Trend Beranak Ibu Muda II

Assalamualaikum,

And hi guys. 10 bulan yg lepas masa saat anak aku masih merah, aku pernah meluahkan confession kat sini. Cerita tentang VCO, Gentle Birth dan Social Media Crazy Parents.

Kalau ada yang ingatlah confession tu.
Apa yang membuat aku tulis confession lagi adalah kerana kes terbaru. Tentang arwah baby dalam posisi songsang yang melahirkan dirumah.

Pengaruh birth romanticizing atau meromantik kan pengalaman beranak yang menyebabkan kehilangan nyawa seorang anak kecil. Syurga tempat mu nak. Dan aku harap ibu bapa dia akan insaf seinsaf insafnya.

Maaf kasar sikit nak cakap. Kalau perinum koyak, boleh sembuh. Kalau sakit kena jahit, boleh sembuh. Sakit kena check bukaan pun boleh sembuh. Insya Allah. Bab staff hospital kasar etc etc tu, aku sendiri tak pernah alami. Tapi aku nasihatkan, simpan suit pergi hospital swasta. Jangan memandai.

Cakap pasal post aku yang lepas. Aku baca komen. Yang mana yang share yang mana yang kutuk. Dan ada yang share dekat their own closed group. I am overwhelm wumith the reaction. Tapi masa tu tak sempat nak buat confession berbalas sebab tengah nak sesuaikan diri lagi jadi mak.

Jadi, ada beberapa lah komen berbalas untuk part 1 terutama sekali kepada golongan Gentle birth ni.

1. Dekat oversea gentle birth ni bukan baru.

Ye betul. Kakak kawan aku plan nak water birth di rumah di UK. Masa tu 2014. Tapi plan kakak kawan tu tak menjadi. Dia ditemani doula, midwife dan ada standby ambulance ye.. She was rushed to the hospital due to some complication. Dari situ aku start la baca tentang gentle birth…Dan sebagainya.. Initially the idea was very magical and wonderful to me…Until I talked to one of the local doula…Aku terus potong stim and fully consulted Dr J. Masa Dr J cerita kat aku pasal patient B, pengetahuan gentle birth aku bukan zero ye.

2. Gentle birth kat Malaysia ni lain macam

Yep! Memang sangat2. Sampai some Drs mcm Dr J prefer hypnobirthing. GB dah jadi taboo pulak. Sebab geng2 GB majority consult doula doula diorang. Yang takde background medical tapi bagi medical advice. Dan hanya seciput je yg betul consult GB friendly Drs mcm Dr I dari Hospital P dan Dr T dari Hospital S. Dan mereka ni ramai(doula followers) yg suka homebirth. Yang termasuk dalam golongan seciput tu, aku minta maaf la ye. Terpukul rata pula. So I conclude GB ada yg sesat ada yg lurus.

3. Kalau ada kesilapan salahkan takdir salahkan tak de ilmu

Dalam komen ramai pro GB (versi sesat) yang salahkan patient B tak cukup ilmu. Dan kata kematian anak patient B adalah takdir. Macam mana kau nak define yang seseorang tu mampu utk ikut GB? Kau buat exam kelayakan ke? Paper 1 soalan objektif. Paper 2 soalan esei. Paper 3 KBAT. Sebelum dia beranak kau bagi positive vibes. When things go wrong u blame her entirely.

4. Aku adalah salah seorang admin PW?

Aku hanya rakyat marhaen. Siapa yang cakap aku admin PW tu, aku harap Allah maafkan dosa korang fitnah aku. Aku menulis sebab apa yang dengar dan aku rasa aku perlu sampaikan. Aku sendiri ada kawan yang pro GB sesat. 2 orang beranak kat rumah. Sorg beranak kat hospital. Yg homebirth dua org tu memang anti vaksin. Alhamdulillah kawan2 aku semuanya OK. Aku sendiri kalau face to face tak berani tak tegur. Tak tahu nak tegur macam mana.

5. Setiap prosedur ada sebabnya.
Kalau kau kena VE ada sebabnya.
Kalau kau kena seluk ada sebabnya.
Kalau kau kena ceaser ada sebabnya.
Bukan sesuka hati Dr nak gunting jahit bedah kau.

6. Always consult a Doctor
Apa pun selalu consult Dr kau. Kalau tak suka Dr ni, carila Dr yg lebih GB friendly. Jangan terus buat keputusan untuk beranak di rumah. Jangan ambil risiko.

7. Yahudi tak salah.
Yahudi tak salah. Ubat2 hospital tu bukan konspirasi yahudi. Tapi yang pasti yahudi zionis ni bersorak kalau umat Islam mati. Jangan tolong yahudi bunuh umat Islam.

8. Aku fitnah GB?
Disini aku nak minta maaf la. Post yg lepas ditujukan pada GB sesat. Bukan GB lurus. Mana yang consult Dr tu aku minta maaf macam kat atas.

Btw, the story about patient B and Dr J memang benar2 berlaku ye. Bukan rekaan imaginasi aku.

Akhir kata, please be safe. Life is precious. Yours and that tiny human inside of you. Korang nak percaya, percayalah. Tak nak percaya tak pe. Aku sendiri pun dah advice dalam post sebelum ni. Jangan percaya semua yang ditulis online. Yikes.

Aku harap tulisan aku ni dapat melepasi tengkorak tebal sesetengah orang. Tak semua, sikit pun jadi.

GOODNITE GUYS.

– NewMumAndStillLearning

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit