Salam semua..tq admin sebab sudi siarkan post saya ni… maaf kalo luahan saya ni bakal men’trigger’kan ibu bapa diluar sana. Kita kesekolah untuk menuntut ilmu bagi mendapat pekerjaan kan? Lulus ujian disekolah bagi melayakkan diri kita untuk sambung belajar keperingkat yang lebih tinggi kan? Kalau kita btol2 cemerlang baru kita akan dapat biasiswa kan? Tapi kalau kita suam2 kuku je tentu kita kena buat loan untuk sambung belajar kan? Lepas tu belom tentu lagi kita akan dpt kerja dengan taraf pendidikan yang kita ada. Jadi kita tlah merugikan masa dan wang kita dan terbeban dengan hutang dalam usia yang muda.
Jadi persoalan saya disini, adakah salah tindakan seorang bapa ni memberhentikan anaknya yang dikategorikan lemah dalam pelajaran dan tak nampak pon effort untuk berjaya dalam pelajaran dan mengajar anak dia dalam ilmu kemahiran yang boleh membuatkan dia mencari duit dan berjaya dimasa hadapan. Dalam usia 17 tahun dia berjaya menjadi seorang mekanik dan pelanggan yang datang kepada bapanya berpuas hati dengan hasil kerja dia. Dia berjaya mengenalpasti masalah sesebuah kereta dan berjaya membaiki kereta tanpa bantuan bapanya. Dalam masa dua tahun ini, dia mampu melakukan kerja2 sebagai seorang mekanik.Namun jiwa mudanya memberontak kerana tidak dapat hidup seperti remaja lain. Bapanya sebenarnya tidak berapa sihat kebelakangan ini disebabkan penyakit kencing manis dan kaki beliau membengkak sehingga bernanah dan baru sahaja sembuh dari bernanah tapi masih membengkak. Manakala ibunya hanyalah pembantu kedai runcit . Jadi perbelanjaan didalam rumah untuk segala bil mengharapkan bapanya, manakala ibuny membantu dari segi perbelanjaan runcit. Terdapat 3orang dibawahnya yang masih bersekolah. Oleh itu,hasil daripada membaiki kereta yang dilakukan oleh remaja tersebut digunakan untuk perbelanjaan keluarganya.
Masalah sekarang, dia memberontak dengan bangun lewat dan tidak mahu membuat kerja. Hari ini bapany terpaksa melakukan kerja dan mnyebabkan kakiny bengkak lagi.Jadi apakah yang patut dilakukan? Biar dia bersekolah semula dan bazirkan duit ibu bapanya yang sedia susah ataupun nasihatkan dia agar dia faham selain dapat membantu keluarga dia mendapat ilmu yang mana orang lain yang pergi belajar belum tentu dapat sepertimana yang dia perolehi dari bapanya dan kelak segala kelengkapan yang ada akan menjadi miliknya cuma mereka tiada kedai sahaja dan hanya melakukan dirumah.
Saya harap kalian dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan kerana saya telah cuba menulis sebaku yang mungkin dan memberi pandangan dan cadangan yang mungkin berguna.
– Mawarhitam
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit