Teguran Kita Mungkin Boleh Mengubah Seseorang

Assalamualaikum, terima kasih admin approve confession aku. So basically this confession is about a simple thing. Tentang bagaimana sesuatu teguran kita mungkin boleh mengubah seseorang. Dan, cara teguran kita boleh melambangkan bagaimana diri kita.

So, last few days, aku dengan kawan aku went to a mall. And kitorang just strolling around, and sampai lepas waktu maghrib, kitorang pun decide untuk terus pergi surau untuk solat. Lepas solat, nak bersiap pakai tudung semua. Masa siap tu, ada lah bercakap sikit dgn member aku. And, suara kitorang masa tu biasa je but mungkin sebab surau tu tak ramai orang so mcm suara kitorang jelah yg berbunyi tapi ada jelah suara orang-orang lain.

Suddenly, ada seorang sister menjerit dalam nada yang menengking suruh senyap. And we both pun takdelah cakap lagi. But unfortunately lepas sister tu menjerit tadi, ada seorang mak guard yang berbadan besar approach us and tengking kami dgn nada yg kuat sambil mengangkat kening. “Adik adik ni dah kenapa hahhhh, nak buat macam rumah sendiri ke apa. Haaah hah”. Kami tergamam. Dalam hati aku masa tu, ‘ni mak guard tadi duduk tepi tempat sejadah sambil baca novel jiwang ni tadi’. Eh tadi fokus baca novel. Mungkin dia terganggu nak baca novel sampai tengking kami. Dan kebetulan, sister yang menjerit tadi suruh kami senyap pun baca novel jiwang tebal kira-kira 500 muka surat tadi.

Dari jauh, masa mak guard tu approach untuk tengking kami, aku nampak sister yang jerit tadi sengih je mcm dalam hati dia ‘padan muka’. Tapi aku lek je lah. Sebab memang salah kami berdua. Kami pun cepat-cepat keluar sebab malu kena tengking macam tu. Masa on the way nak keluar pintu tu, sister yang menengking tadi masih membaca novel. ‘Suamiku encik Sweet’ nama tajuk novel dia. Dia pandang kami atas bawah, pandangan yg menghukum. Tudung sister tu agak labuh untuk compare dengan aku. Maybe aku nampak jahil di mata dia. Tapi aku keluar sahaja sambil jalan tunduk. Dan oleh sebab pintu keluar surau tu dekat dgn area sejadah, mak guard tadi masih ada kat situ. Tergelak sambil berborak dgn kawan mak guard yang baru je lepas masuk surau. Mungkin break time dorang kot, tu datang duduk surau, sangkaan baik dalam hati aku. Alhamdulillah.

Sejujurnya, aku dengan kawan aku sedar mungkin kesilapan kami sebab bercakap dalam surau. Sepatutnya kami keluar je cepat-cepat. Tak sedar mungkin terkuat dan mengganggu tapi kami baru bercakap beberapa patah. Namun diakui tetap salah kami tanpa sedar. Tapi kan lebih baik teguran oleh mak guard yang menengking kami sekiranya diberikan teguran yang baik kepada kami. Nasib baik kami sejenis bila kena tengking, kami diam saja. Mungkin ada setengah orang, lepas kena tengking melawan balik. Mungkin lebih baik, jika teguran yang lebih baik contohnya “adik, senyap sikit ya” instead “adik ni fikir ni rumah adik ke”.

Sama juga macam kita tegur untuk mengubah seseorang. Contohnya, nak menegur seseorang untuk pakai tudung. It is better to use words macam “awak nampak manis bila bertudung” instead of “kau ni nak jadi ahli neraka ke tak pakai tudung”. Cuba fikir, mana satu yang orang akan accept dengan lebih baik. Sebenarnya, satu teguran yang simple pun boleh bagi impact yang besar untuk seseorang dan mungkin orang tu akan lebih berterima kasih dengan kita satu hari nanti atas teguran yang kita beri. Terima kasih, ya mak guard. Jumpa lagi.

– M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit