Pernah tak kita terfikir. Sudah cukup bersediakah kita untuk jadi pencipta generasi yang berjaya?
Masa sekolah, kau belajar main2. Orang suruh belajar, kita menyamseng. Yang perempuan pulak, awal2 dah nak berboifren. Tau apa kesan bercinta awal bila kita tak cerdik?
Yes. Bila kau dah pandai nak berom*n. Either pregnant luar nikah. Kemudian kebodohan tu berterusan dengan buang anak luar nikah dalam longkang. Ataupun kau end up dalam early marriage. Bukan sebagai perempuan bahagia. Tapi sebagai isteri yang helpless. Sebab cinta mengaburi mata. Kau rela lahirkan anak tiap2 tahun. Duit tak ada tak mengapa. Nanti minta saja bantuan sanak saudara. Bila lampin anak pun tak mampu disedia. Bila susu anak pun cuma yang murah saja. Apa semua itu salah takdir? Fikir.
Bila suami curang depan mata, kau tak mampu buat apa-apa. Bila suami merokok depan anak, kau relakan saja demi cinta. Bila suami belasah anak, kau perhati sahaja taknak derhaka. Adakah ini takdir? Fikir.
Bayi yang lahir semua berpenyakit. Ya, jika itu suratan takdir. Tapi sudah dipastikan makanan berkhasiat diambil ketika hamil? Suami merokok tak ada kesan terhadap bayi yang belum lahir? Lihat kotak rokok semula, fikir!
Kau cakap anak itu punca rezeki. Apa kau fikir setiap kali lahirnya anak, rezeki masuk dalam akaun macam air mengalir? Ya, setiap bayi yang dilahirkan Allah janjikan rezeki masing-masing. Tapi pernah terfikirkah, ada yang direzekikan sekadar untuk makan, bukan hingga segah. Ada yang direzekikan cukup untuk kenyang, bukan ke sekolah. Ada yang direzekikan setakat cukup untuk sekolah, bukan untuk bermewah. Kalau semua kau nak harap Allah, apa pulak peranan kau sebagai ibu dan ayah?
Kau canang haram merancang. Kau canang kau ingin tambah umat. Tapi kau lupa setiap yang lahir itu amanah. Bukan untuk membawa anak ke dunia sahaja, malah ke syurga. Sanggup kau jadi punca2 anak2 gagal ke syurga?
Tak payah pikir panjang2, lihat saja di rumah bagaimana agama dijaga.
Jika anak yang ada pun terpaksa menjaga diri sendiri. Yang sulung jaga tengah, yang tengah jaga bongsu, sedangkan kau berkira-kira mau hamil lagi. Tanya diri, cukupkah makan minum, belanja sekolah, kemahuan kehendak naluri kanak2 yang belum kau penuhi? Ataupun mereka harus mengalah, berhenti belajar awal dan mencari kerja untuk tambah belanja sebab kau hamil lagi.
Kau canang semua ni hasil cinta kau berdua. Yang kau tak cakap, kau berdua sama2 tak rela korbankan nikmat ‘bersama’ sekali skala. Kondom? Haram… Pil perancang..Haram… Kalau betul ini hasil cinta, kenapa kau tak lakukan yang terbaik demi mereka?
Bila anak ramai, kau mengeluh susah. Bawak anak naik moto bertimpa2 kau kata tak mengapa. Helmet kau di kepala, anak2 kau biarkan togel sentiasa. Tahun depan, bertambah anak lagi dua.
Jiwa kau masih terpenjara dalam masa. Kau bayangkan Malaysia ni masih selamat macam dahulukala. Bila di rumah, kau biarkan anak2 berbasikal sampai ke senja. Apa kau tak risau kes culik dan kemalangan, atau kau mahu biar saja?
Bila di tempat kerja, kau jadi singa. Kau buli semua macam kau sorang yang betul saja. Kau lupa hari pertama kau kerja dulu, kau pun menggagau tak tahu serba tak kena. Bila dah cerdik sikit kau latu anak orang macam lah semua keluar perut terus tahu tatakerja di tempat berbeza. Tak apa, tak payah fikir apa2. Sebab leader yang baik adalah leader yang boleh nampak semua hala termasuk jiwa dan perasaan anak buahnya. Aku saja jer cakap pasal leader, tapi yang pasti leader tu bukan kau la hahaha. Kau bukan leader, kau cuma orang lama.
Orang yang kau buli, kau tak tahu hidup dia macam mana. Satu2nya anak harapankah, jandakah, dudakah, orang susahkah? Macam mana kalau dia lepaskan kekusutan dia pada anak bini sampai jadi satu lagi kes dera? Kau nak dapat saham percuma?
Aku menegur untuk perbetul. Kalau salah silap, aku mohon ampun. Kita manusia, punya pilihan. Buatlah keputusan guna akal agar mampu beri manfaat kepada orang sekitar.
Akhir kalam, kita semua bertanggungjawab dalam setiap perkara yang kita lakukan.
– N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit