah lagi. Boleh la cakap macam ni. Kalu saya dah nikah, and one day, if my husband ask me to married another women. I akan tanya dia. Dua soalan sahaja. 1) YOU mampu (zahir dan batin) tak nak tanggung I dan anak-anak kita dengan adil bila you nikah lagi sorang? Jika dia cakap YES I mampu. Then I nak cakap apa? sebab tu hak dia. Then soalan kedua, I akan tanya dia, You cintakan dia? Then dia cakap YES. I cintakan dia dan I nak nikah dengan dia. Then I akan tanya dia, so you sayang I lagi tak. If dia cakap tak, I nak buat apa lagi? I have to. Sebab dia pun manusia. Dia berhak pilih. Apa yang dia nak.
Sebab saya percaya pada jodoh ajal maut adalah ketentuan ALLAH. Kita dah usaha untuk selamatkan, then just let it be jela. Kembali kepada ISLAM. BERCINTA lah kerana ALLAH.
Ada yang cakap saya memilih. NO. Im not. Saya hanya ikut kata hati saya. Apa yang saya nak. Kalau saya suka seseorang laki, saya akan cuba berkawan dengan dia. Dan terus cakap I suka you lebih dari kawan. Then dia cakap sorry, I suka orang lain. Then I akan reply, okay. Dan saya tak akan malu atau sakit hati. Sebab saya tahu limit saya. Hak saya. Hak saya untuk menyayangi dia, dan untuk inform dia sahaja. Kalau dia tolak atau terima, itu hak dia. Saya takde hak untuk marah.
Sama jugak bila ada lelaki yang suka saya, saya akan terus inform dia. Okay kita boleh kawan. Dalam masa berkawan, saya akan tengok, akan fikir. Bila saya confirmed tak boleh nak suka dia balik, saya akan inform dia. I tak suka you. Then dia tiada hak untuk marah. Sebab kehidupan saya, hati saya, saya yang tentukan.
Maaf andai ada yang tidak setuju. Tapi cuba la buat benda kerana ALLAH.
Cinta itu indah. Tapi jangan korbankan diri kita kerana cinta. Jadilah wanita yang ada harga diri. Letakan ALLAH sentiasa di hadapan. You do GOOD, then you will be FINE.
Siti Saleha.
– Siti Saleha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit