Tips Semasa Menghadapi FYP

Assalammualaikum warga IIUM, thanks to admin jika sudi siarkan confession aku. Aku sebagai orang yang berpengalaman mengambil Final Year Project sebanyak dua kali (dua kali pun dah azab) teringin nak berkongsi dengan anda semua tentang tips untuk menghadapi FYP semasa tahun akhir. Disebabkan aku ni seorang yang penakut dan tidak berkeyakinan tinggi, pengalaman gagal sepanjang FYP yang pertama memberi aku 1001 pengajaran dalam hidup. Kalau korang rasa berguna, amik lah pesan ini. Kalau tidak, abaikan saja.
Aku tahu, case failed FYP ni rare sangat. Pada awalnya, tak ku sangka, tak ku duga, aku diuji sebegini. Tapi, tak mengapalah, benda yang lepas, jangan dikenang. Kalau aku tak failed aritu, tak dapat lah aku nak share confession kat sini. Ye dok. Tu pun kalau ada yang nak baca. Jangan ditanya mengapa aku failed, kerana aku tidak mahu mengenang kembali kenangan pahit itu.
1. Survey supervisor dengan SERIUSBab SV ni, serius aku cakap, korang kena survey betul-betul. Betul-betul tu yang macam mana ? Ha, bukan saja korang kena tahu research area mereka tapi kena tahu perangai mereka macam mana. Macam mana nak tahu ? Contact balik akak senior or abang senior yang pernah jadi supervise mereka dahulu. Lagi satu, sebelum sign contract dengan SV tu, fikir masak-masak ya. Kalau serasi dengan SV, boleh teruskan projek tu dengan mereka. Kalau tak serasi, minta tolong coordinator, pertimbangkan untuk tukar SV korang. Jangan jadi macam aku, coordinator pernah suruh aku tukar SV sebab tak serasi, tapi kerana aku ni penakut, aku teruskan and at the end, ini lah resultnya. Itu untuk case yang pelajar dah sign contract dengan SV. Ada certain case, SV mereka telah ditetapkan. Okay, baca next pulak.
2. Tackel SVAndai kata korang ditetapkan mendapat lecturer yang psiko sebagai SV, ataupun yang garang atau tak serasi. Mula-mula, cuba minta pertimbangan coordinator untuk tukar. Jika tak boleh, korang kena ready fizikal dan mental untuk tackle dia supaya korang serasi.Contoh kalau SV kau seorang lelaki yang pasif dan pemalu, dan kau pun secara fitrahnya pemalu, kau yang kena berubah. Kau yang kena motivate diri kau supaya menjadi pelajar yang agresif, tak deklah sampai agresif tahap jebon tu. Just tunjukkan yang kau bersemangat waja nak buat FYP ni bersama dia. Bukan apa, susah kalau korang tak serasi. Sumpah, aku cakap, susah. Apa-apa pun, kau sendiri kena cari jalan lah untuk tackle SV kau tu sampai projek kau siap.
3. Tukar tajuk FYPCertain student cukup malas nak tukar tajuk. Contoh, masa proposal FYP kau buat tajuk ni, tapi next sem, kau rasa macam susah nak dapat result, aku suggest kau minta pendapat SV kau. Mesti dorang akan cadangkan salah satu cadangan iaitu tukar tajuk. Actually, jangan rasa menyesal atau benda tu sia-sia. Jangan jadi macam aku, disebabkan aku tak leh carry projek tu, aku push diri aku untuk buat, at the same time, SV tak membantu sangat, itu yang buat aku kandas. Sebab nya ? Aku missed communication dengan SV sendiri. Dalam erti kata lain, tak serasi. Aku tak salahkan SV, aku salahkan diri sendiri, sebab tak pandai tackle dia.
4. Jangan takut jumpa SVPercayalah cakap aku, perasaan takut ni memang wujud dan-dan bila nak jumpa SV untuk bentangkan progress projek. Tapi, please, jangan rasa takut. Kalau boleh, setiap minggu, jangan missed jumpa SV. Perasaan bila lepas jumpa SV tu, rasa dia, pehh, lega giler. Sebab masa kau jumpa tu, ceritakan sekali, masalah kau, discuss apa yang patut pasal projek, and SV akan tolong. That’s why aku cakap, korang akan rasa lega sangat-sangat lepas jumpa SV daripada korang simpan progress and problem project tu sampai jadi perkasam, bila dah akhir bulan baru nak jumpa SV, dah tergagap tak ingat. SV tu function nya nak bantu korang bukan makan korang.
5. Jangan overconfidentNi yang aku buat aritu. Adik-adik, kalau rasa projek tu susah dan tak sesuai dengan tahap kemampuan u guys, please stop it. Bukan aku nak menghalang perkembangan sel-sel otak korang yang sedang berhubung, tapi masa FYP ni, korang bertarung dengan masa yang sangat limited. Kalau tak sempat siap, lagi lah payah wei. Dengar lah cakap aku ni ha. Kalau low confident pun, tak elok jugak. Pandai-pandai lah korang.
6. Any progress, sila update pada SVYang ni pun penting, korang kena update setiap perubahan yang korang buat masa projek. Dan jangan malu tanya pendapat mereka. Contoh, Prof kalau saya buat macam ni, okay tak ? Tanya je, jangan malu-malu. Tahu kenapa korang kena update perubahan yang korang buat ? Supaya, nanti konon-kononlah korang ubah satu part dalam projek ni, korang buat dengan tekun dan confident nya. Esok baru tanya SV. Prof, saya ada tukar ni, tu, yadayada. Tiba-tiba lecturer kau tak setuju dengan changes tu. Tak ke membazir tenaga namanya tu. Kau kena ingat tau, SV ni macam mak bapak kau. Apa dia cakap, kau ikut je, jangan banyak songeh.
7. Jangan tangguhMacam yang aku cakap tadi, korang ni ada limited time nak buat FYP. Buat FYP ni bukan macam assignment. Buat cikai, pastu siap. Bukan eh. Sekurang-kurangnya empat atau lima kali korang kena betulkan report atau thesis tu. So, you spend a lot of time on report. Please jangan tangguh. Dalam sehari tu, tulis je apa yang terlintas dalam fikiran kau. Kalau buat last minit, Allahu, payah sangat-sangat. Takut report kau tak sempat dihantar pada waktu deadline, and then lecturer tak boleh terima alasan kelewatan tersbeut, dia FAILED kan kau. Haa, jangan amik ringan FYP ni. Hehe.
Act, banyak lagi TIPS untuk FYP, tapi aku tak larat nak tulis panjang-panjang. Tips sebelum pun ada. Kalau ada part yang korang tak puas hati, aku minta, jangan kecam aku. Korang pun tak tahu secara details masalah aku apa. Niat aku satu je, nak bantu para pelajar tahun akhir ni supaya tak ambil ringan bab FYP dan aku tak naklah mereka FAILED macam aku. Minta dijauhkan. Haha. Semoga bermanfaat. Okay, all the best for you guys, final year students !
Assalammualaikum
– Erina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submi
t