Aku seorang perempuan yang telah kehilangan cinta seorang lelaki yang sangat mencintai aku. Dan sanggup buat apa saja demi aku. Tapi aku juga manusia yang paling bodoh sebab berlaku curang dengan lelaki yang aku gelarkan dia sebagai A. A manusia yang sangat baik dan pernah menangis untuk aku dan pernah dimasukkan diward psikiatri akibat tak boleh terima kecurangan yang telah aku lakukan, dan aku sangat menyesal. Penyesalan yang tak mungkin aku lupakan seumur hidup aku
Kami bercinta dari zaman sekolah (2005). Terlampau banyak sangat dugaan dan rintangan yang telah kami lalui. Aku akui memang aku yang salah sebab curang dengan dia tapi aku juga telah difitnah. Memang aku curang tapi aku tak pernah tidur dengan mana mana laki. Dan A lebih percaya kata orang banding aku. Sebab tu dia dimasukkan dalam ward psikiatri sebab dia tak boleh terima kenyataan. Tapi itu semua fitnah. Aku melawat dia kat hospital dan doctor kat situ cakap A selalu sebut nama aku dan cakap, ‘kenapa kau buat aku macam nie, aku cinta kan kau sangat sangat.’ Dan terusan sebut nama aku tu sebab pihak hospital minta aku datang hospital
Aku bebetol menyesal dengan apa yang aku dah buat. Bebrapa bulan kemudian A dah pulih seperti biasa dan kami berjanji takkan ulangi kesilapan masa lalu dan saling memaafkan. Kehidupan kami selepas itu sangat bahagia. Oh lupa, keluarga A memang tak sukakan aku sejak dari sekolah lagi, sebab kami tak setaraf. A dari keluarga yang agak mewah sedangkan aku hanya dari keluarga yang biasa.
Masuk tahun ke 8 cinta aku pada A melebihi dari apa yang hati aku mampu, A juga merasakan benda yang sama. Aku ada bertanyakan A, apakah pengakhiran cinta kita ini. Aku menginginkan sebuah perkahwinan. Dan A juga merasakan benda yang sama. A ada buka syarikat sendiri, alhamdulilah syarikat dia berkembang dengan maju.
Suatu hari, A ajak aku teman dia cari perabot tuk syarikat dia. Masa A tengah tengok tengok perabot yang sesuai untuk syarikat dia, aku minta diri tuk tunggu dalam kereta sebab sakit kepala. Masa tunggu A dalam kereta, aku cari Panadol tuk dimakan. Dan tanpa sengaja aku terjumpa sebentuk cincin yang sangat cantik. Cincin emas putih, perasaan happy tu tak boleh diungkapkan. Aku fikir A mesti nak lamar aku dan aku perlu tunggu masa tu
Beberapa hari kemudian, A ajak aku keluar makan malam. Dan waktu tu aku dah lupa pasal cincin yang aku terjumpa dalam kereta dia. Dia lamar aku malam tu, dan ajak aku berkahwin. Syukur alhamdulillah sangat sangat setelah 8 tahun kami bercinta lalui semua dugaan dan rintangan akhirnya kami bakal disatukan. Tapi A cakap dia belum beli cincin lagi dan minta aku tunggu dia sikit masa lagi. Tak beli lagi? Cincin yang aku Nampak aritu? Okay, aku abaikan. Mungkin maksud dia dia nak tunggu masa yang sesuai. Sabar
Benar orang kata, langit tak selalunya cerah, pagi tu aku dapat panggilan phone dari adik A. adik A cakap ayah dorang telah dijemput illahi dan minta aku datang ke hospital untuk melihat arwah ayah dia buat kali terakhir. Aku datang dengan sahabat baik aku sendiri. Sampai je aku kat hospital aku pelik, pelik dengan pakaian keluarga A. sangat cantik dan bermakeup. Dalam masa yang sama aku banyak sangat persoalan yang bermain difikiran aku. Aku Nampak ada sorang perempuan bersama A menangis sampai mata bengkak dan A langsung tak tegur aku
Sampai la ada kawan adik A datang pandang aku dan cakap, ‘ abang kau dah selamat tunang belum masa tu? Doa dah baca belum? Dah sarung cincin ke? ‘Allah. Apa yang tengah berlaku nie. Ummi A datang pada aku dan peluk aku, dia cakap ayah A meninggal sebaik sahaja A selamat ditunangkan. Allah, berat sungguh dugaan yang Engkau berikan. Malam tadi A lamar aku, pagi nie A tunang dengan orang lain. Hanya airmata yang mampu aku mengalirkan.
seminggu lepas apa yang berlaku, A ada mesej aku dan dia minta maaf. hati aku sangat terluka dan kecewa dengan sikap dia, aku tanya apa salah aku pada dia, jawapan dia sebab aku curang dengan dia suatu ketika dulu dan dia percaya percayakan fitnah tu dan dia sedar yang aku tak layak jadi isteri dia. Kesilapan aku yang tak mungkin dia maafkan lagi. memang aku yang salah dan aku tak salahkan dia.
3 bulan lepas A bertunang aku hanya hidup dalam dunia aku. 3 bulan menangis tanpa henti. Makan minum jauh la sekali. Salah aku sebab pernah curang dengan dia. Dan aku dapat tahu yang A tak bahagia dengan perkahwinan dia walaupun A dah dikurniakan 2 orang anak. Mungkin itu bahagian dia bina kebahagiaan diatas penderitaan orang lain. Aku tak mendoakan yang tidak tidak buat A, aku serahkan segalanya pada Allah
Manakala aku masih lagi sendirian. Masih belum mampu buka hati buat lelaki lain diluar sana walaupun yang datang lebih hebat dari A tapi sukar tuk hati aku terima lelaki lain buat masa nie. Mungkin aku belum move on selamanya.
Dan pesanan aku buat pembaca diluar sana, jangan sesekali mencintai manusia melebihi Pencipta kita. Jangan hidup terlalu lama dalam kenangan. Bila kau ikhlaskan hati dan redha kau akan Nampak hikmah disebalik yang berlaku dan selepas 5 tahun berlalu, barulah aku ikhlaskan hati aku dan aku Nampak sikit demi sikit hikmah yang Allah beri
Yang terluka,
A
– Adawiyah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit