Assalamualaikum…
Ini adalah kisah benar yg sengaja ingin dikongsi utk mengukuhkan kebenaran “The Power of Sadaqah”. Kejadian berlaku pada waktu siang di hari terakhir aku bekerja di company lamaku yg kebetulan hari itu juga gaji utk bulan terakhirku masuk. Loceng ofis berbunyi dan aku segera menjengah CCTV ofis yg berdekatan dgn meja pejabatku. Kelibat seorang lelaki menyuarakan hajatnya melalui interkom bertanyakan jika ada kekosongan kerja di ofis lamaku tersebut. Kelihatan juga seorang budak perempuan kecil bersama beliau dalam lingkungan umur 7-8 tahun. Aku lantas menyuarakan agar datang sekali lagi pada hari yg lain utk berhubung dgn HR company yg sdg bercuti. Lalu beliau pun pergi berlalu dgn anaknya ke tmpt lain. Company lamaku merupakan sebuah syarikat kontraktor.
Pada waktu ptg slps aku mengemas dan membawa semua barang2ku keluar dari ofis, sekali lagi aku ternampak kelibat mereka mundar-mandir di blok kedai berhadapan ofis. Aku segera bertanyakan khabar dari mana dan asal mana. Rupanya si bapa baru shj keluar dari pusat zakat selangor yg berhampiran dgn ofis lamaku utk memohon bantuan kewangan segera. Syarat pertama adalah dgn mengisi borang maklumat dahulu & tidak ada pemberian advance cash secara walk-in seperti yg dipinta si bapa. Beliau juga bercerita anak yg dibawanya masih tidak menjamah makanan apa2 utk hari tersebut. Muka si bapa kelihatan sugul dan matanya kelihatan sedikit merah2 seakan2 turut menahan lapar dan kepenatan mencari kerja yg boleh dibayar perday utk mendapat wang pd hari yg sama memulakan kerja (jika ada).
Si bapa seolah2 ingin bertanyakan perihal company lamaku mengenai kerja kosong & aku lantas menyatakan hari itu merupakan hari terakhir aku bekerja. Si bapa terus menghentikan pertanyaan lalu diam dan faham dgn situasiku. Selepas kami bersurai, hatiku terus membuak2 dan berdebar2 utk pergi ke bank berdekatan melihat akaun bank samada gajiku yg terakhir sudah dimasukkan atau belum. Alhamdulillah nasib aku baik dan aku terus teringatkan si bapa pencari kerja td. Aku lantas mengeluarkan RM250 semata2 utk kuberi pada si bapa tersebut. Sejurus keluar dr bank, aku dgn berlari2 anak mengejar dan mencari dua beranak tersebut dgn harapan dpt memberi sejumlah kecil wang dari gajiku sbg sedekah pada hari jumaat.
Akhirnya ditakdirkan aku sempat berjumpa dgn dua beranak tersebut dan terus menawarkan RM250 td sebagai sedekah.
Aku : Pakcik! Nah pakcik ambikla duit sikit sy bagi pakcik
Si Bapa : (Memandang tangan yg kuhulur dgn penuh rasa serba-salah)
Aku : Ambikla pakcik. Takpe saya baru je gaji harini. Lagipun sy bujang lagi xde komitmen sgt mcm pakcik.
Si Bapa : (Dengan mata berair kemerahan dan suara yg terketar2 menahan sebak). Terima kasih dik, sy doakan agar dipermudahkan & dimurahkan rezeki (Akhirnya air mata jantan si bapa gugur & sayu)
Aku juga sedang menahan situasi agar tidak turut serta menangis. Lantas terus berkata:
Aku : Pakcik doakan rezeki sy agar cepat dapat kerja baru ye pakcik. Takpe sy bagi ikhlas sedekah ni dkt pakcik, (Sambil berpaling ke blkg utk beredar dr tmpt kejadian)
Si Bapa : Ye (Dengan mengangguk kepalanya sambil melambai tangannya kepadaku)
Aku berasa sebak dan sayu dan pd yg sama rasa bersyukur terpilih utk ditakdirkan menjadi penderma kpd pakcik tersebut. Hatiku berasa sgt lega, lapang dan puas walaupun itu merupakan gaji terahirku yg mana road tax & insurans kereta perlu dilangsaikan pada bulan yg sama & aku masih tidak dpt mana2 pekerjaan baru utk bulan seterusnya.
Allah Maha Adil & Saksama. Pada minggu hadapannya, aku menerima bertalu2 panggilan utk job interview & terus employed di company yang sederhana besar. Selapas tamat tempoh probation, aku sekali lagi diberi increment RM500 yg mana jumlah itu sgtlah jarang diterima di kalangan pekerja baru dlm sejarah company aku bekerja hatta mangerial level sekalipun tidak dpt sbyk itu, berbanding dgn jawatanku yg hanya executive level.
Kesimpulannya, tidak rugi utk kita bersedekah pada kadar yg semampunya krn dlm rezeki kita, ada rezeki insan lain yg perlu dikongsi bersama. Allah telah menjadikan kita insan terpilih utk bersedekah pada yg memerlukan pada masa dan keadaan yg di luar kawalan kita. Sblm ini aku sering tertanya2 knp aku tidak boleh duduk senang jika tidak bersedekah pd kawan2ku yg keluarganya miskin dan juga di tabung2 masjid dari sejak zaman aku belajar sampailah bekerja skrg. Walhal simpananku masih belum stabil dgn komitmen2 yg lain. Lantas aku terus berlapang dada dan redha dgn sifat yg Allah takdirkan kpd diriku ini; iaitu suka bersedekah walaupun RM1.
Doakan aku agar dipermudahkan jodoh di usiaku yg sudah mencapai 30 tahun ini. Walaupun sudah hampir 2 tahun aku memikirkan soal jodoh, mungkin belum masanya aku berjumpa dgn calon suami memandangkan sering memikirkan kerjaya pada awal karier. Mungkin juga usahaku belum cukup kuat utk urusan jodohku yg aku pernah bersikap acuh tak acuh suatu ketika dahulu. Doakan aku berjaya :)
Yg Benar,
Ina
– Ina (Nama Sebenar)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit