Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Aku seorang pelajar universiti tempatan. Berusia lingkungan 20an. Di sini aku ingin menceritakan pengalaman aku belajar abacus atau dikenali sebagai Mental Arithmetic.
Masa mula-mula aku didaftarkan masuk ke kelas semuanya pelajar di situ usianya lebih kecil dari aku. Masa itu aku seusia lima tahun. Maklumlah aku memasuki kelas yang dikendalikan oleh bangsa Cina atas sebab masa itu syarikat itu sahaja yang ada di kawasan rumah aku.
Aku berasa sangat seronok belajar abacus di situ. Bukannya apa. Kawan-kawan aku di situ semuanya putih-putih dan comel-comel belaka seperti anak patung. Beg galas mereka juga cantik-cantik. Aku masih ingat lagi cikgu yang mengajar aku itu cikgu perempuan. Dia sangat garang tapi dia sangat baik. Dia garang apabila anak murid dia tidak menyiapkan kerja yang diberi. Dia juga suka merotan dengan kuat di bahagian telapak tangan. Biasanya akulah salah seorangnya. Dia baik pula apabila mengajar. Jika ada yang aku tidak faham, cikgu itu akan mengajar aku perlahan-lahan. Belajar abacus ini memang susah pada mulanya. Tapi, lama-kalamaan sangat menyenangkan aku dalam subjek pengiraan.
Setelah kelas telah habis, aku biasanya akan tunggu di hadapan untuk menunggu ibu aku mengambil aku. Kawan-kawan cina aku dihantar pulang ke rumah masing-masing dengan menggunakan van di situ.
Aku teringat pengalaman aku menghadiri kelas abacus pada bulan Ramadan. Mereka sangat perihatin. Walaupun mereka membawa air masuk ke dalam kelas, semua botol air itu di susun di meja paling balakang untuk menghormati aku yang sedang berpuasa. (Cikgu mengarahkan mereka meletakkan air dan makanan di belakang kelas dalam bahasa Mandarin). Mereka juga akan minum di belakang kelas jika mahu minum air. Aku yang masih kecil ini akan terjeling ke belakang bila terlihat mereka minum air. Mereka akan menoleh dan menghadap ke belakang lagi supaya aku tidak terlihat.
Dalam kelas aku semasa sekolah rendah, aku seorang sahaja yang mengambil kelas abacus ini. Markah matematik aku sentiasa tinggi berbanding markah kawan-kawan aku yang lain. Pada suatu hari aku terbawa abacus ke kelas. Rupa-rupanya ada juga kawan aku yang mengenali abacus ini. Katanya dia belajar dari sepupunya. Dia minta aku untuk mengajar dia di situ. Lama-kalamaan kawan-kawan keliling aku juga meninta aku mengajar mereka bersama.
Tidak dinafikan setelah aku dan kawan-kawan aku mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan bagi subjek matematik. Aku juga cemerlang dalam subjek ini semasa UPSR, PMR dan SPM. Sekarang ini aku mengajar pula anak saudara aku mengira menggunakan abacus ini.
Sekian.
– Miss Abacus.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit