Hai warga Iium.. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Salam perkenalan, nama aku Siti, dan berumur awal 20 an.
Ada apa dgn cerita aku ni? Sebenarnya, cuma nk cerita pengalaman diri sendiri bersalin ank pertama pada awal Febuari ni. Aku dimasukkan ke wad untuk paksa bersalin sebab dah terlebih due.. Perasaan yg sangat2 takut sebab xpernah ada pengalaman sebelum ni, yelah, ank sulung kn ni.. Masuk je wad, terus kena check up itu ini, kena periksa “jalan” lagi.. Benda first time dlm hidup.. Rasa malu, tp terpaksa hadap jgk.. Then, Doc bgtau kalau masih xda tanda2 nk bersalin lg, esk pagi lepas subuh kita terpaksa masukkan ubat, utk bg awk bersalin.
Yess.. Mmg aku kena masukkan ubat, sakit. Aku plk mmg jenis yg manja, mmg airmata dah bercucuran, orang2 dlm wad perhati je aku… Mmg ibu aku ada teman aku dlm wad, raut wajah dia pun dh risau tgk keadaan aku. Masuk je tengah hari, aku dh mula rasa sakit2 contractions tu, berlarutan sampai ptg.. Petang tu, masa melawat mmg sakit aku menggila.. Sakit sangat2, hanya Tuhan je yg tahu, sampai aku meraung2.. (dh la waktu melawat, semua dk tgk aku, aduii malu) Masuk je waktu magrib, aku bgtau nurse, aku xtahan, sakit sgt2 dah.. Terus tolak masuk labor room.
Dalam tu, aku mmg menangis, mulut xhenti selawat.. Kdg2 terjerit jgk dgn nada tinggi.. Nasib baik jerit pun pnggil nama Allah.. Sakit yg teramat sakit aku pernah rasa dlm hidup aku. Sakit contractions yg xmungkin aku lupakan. Sampai la masanya saat2 aku nk berjuang melahirkan zuriatku.. Tanpa suami disisi.. Berjuang seorang diri.. (suami kerja jauh) Agaknya hancur katil hospital tu aku tarik, tendang, macam2 lah gayanya utk menahan sakit aku tu. And lastly keluarlah putera sulung ku yg sgt comel.. Menitis air mata dgn kurniaan Allah ni.. Saat ni, nurse2 sdg cuci darah, tarik uri.. Apa semua tu aku xpeduli dh.. Peluk ank erat ats dada.. Xda benda dah dalam fikiran masa tu.. Cuma perasaan aku masa tu, nk berlari keluar cari ibu aku.. Nk mintak maaf banyak2 kat ibu aku, nk berterima kasih sangat2 sebab lahirkan aku dulu.. Besarkan aku.. Sekarang baru aku paham, kenapa Allah letakkan syurga kita sebagai anak dibawah tapak kaki ibu.
Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Itu baru part yg melahirkan.. Part mengandung.. Membesarkan.. Semua mencabar dan memerlukan pengorbanan seorang ibu. Part2 tu xperlu kot aku nk cerita, nanti panjang berjela plk cerita ni. Cukup sekadar aku nak sedarkan korang bahawa SAKITNYA proses nak melahirkan seorang anak.
Ohh..lupa pula nk bagitau masa kena jahit tu.. Yg kena jahit tu lagi laa menyakitkan.. Sangat sangat sakit, tanpa bius, tanpa ubat, dan kau boleh tgk orang jahit kau hidup2.. Allahu.. Rasa nak tendang je nurse tu.. Huuhu..
Point aku kat sini, hargailah ibu.. Kau takkan tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu, sampailah kau sendiri jadi ibu.. Lepas je bersalin, aku rasa, ya Allah, banyak nya dosa aku dgn ibu.. Sedangkan dalam proses aku sakit, melahirkan, sampailah selesai semua.. Ibu aku xhenti henti solat hajat utk aku kat surau hopital, xhenti mengaji untuk aku supaya dipermudahkan urusannku. Terima kasih ibu.. Love you so much!
– Ibu Muda
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit