Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat admin dan pembaca.. First, Terima kasih banyak-banyak jika ‘luahan perasaan’ Bawang ni disiarkan.. Boleh panggil saya Bawang.. Bawang ni anak kedua daripada lima adik beradik. Bawang dah berkahwin hampir enam tahun dan masih belum ada rezeki anak (doakan Bawang ye).. So, keutamaan Bawang haruslah suami dan selepas itu keluarga Bawang dan keluarga suami. Bawang dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana.. Tak kaya.. Tapi alhamdulillah cukup makan pakai..
Masalah sekarang ialah perkataan ‘DENGKI’.. Bawang asyik fikir je.. Dengkikah Bawang pada mereka? Okay, ceritanya macam ni.. Bawang sangat-sangat tak faham kenapa ibu bapa Bawang dan mertua Bawang terlalu memanjakan adik-adik bawah kami.. Nak apa je, cakap.. Terus dapat.. Tak perlu usaha.. Kalau dulu Bawang dengan kak Z (kakak kepada Bawang) nak sesuatu, tunggu la result elok. Tapi malangnya, Bawang dan kak Z jenis lambat pickup pelajaran. Result kelaut. Maka, tiada hadiah. Kami gunakan la duit raya kami. Itu pun sebab kami teringin nak beli katil ‘double decker’ (trend katil budak zaman 90an) dan basikal ada gear (dulu dapat basikal gear bangga gila). Kami pun share la duit raya kami. Mak Bawang pula, dulu sangat tegas. Kalau tak dapat ipta, jangan berangan nak sambung belajar. Rezeki Bawang dapat masuk Politeknik. Tu pun dah rasa bersyukur sangat dapat sambung diploma. Kak Z? Dia dapat sambung sampai STPM je.. Selepas tu dia kerja.. Bawang lepas habis diploma, kahwin.. Bawang langkah bendul.. Hihi..
Bila masuk je adik bawah Bawang.. Bawang sangat-sangat terkejut.. Result spm dia Bawang pun tak boleh ingat sebab ada macam-macam huruf.. Yang Bawang kecewa, adik bawah Bawang ni sambung belajar di ipts. Ye, IPTS… Bawang cuba bertenang.. Bawang tanya ayah Bawang. Berapa yuran untuk satu sem? Ayah Bawang jawab.. RM6000.. Allah.. Nak gugur jantung Bawang dengar.. Sedangkan yuran Politeknik Bawang yang RM300 lebih pun mak ayah Bawang suruh Bawang bayar sendiri.. Takpe la.. Bawang cuba berfikiran positif.. Daripada adik Bawang duduk rumah, baik dia sambung belajar.. Masuk sem 2, adik Bawang tu berhenti belajar.. Alasannya gaduh dengan kawan.. Serious la kau berhenti sebab gaduh dengan kawan? Ya Allah.. RM6000 tu memang tiada nilai ke bagi kau? Bawang dengan kak Z tegur adik.. Kami dikatakan dengki oleh adik.. Gaduh.. Ayah marah kami sebab cari gaduh dengan adik.. Tapi.. Dengkikah Bawang?
Kemudian.. Adik nombor lima dapat sambung di SAMTAJ.. Sungguh, Bawang dan kak Z sebagai kakak yang tak berapa bijak dalam pelajaran.. Rasa syukur sangat-sangat.. Bawang dulu pun asrama sekolah teknik.. Tu pun ambil aliran Vokasional je.. Rumah Bawang dalam 20 minit je ke asrama sekolah teknik tu. Boleh kira dengan jari la berapa kali mak ayah Bawang datang melawat dalam tempoh dua tahun tu.. Tapi adik nombor lima, setiap minggu mak ayah datang melawat. Bawang tahu maybe Bawang tak pandai dulu.. Bawang tak kisah pun mak ayah datang melawat tiap-tiap minggu sebab adik nombor lima ni memang layak dapat perhatian sebab dia yang paling pandai dalam adik beradik Bawang.. Tapi.. tipu la kalau Bawang tak terasa hati.. Adik nombor lima.. Kau memang layak dapat perhatian sebab kau layak. Ya, ini Bawang dengki.. Haha!
Bongsu.. Pernah dibuang sekolah.. Result spm teruk juga macam adik bawah Bawang.. Bawang ada bagi tahu sebelum ni yang Bawang dengan kak Z pernah kumpul duit raya untuk beli basikal gearkan? Tup tup adik bongsu masuk tingkatan empat. Dapat la sebiji motor Honda.. Bawang terkedu.. Tanya la ayah.. Kenapa belikan motor? Ayah kata.. Ayah segan orang mengata dia sanggup jalan kaki jauh-jauh semata-mata untuk pergi ke cyber cafe.. Allah.. Lagi sekali Bawang terkedu.. Bawang borak dengan kak Z.. Masa ni adik nombor lima dah sambung belajar di UNISZA.. Kenapa…. Adik nombor lima kene beli sendiri motor dia guna duit ptptn sedangkan motor tu satu keperluan bagi dia, untuk belajar? Tapi, bongsu boleh dapat motor macam tu je sebab nak pergi ke cyber cafe?? Dengkikah Bawang?
Baru-baru ni, Bawang dapat tahu Bongsu sambung belajar di ipts. Bawang tak nak ambil tahu.. Tak nak tanya harga yuran dia.. Takut sebelum umur 30 tahun dah dapat heart attack.. Adik bawah Bawang, umur dah 24 tahun, tapi masih tiada pekerjaan.. Jadi biawak hidup kat rumah.. Adik nombor lima? Bawang bayarkan sikit Iphone 6 yang dia beli masa dia balik Malaysia. Now dia sambung belajar di Jordan. Bawang bayarkan sebab Bawang rasa dia layak dapat.. Walaupun harga Iphone 6 tu celah gigi je bagi sesetengah orang.. Tapi Bawang tetap rasa mahal.. Waktu adik Bawang beli Iphone 6 tu.. Iphone 8 dan Iphone X belum release lagi.. So, faham-faham je la harga dia..
Kalaulah.. Kalaulah adik-adik ni tahu betapa kasihnya kakak mereka pada mereka.. Kalaulah mereka boleh berdiri atas kaki mereka sendiri.. Kalaulah mereka tahu nilai duit bila mereka usaha atas diri sendiri.. Mereka akan tahu pendengki ni sebenarnya mahukan yang terbaik dalam hidup mereka sendiri.. Kalau kami dengki, kami takkan cebokkan kau.. Kami takkan suapkan makanan ke mulut kau.. Kami tak dodoikan kau.. Kami minta tak banyak.. Berdikari.. Jadi kebanggaan keluarga.. Jadi seorang manusia.. Masih dengkikah kami?
Bawang dah penat nasihatkan mak ayah Bawang.. Suami pun dah penat nasihatkan mak mertua.. Jadikan apa yang mereka nak sebagai hadiah.. So, kita boleh nampak usaha mereka.. Bukan minta terus dapat.. Esok lusa bila dah ada keluarga sendiri, takkan masih mengharapkan mak ayah lagi.. Tapi itulah.. Bila nasihat.. Alah, kau dengki apahal?.. Itu je ayat yang kami dapat.. Ni esok pagi.. Bawang kene keluar ke Setia City Mall.. Nak bawa adik ipar (perempuan) pergi ke kedai Machines.. Mak mertua nak belikan iphone 8 untuk adik ipar sempena birthday.. Adik ipar Bawang ni hebat orangnya.. Muka ala-ala Neelofa (mak mertua la yang cakap. kah!). Sebelum spm dah ada Honda Jazz. No plat kereta ikut tarikh lahir. Skin care Mary Kay. Cari kerja partime tak nak yang ada mop lantai.. Kat rumah duduk bilik je.. Bila lapar baru turun makan.. Bila buat kerja rumah, berteriak satu taman.. Biar semua orang tahu yang dia buat kerja (Bawang tak suka situasi riuh rendah). Lupa, bulan ni genap la adik ipar tu usia 18 tahun.. Hebatkan? Korang dapat ke capai semua tu sebelum umur 18 tanpa usaha? Tak dapat kan? So.. Doakan Bawang ye supaya diberikan kesabaran yang tinggi untuk menempuh hari esok..
– Bawang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit