Assalamualaikum. Harap-harap admin IIUMC sudi publish artikel aku kali ini memandangkan dah banyak kali aku hantar kisah kegagalan cintaku tapi tak tersiar sampai sekarang. Mungkin tak begitu bermanfaat kot.huhu
Memandangkan sekarang ni aku sedang berusaha untuk move on setelah berakhirnya penantian selama 8 tahun untuk si dia yang akhirnya berlalu bersama perempuan lain, maka aku nak share sikit antara usaha-usaha dan perancangan aku untuk move on agar dapat dimanfaatkan buat mereka di luar sana yang mungkin sedang menghadapi situasi yang sama denganku.
Memang perit bila gagal dalam cinta, namun lebih perit bila kegagalan berlaku ketika usia sudah mencecah 30 tahun. Memang sukar untuk terima hakikat, tapi nak tak nak kita terpaksa move on. So, aku senaraikan di bawah segala usaha yang mungkin applicable for certain people dan mungkin juga tak sesuai untuk certain people yang lain. Jadi, just ambik yang mana sesuai untuk situasi korang ye.
1. Confess
Bagi aku yang jenis nakkan kepastian, aku tak boleh move on selagi aku tak dapat kepastian tentang status hubungan. Jadi, aku confess pasal perasaan aku selama ini dan meminta dia menyatakan siapa aku di hatinya. Sekarang, aku dah dapat jawapan darinya yang mengatakan tak pernah ada rasa cinta terhadap aku selama ini.katanya lah…hmm I doubt but just accept it and move on.
2. Menangis
Menangislah sepuas-puasnya, jangan dipendam lagi. Biar keluar segala perasaan dalam hati. Kita takkan lemah dengan menangis, malah akan terasa lega selepas itu. Tapi janganlah menangis teruk sangat macam aku sampai 3hari non-stop, sampai mata kabur hampir buta baru nak sedar diri. Menangis sekejap je, tak berbaloi bazir air mata untuk lelaki sebegitu. Lebih baik move on.
3. Cari sisi negatif
Bukan aku nak encourage korang mencari aib orang, tapi bila dah bersama dengan si dia, pasti kita tahu serba sedikit sisi negatif dia kan. Semasa kita tengah angau kat dia, memang kita dapat terima segala keburukan dan kelemahan dia. Tapi sekarang ni, senarai balik segala sisi negatif dia dan bisikkan pada hati yang terdalam, adakah aku sebenarnya dapat terima segala keburukan dia? Contohnya kita sebenarnya sangat bencikan perokok, tapi lama kelamaan kita dapat tahu dia seorang perokok. Masa tengah angau, kita dapat pujuk hati dan mengharapkan dia dapat berhenti merokok suatu hari nanti. Tapi cuba bayangkan adakah kita dapat terima dia dengan selamba merokok di hadapan kita, di hadapan anak-anak kita, di hadapan ibu-bapa kita kelak? Itu contoh rokok. Korang carilah contoh lain lagi untuk direnungkan dan disoalkan pada hati sendiri dan move on.
4. Lihat dirinya yang sekarang
Pantai lagikan berubah, inikan pula hati manusia. Kalau dulu dia selalu concern pasal kita, selalu ada untuk kita, selalu membahagiakan kita, tapi kini dia semakin menjauh, semakin ligat memberikan alasan, maka terimalah hakikat bahawa dia sudah berubah dan usah berharap dia akan kembali kepada kita seperti waktu dahulu. Kita tahu Allah yang memiliki hati-hati manusia. Kalau Allah nak twist hati dia, sekelip mata saja dia kembali pada kita. Tapi ingat, Allah jua yang twisted hati dia untuk orang lain. So, jangan dilihat dirinya dan layanannya yang dulu, tapi lihatlah dia yang sekarang ini sudah buang kita dari hidupnya dan teruslah move on.
5. Dia tak layak untuk aku
Setelah selesai senaraikan segala keburukan dia, tanya hati sendiri adakah dia layak untuk aku? Kalau aku jenis yang setia, tidak memandang lelaki lain selama dengan dia, tapi dia suka mengayat perempuan lain, adakah lelaki sebegitu layak untuk aku? Bukan nak riak atau nak buktikan kita lebih baik dari dia, cuma kita kena tahu kita juga ada harga diri dan berhak untuk dapatkan yang setaraf dengan kita. Cuba renung dan discuss dengan kawan-kawan, jawapannya pasti dia tak layak untuk kita. We deserve to get a better person. So, just keep moving on.
6. Share dengan sahabat yang positif
Sebagai manusia normal, kita masih perlukan seseorang untuk mendengar segala luahan rasa kecewa kita. Carilah seseorang yang dipercayai yang boleh mendengar dan boleh diminta pendapatnya. Memang ketika kita tengah frust, masa tu memang otak tengah mereng, tak boleh fikir secara rasional. So, kita memang perlukan nasihat yang baik dari orang-orang yang terdekat. Kawan tak selalunya dapat bersama kita 24/7. Maka, bila kita berseorangan, ingat kembali saranan dan nasihat dari kawan kita tu dan bermuhasabahlah. Jangan pula pergi cari kawan-kawan yang negatif, nanti diajaknya release stress dengan berdisko atau pergi karok nyanyi lagu “Berakhirlah sudah kisah kita… dalam percintaan yang menyakitkan… “. Itu makin meremukkan hati la weh. Lagi teruk kalau dicadangkan supaya langgar je new girlfriend si dia macam dalam drama tv3 tu.hahaha…
7. Perbaiki kesempurnaan solat
Semasa tengah angau, pasti ada paling kurang pun sedikit maksiat yang kita lakukan semasa bersama dia. Kita tahu keluar berdua-duaan dengan dia even tak pernah bersentuhan itu dosa, tapi kita buat juga kan. Kita solat tapi kita tetap buat maksiat juga. Allah kata solat itu dapat mencegah maksiat, tapi kenapa kita masih lagi buat maksiat? Check balik kesempurnaan solat kita. Sempurnakan solat dengan memakai pakaian yang bersih, berwuduk dengan sempurna, solat dengan khusyuk, perbetulkan bacaan al-fatihah dan rukun qauli serta fe’li. Macammana nak tahu bacaan al-fatihah kita dah betul? Tasmi’ (perdengarkan) kepada orang yang lebih tahu.
8. Dekatkan diri dengan Allah
Selain perbaiki solat kita, amalkan juga ibadah-ibadah lain agar kita lebih dekat dengan Allah. Sibukkan diri dengan Allah agar kita tidak terlalu memikirkan tentang si dia. Mulakan dengan mandi sunat taubat dan niatkan agar digugurkan dosa-dosa kita bersama-sama air yang mengalir pergi, kemudian lakukan solat sunat taubat. Minta Allah ampunkan segala dosa kita selama ini, minta juga keampunan buat si dia kerana kita juga yang memalitkan dosa itu bersama dia suatu ketika dahulu. Ketika ini hati kita terlalu lembut, mudah untuk menangis. Maka menangislah dalam sujud dan doa sambil beristighfar. Kalau sebelum ini kita berhati kering, solat taubat pun tak nangis, tapi sekarang ni baru angkat tangan nak berdoa pon dah menangis. Manfaatkan air mata itu untuk meraih simpati dari Allah yang Maha pengasih. Banyakkan juga mengaji, berpuasa, berzikir, qiamullail serta bersedekah. InsyaAllah lama-kelamaan hati kita akan kental semula.
9. Anggap ia ujian atau kifarah
Aku selalu menganggap kegagalan ini sebagai kifarah dosa aku. Allah dah bayar cash untuk aku atas dunia ni lagi. Semoga dengan kifarah ini dapat menghapuskan dosa-dosa aku selama ini. Kifarah kerana mengharapkan cinta manusia melebihi cinta kepada Allah dan rasulNya. Kifarah kerana melakukan maksiat dalam sedar diri dan tidak jahil. Kalau Allah tak jentik macamni, mungkin kita masih lagi berterusan berbuat maksiat. Syukur kepada Allah atas kifarah ini menyedarkan aku dari lena yang panjang.
10. Perbaiki diri
Aku selalu bertanya kepada orang sekeliling aku, apa lagi yang perlu aku ubah untuk perbaiki diri? Sesungguhnya kita kadangkala tak sedar kelemahan kita yang mungkin menyakitkan hati orang sekeliling kita. Tapi tulah, kawan-kawan mungkin tak sampai hati nak menegur kesilapan kita atau nak kritik kita depan-depan. Sedangkan kita sangat menghargai teguran dari mereka. Tapi takpe, kalau mereka tak sudi jawab, kita tanya pada Allah. Kita mintak petunjukNya, mintak Allah perelokkan akhlak kita, perlakuan kita dan hati kita.
11. Cari pengganti
Ini bergantung pada situasi dan niat seseorang. Aku agak takut untuk terus mencari pengganti sebab takut niat tercemar dengan sekadar mengisi kekosongan di hati. Maka aku pinta pada Allah agar diluruskan niat demi mencari keredhaan Allah. Andai ada jodohku di dunia ini, aku pinta pada Allah agar dihadirkan pengganti yang terbaik, dengan cara yang terbaik, pada saat yang terbaik dan dalam keadaan yang terbaik. Andai tiada jodoh di dunia ini, semoga Allah tutup pintu hati aku buat lelaki dan tidak mengharap pada jodoh lagi. Dan semoga aku redha dengan setiap ketentuan dariNya.
Setakat ni saja dulu perkongsian ini. Semoga aku dan insan lain cepat move on dan semoga bermanfaat. Wassalam.
Aku yang sedang mengesat air mata,
Jane.
– Jane
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit