Thanks admin kalau siarkan cerita aku ni,
Nama aku Bunga (bukan nama sebenar) aku bekerja sebagai seorang kerani di pusat timbang sawit di Pahang. Sepanjang 4 tahun aku kerja sini aku dapat lihat banyak konflik adik beradik pasal pengurusan sawit arwah mak pak diaorang yang diwariskan pada anak-anak. Ada yang uruskan tak jujur, dan macam2 lagi, tapi aku bukan nak cerita pasal tu, aku nak cerita pasal sorang pakcik yang bernama Salman (bukan nama sebenar) berumur 60 an.
Dari start aku mula kerja, cik Salman ni kerap pinjam duit dekat office aku, kalau mengikut peraturan aku memang tak boleh bagi customer pinjam duit kat sini sebab company aku kerja ni beli sawit bukan bank atau along yang boleh bagi orang pinjam duit, walaupon tokey aku cina. Tapi sebab kesian aku akan bagi dia pinjam dalam rm 100-rm200 tanpa pengetahuan bos. cik salman selalu bagi alasan nak beli beras tak cukup duit atau air rumah kene potong sebab tak bayar bil air. Sapa tak kesian dengar orang tua cakap macam tu, dah lah dah tua, naik motor buruk je. Hasil sawit cik Salman ni sangat lah sikit, hasil dia RM900-rm1200 je sebulan. oleh kerana aku baik hati sangat, cik salman kadang2 tak bayar balik duit dia pinjam, dah hujung bulan nak close account aku kena ganti sebab aku yang pandai2 bagi pinjam.
Aku tertanya dalam hati, mana anak2 dia? kenapa bapak dia sampai pinjam2 duit macam ni. Aku pon try tanya2 orang kampung pasal cik salman ni sebab aku tak kenal dia sangat, aku duduk kampung lain. Aku just tanya pasal family dia, aku takdelah cerita dia pinjam duit. Orang kampung cik salman cerita, cik salman ni ada 6 orang anak tapi dia menyara sorang anak kat rumah, anak lelaki yang sihat walafiat , cukup sifat, dan sihat. Anak dia ni anak bongsu yang sangat dimanjakan, Umur dah 27tahun tapi tak bekerja. Duduk rumah makan tido, lepas tu takde duit mintak mak bapak. Sakit hati jugak dengar. Tapi Cik salman ni sayang sangat anak dia, dia jual 3 ekar kebun dia untuk belikan anak dia kereta. Kereta tu untuk anak dia jalan2 dengan awek. Tak tau malu punya anak, dah la tak kerja, boleh pulak berangan ada awek.
Bulan 3 tahun lepas, Cik salman datang lagi jumpa aku, nak pinjam Rm200, dia janji dia akan bayar hujung bulan, Aku tanya buat apa duit rm200 tu, dia kata anak dia nak pergi kursus kahwin, tak ada duit. Ya Allah masa tu aku bengang gila dengan anak dia, kau dah 27tahun, kau nak kahwin, kau kerja la gilaaaa..Nanti bini kau sapa nak bagi makan?? Sanggup kau suruh bapak kau tebalkan muka pinjam duit kat sini. Ramai kata cik salman tu sayang sangat anak, bila ditegur dia melenting, dia tak terima. Jiran cik salmn cerita kat aku, anak dia pernah kantoi hisap dadah, tp Cik salman tetap back up anak dia.
Bulan 11 tahun lepas anak dia kahwin, aku malas nak datang sebab kalau boleh aku tak nak tengok muka anak dia. Aku pon tak sanggup nak tengok muka bini anak dia sebab kesian bini dia dapat suami macam tu. Lepas sebulan anak dia kawen pakcik ni lagi kerap pinjam duit, kadang2 aku terpaksa tipu duit takde sebab kalau dia tak bayar aku yang kena ganti, aku pon gaji bukan besar. So dia pinjam dengan orang lain. Awal bulan 1 haritu, ada sorang budak laki datang office aku, muka hensem dan bergaya. Macam biasa aku layan customer aku, aku tanya dia nak apa, nak jual sawit ke?.. Dia jawab “eh tak, sy anak salman, ayah sy suruh sy pinjam rm100 kat sini” . Dia sendiri datang pinjam duit, memang muka tak malu betol. Aku cakap duit takde dengan harapan dia tak datang lagi. Lusa dia dtg lagi nak pinjam duit. Cik Salman siap call aku suruh pinjamkan anak dia RM100, nak tukar minyak hitam kereta anak dia.
Sekarang aku tak tau la, anak dia yang teruk atau cik salman yang salah didik anak. Dia bukan sayangkan anak dia tapi dia merosakkan anak dia. Sampai bila dia nak tanggung Biawak hidup kat rumah tu? kepada ibubapa, jangan terlalu sayangkan anak sampai orang tegur anak kita pon kita tak terima, cikgu rotan sikit pon kita pegi serang cikgu. Buat anak2 pulak, usahalah sendiri, jangan menyusahkan makbapak kita. Ingat, sekali kita susahkan mak bapak kita, Allah akan susahkan kita berkali ganda.
– bunga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit