Bismillahirrahmanirrahim..
Panggil saya AkaBis (nama samaran).
Saya masih muda, lelaki Muslim, lingkungan umur 35 tahun.
Tapi gaya saya memang ‘matang’ macam umur 50an.
Saya harap kisah ni akan disiarkan oleh admin.
Moga orang ramai dapat manfaat daripada kisah benar ni.
In Shaa Allah..
Mungkin bingkisan kisah sedih ini bakal membuatkan kita semua merenung sedalam-dalamnya;
Betapa bersyukurnya kita dengan nikmat2 kurniaan Allah SWT..
Selesai sesi mesyuarat saya bersama seorang kenalan, saya makan malam di satu sudut berhampiran glass windows.
Sejurus selesai makan, iaitu pada jam kira-kira 11.00 malam, Allah SWT tarbiyah saya dengan INSIDEN pertemuan tak diduga bersama seorang insan yg Allah uji keadaan fizikalnya…
Allahuakbar..
Benarlah kata pepatah; ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu insan yg memikulnya..’
Sekali imbas, dari sisi tepi kanan wajah lelaki itu, sy melihat bonjolan yg sangat besar..
Ada 3 lubang besar kelihatan pada bonjolan wajahnya.. keluarlah lelehan lendir yg terus menerus mengalir dari lubang bonjolan tu.
Allahuakbar. Betapa hiba dan simpati yang teramat sangat… hati sy sayu melihatkan keadaannya…
Orang ramai yg melihat keadaan lelaki tersebut, memberikan sumbangan duit seikhlas hati..
Ada seorang hamba Allah yg baik budi telah menghulurkan Duit RM50.00 kepada saya untuk disampaikan kepada insan berkenaan.
Beliau tak berani menatap wajah lelaki tersebut……
Ketika saya merenung tepat wajah lelaki itu, saya sempat berbual dengan beliau.
Kelihatan jelas rambutnya yg dah beruban. Usia dlm anggaran 50 tahun lebih…..
Sedih, simpati dan rasa belas Ihsan bercampur baur dan bergelora dlm jiwa sy……
*******
Insiden ini benar2 menyentak emosi sy. Betapa penting dan wajib kita mensyukuri nikmat2 yg begitu besar yg sedang Allah SWT berikan..
Janganlah kita mengkufuri nikmat2 itu dengan mensia-siakan masa, membuang masa, melakukan perkara2 yg tak berfaedah, mensia-siakan fizikal diri yg sihat serta kemudahan2 yg ada..
Sungguh!!! Allah SWT tarbiyah sy untuk sentiasa merendah hati….. bersyukur…. usah kufur nikmat2..
Benarlah..
REBUT dan INGAT 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara;
1. Rebut waktu sihat sebelum sakit
2. Rebut waktu muda sebelum tua
3. Rebut waktu lapang sebelum sempit
4. Rebut waktu kaya sebelum miskin
5. Rebut waktu hidup sebelum mati…
Inilah hakikatnya.
Saya sangat bersyukur pada Allah kerana mendapat Ilmu-ilmu Bisnes dan tunjuk ajar dari Sifu-sifu Bisnes.
Begitu juga dengan semua guru kita selama ini..
Ucapan terima kasih yg sebesar besarnya untuk semua…
Semoga Allah makbulkan matlamat2 kita demi Perjuangan Bisnes ini.
In Shaa Allah..
– AkaBis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit