Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada penghuni IIUM. Short introduction, saya perempuan berumur suku abad. Tiba-tiba datang kesedaran untuk share hal berkaitan dengan bersyukur. Terima kasih admins if this coretan got published. I’ll copy paste this coretan into my notes so that if it doesn’t get published, I will resubmit it again. And sorry kalau bahasa rojak sebab BM saya tak cukup bagus untuk buat karangan. If entirely written in English then keyboard warriors will said, “this is IIUM BM, go somewhere else!” Done mukadimah.
Soal bersyukur, even tiniest, smallest things in your live you have to be grateful. Cerita saya, zaman puberty hits to hard, muka berjerawat dengan meriahnya sampai tak ada tempat kosong dah di muka. Down. Remaja, of course lah down. Budak sekelas mengejek tanpa henti lagak mereka secantik Elsa, sekacak Aladdin. And lucky me, saya jumpa penawar ajaib bernama Bio Oil. Saya masih setia dengan penawar ajaib ni sampai sekarang. Setiap kali ada masa terluang pasti saya sapu ke tempat berparut di seluruh muka dan badan. Berkat kesabaran yang tinggi, it works out. Manusia tak ingat pun muka saya pernah ada pengalaman ngeri. Alhamdulillah.
Tetapi sebagai manusia, sifatnya tamak. Muka dah bersih dari parut jerawat and jerawat hanya singgah masa bulan purnama tak cukup. Teringin nak kulit putih gebu. Cantiknya model-model local products. Flawless. Putih gebu. Maka saya start cuba try local product, NourAin. Bertompok-tompok naik jerawat. Alhamdulillah kesan parut hilang sebab serik dan konsisten guna Bio Oil. Dan saya beralih kepada drugstores. Elok muka bersih tiada cela, jerawat mula naik. Walau seelok mana pun produk tu digembar gemburkan, tolong jangan terpengaruh kalau kulit muka dah okey. But manusia degil, tetap jugak pakai kononnya jerawat naik sebab healing process. Nak healing apa kalau sebelum tu kulit dah elok. Manusia tak bersyukur.
As university student by that time, fulus tak cukup and sudah mula fed up. Continue guna Bio Oil untuk menghilangkan parut jerawat yang naik di sekitar pipi. Alhamdulillah hanya serang di kawasan pipi yang tertutup dengan tudung. Tiba masanya ujian terbesar untuk manusia tak tahu bersyukur, cuba untuk pecahkan jerawat kecil di pipi. It’s just a small pimple, it’s not noticeable at all. If only I didn’t pop it, mungkin sekarang saya masih tidak bersyukur.
Entah macam mana dari jerawat sekecil tu, boleh merebak sehingga bernanah hampir 2/3 bahagian pipi sebelah kiri. Setiap malam tidur dikejutkan dengan air membasahi pipi. Bukan air mata, tetapi air nanah dari muka sendiri. Meleleh sampai mencecah bibir dan hidung. Teruk. Jijik. Sampai tahap saya perlu letak tisu di sekitar mulut dan hidung supaya air nanah tidak melampaui batas. Bila sedikit reda, saya beranikan diri untuk keluar bilik dan terus ke farmasi. Terkejut pharmacist bila tengok muka saya. Bila tanya kenapa, saya hanya boleh jawab pecahkan jerawat. Tapi tak logik katanya pecahkan jerawat boleh jadi sampai macam tu. Lalu dia bagi aloevera gel untuk redakan kawasan gunung berapi.
Alhamdulillah, aloevera gel banyak membantu dengan izinNya. Kawasan gunung berapi bertukar menjadi gunung sahara. Kering, berkuping. Lagak eksiden motor dan pipi tercalar terkena tar. Manusia tak bersyukur. Saya sangat tension untuk ke tempat kerja dengan muka berkuping. Maka tangan gatal mencabut kuping tersebut dan terus letak kulit kayu manis (cinnamon) di kawasan berkenaan. Memang saya lebih kepada home remedies if tak guna Bio Oil. Dan saya pernah rawat parut menggunakan kulit kayu manis. Tetapi Allah nak menguji saya, tak sampai 5 minit kawasan tersebut rasa berdenyut. Terus saya bersihkan. Pipi rasa bengkak. Ya Allah. Mula rasa menyesal. Dan malam tu sekali lagi saya tidur dikejutkan dengan air nanah, malah lagi teruk dari sebelumnya.
Pukul 6 pagi saya keluar rumah dan ke 7E terdekat untuk beli mask dan dua bungkus roti untuk lunch di dalam kereta. How can I have proper lunch with this gunung berapi? Sejak dari tu saya mula menyesal kerana tidak bersyukur dengan kulit muka saya selama ni. Sekarang muka saya dah semakin pulih selepas 8 bulan peristiwa ngeri tersebut. Daripada elok bergantung kepada Bio Oil semasa bulan purnama, sekarang saya perlu memakai bermacam jenis skincare dan ikut rutin yang tetap. Syukur dah semakin pulih. Alhamdulillah.
Tolonah bersyukur dengan apa yang anda ada dan jangan sesekali bandingkan dengan orang lain. Syukur. Syukur selalu. Terima kasih.
– miss ai
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit